Salam Jumaat . Menyelinap masa sendiri dengan blogging . Atleast satu post sehari . ATLEAST YEA .
So harini nak share petua lagi yea . petua batuk berterusan . baru baru ni aku telah diserang virus batuk . virus ke ? tak kisahlah . menurut dokter , batuk ni biasanya 100 hari baru baik . baik betul la . maikk aiii lamanya . biasalah , kalau kita batuk , around first three weeks tu kita akan sentiasa batuk , non stop . tapi on week four , kita batuk sehari tu dalam sejam sekali ke kann...pastu bulan kedua sehari tiga kali batuk...hari ke seratus tu nanti baru laa tak batuk..haa gitu laaa umpamanya . 100 hari tu baru sihat betul .
tapi sekarang bukan nak cerita pasal batuk , nak cerita macam mana nak mengurangkan batuk , seterusnya menghilangkan batuk dengan cepat . dengan menggunakan bawang putih . siapa suka makan bawang ? mestilah aku . aku paling suka bawang goreng . sampai pakcik aku cakap "wehh ko kalau g tengok wayang tayah beli popcorn laa , kau bawak je bawang goreng , makan bawang macam makan nasi"
setiap makanan mesti aku nak letak bawang goreng , so jangan laa letak bawang goreng depan mata aku . kalau nampak memang nak . berbalik kepada petua bawang ni , caranya sangat mudah . dan jimat . juga cepat melegakan .
setiap makanan mesti aku nak letak bawang goreng , so jangan laa letak bawang goreng depan mata aku . kalau nampak memang nak . berbalik kepada petua bawang ni , caranya sangat mudah . dan jimat . juga cepat melegakan .
Ambil seulas bawang putih tanpa dibuang kulitnya . Kemudian cucuk dengan garfu dan bakar sehingga kekuningan . seperti di dalam gambar ini ye . Make Sure memang kuning habis , kalau ade hitam lagi bagus . sebab kalau tak bakar betul , bila makan rasa akan jadi lain . so kena bakar sampai kuning . kalau bakar betul , bila makan rasa macam kacang . buatkan kita nak lagi dan lagi !
Alhamdulillah , selepas mengamalkan petua ni selama tiga hari berturut , batuk aku semakin berkurang dan pulih ...sekarang ni sehari 3 kali je batuk . dan perlu ingat juga , sepanjang batuk tu , jangan lah mengada ngada nak minum ais . minuman aku ketika batuk hanyalah air barli suam . sampai kawan kawan pun tegur "tak habis habis dengan barli dia tu , setia sangat" . berkat setia lah , batuk aku dah kurang sekarang . hihi .
Alhamdulillah , So Selamat Mencuba !
sumber : google