Entry Terperap lagi . 29 Disember 2012 , mak paksa masuk pertandingan gubahan . kalau dah nama terpaksa , main buat je laa . dengan tak berlatihnye . lantak , janji masuk . mak cakap , cukup sekadar meramaikan peserta . okayy -_-"
mak memang jaguh , pergi mana mana . no 1 , 2 , 3 mesti dalam tangan .
Selain pertandingan gubahan , ada juga pertandingan masakan asam pedas . geng mak masuk sampai dua group .
Ni Mak Ani , berdua dengan cucu dia .
Ni Kak Ema dengan Cik Gee Kecik :)
ni pula , yana popeye si chantique yang sentiasa menjadi perhatian *perasan
Pertandingan bermula , main tibai je lipat !
mak macam biasa , steady je ....
masa satu jam , 15 minit aku dah siap , pastu tatau nak buat ape . HAHA
geng memasak tengah sibuk memasak . bau tumis mencanak canak masuk hidung aku .
muka double serius ye :)
mak rimas , adik dok snap je gambar dia . HAHA
nah , hasil kerja mak yang super kemas
dan ni , hasil kerja aku yang super selekeh . nampak sangat tak ikhlas masuk pertandingan ni .
yang makcik sebelah aku tu , dia dapat no 3 . mak dapat no 2 . no 1 menang sebab ade logo 1 Malaysia *makcik aku cakap laaa
Pengadil pertandingan masakan .
hasil kerja Mak Ani dengan Pa'a (cucu dia)
ada jugak ujian darah .
mak aku gedix pergi cek gula lepas minum air sirap , nah kau melambung !
Last sekali , penyampaian hadiah . bersama Isteri Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia .
Tahniah kepada semua pemenang , yang penting , nak highlight kat sini . masa aku naik amek hadiah saguhati , antara dialog pengacara majlis : "anak muda yang begitu minat dalam bidang gubahan ini , sering menyertai pertandingan bersama ibunya" . nahhh jemmm -_-" HAHA !