Farah ni adik kepada bestfriend aku , Pejah . jadi Fara ni request kitorang jadi bridesmaid dia untuk malam nikah . kitorang on je , bab melawa memang serah saje pada kitorang .
sila lah tatap wajah wajah bridesmaid ni , semua single lagi ye , silakan ngorat , silakan ... haha
Esoknya farah tak perlukan bridesmaid , jadi boleh la kitorang berlari lari attend lagi dua wedding . nasib baik dekat dekat . so sempat la nak lepak lepak kejap kat dua dua wedding tu . dah cakap dengan Pejah awal awal , rumah dia last , sebab nak lepak lama lama kat rumah dia . Pejah on je .
Ini Atyqa , kawan dari sekolah rendah lagi . masa kitorang datang ni , dia dah nak bersanding , so kalau nak tunggu dapat bergambar dengan pengantin lelaki , memang lama lagi lah kan . makanya dengan brides je la . tahniah Tyqa . semoga kekal bahagia selamanya .
Ini Rita , nama betul Ritaudin . senior masa sekolah . rapat dengan dia sebab dulu selalu naik bas pergi sekolah sama sama dengan dia . masa bergambar ni , sempat dia bisik - ehhh kau datang jugak ehhh . ehhh haruslah , Insyaallah aku akan datang kalau korang jemput . aku memang suka pergi wedding kawan kawan . meraikan hari bahagia bersama mereka .
Ini Farah , adik pejah . kitorang memang rapat ..dah biasa dah dengan laki dia ni . kebetulan baju aku pulak hampir sama dengan baju pengantin , kata Farah - baju dah sama tu , boleh laa sanding sekali . hahaha senget semua semua ni . petang tu farah ajak kitorang ikut dia pergi outdoor session . jom je lah , balik rumah bukan ade buat ape pun kan .
payung satu je gambar masa outdoor , aku syak si farah ni memang suka kaler hijau lah . bersanding hijau , outdoor pun hijau .
buat ketiga tiga pengantin , semoga perkahwinan ini diberkati , bahagia dan kekal selamanya , paling penting , jangan lupa doakan untuk kami kami yang masih single ni . kami juga ingin rasa bahagia itu , cewahhh ! ayat kau kemain erk !