Tuesday, September 11, 2012

kids and baby ~

love kids ! yeah , i'm really love like love baby ! baby kids , ouhh big hug ! memang pantang jumpa budak kecik , baby , memang rasa nak pelok pelok , cubit cubit . dulu , tabiat aku asal jumpa baby , aku mesti nak cuit . tapi lepas belajar topic 'tresspass in insurance' , aku terus tak berani sangat nak cuit , sebab mak bapak baby tu boleh saman kite ! i takut you olls ! hihi

marilah tengok betapa sukanya aku dengan kanak kanak ;
anak buah aku yang paling nakal tapi manja . kelemahan : ajak amek gambar , kompem dok diam !
 ini anak buah baru aku ! Ean Qhaliff ! comel sangat , diamm je , tak ngaruk . 
 yang ni , anak sedara mara aku belah mak , mak geram sangat kat baby ni sebab dia sangat domok ! gggrr !
 yang ni , anak jiran . semakin besar , semakin nakal . jaga mama ye faiq . angah tau faiq baik .
 ini anak buah yang paling manja . nama dia pun mak yang bagi , Syamil .
 ini kakak , nama je perempuan , tapi nakal macam lelaki , ciwekkk *kuat nanges
 yang ni pun anak jiran . semakin manja dengan aku . ayish usop ! sayang angah !
ini , anak buah kesayangan si mulut becok . sama je perangai macam aku . kesayangan aku . tengok baju je dah tau dye kesayangan aku . HAHA

Sedang seronok main dengan anak anak orang , baby baby semua . nak tunggu ada anak sendiri memang lambat lagi lah kan . Jodoh , ke mari kau . HIHI

Monday, September 10, 2012

Sesi Beraya Bersama Sahabat~



seminggu lagi habislah syawal yang mulia ini . tapi jari daku tetap setia berlari lari bercerita tentang Hari Raya . kali ni cerita beraya bersama sahabat dan teman sejati . walaupun tahun ni tidak meriah macam tahun tahun lepas , tapi daku tetap meneruskan tugas menjadi 'kepala' beraya . tahun ni daku beraya kat kampung , jadi agak lewat memulakan sesi beraya . ramai yang dah start bekerja , maka tak banyak laa rumah yang kami singgah tahun ni .

hari pertama beraya pada hari raya ke5 . lepas maghrib mereka beraya di rumah daku . then meneruskan perjalanan beraya di rumah Pegawai Askar kita neh , mak dia macam biasa lah  , sentiasa buat makan makan . kemudian terus menyerbu rumah Faiszah , call terus cakap nak datang , amek kau , 5 buah kereta datang serbu . excited sangat beraya sampai lupa nak snap gambar . hihi .

Hari kedua diteruskan lagi selepas solat Jumaat . Firdaus & Haniff datang beraya dirumah daku sambil menanti Faiszah & Ainul tiba . sebab hujan , jadi naik satu kereta je , senang dan pantas . Aku dibuli di dalam kereta . harap maklum . rumah pertama yang paling lama diserbu , rumah Suhaila , study kat UNIMAS . cuti panjang akak kite nehh . Dia hidangkan Puding untuk kami . yummy !

Sesi Bergambar Bermula sementara menanti hujan berhenti ; 
masing masing tak reti diam , gelak sakan
Dari kiri : Suhaila , Faiszah , Ainul & Me
 Haniff bakal cikgu , dia cakap : jangan panggil saya cikgu selagi belum rasmi saya jadi cikgu . good Anep !
 Melayan si Firdaus yang semakin suka tangkap gambar kami 
Kami pantang bila ada yang halakan camera
ini di rumah ketiga , rumah kedua singgah sekejap je . sebab tuan rumah tengah prepare untuk majlis pertunangan . budak ni nama dia Omar , dia setia duduk dengan aku sebab nak mintak duit raya . Aktiviti beraya diteruskan ke rumah ke empat , rumah Ustazah kami , anak dia bestfren aku . seronok , ustazah masak mihun , melantak sakan laa . camera ? simpan dalam beg . HAHA
sesi beraya tidak habis begitu sahaja , diteruskan pada malamnya . Open House ! dua rumah je , tapi borak je yang lama , biasalah kalau dah jumpa kawan kawan kan . meriah ! Rumah pertama rumah Ainul , makan mee goreng , yummy !
 manis kan kami berjubah ? memang plan nak berjubah pun . ayu gitu !
antara gambar dari camera Faiszah . rumah kedua rumah kawan kami yang kahwin aritu . Rusydi & Yatie . dah ada rumah sendiri . thanks sudi jemput kami datang rumah . makan nugget je sebab dah tak larat nak makan , penuh perut dari siang beraya .

Sesungguhnya sangat seronok apabila berkumpul beramai ramai camni . meriah . teringat segala memori . gelak tawa , siap gadoh gadoh lagi . tapi kejap jee . kita kan kawan :)


Sunday, September 9, 2012

Tragedi Sebelum Raya~

Alkisahnya . semangat berhari raya di kampung . maaf ler kalau jemu dengan cerita raya aku tahun ni . memang seronok nak bercerita . Sehari sebelum raya mestilah seronok masak beramai ramai kan . ape yang lainnya tahun ni , aku pun kena tolong amsak sekali . kalau beraya kat Joho , makcik makcik ramai , so aku selalu tak terlibat . HIHI . memandangkan kat belah mak perempuan tak berapa ramai , maka aku menjadi mangsa . menu pelik : RENDANG ITIK . sumpah tak penah makan dan raya aritu memang aku tak sentuh langsung itik itu .

Dipendekkan cerita , sedang asyik menyediakan bahan masakan , untuk raya esok dan untuk berbuka puasa , biasalah orang perempuan kalau masak mestilah sambil berborak . Tiba tiba makcik jerit "jahanam pintu aku !" . kami pun cepat cepat toleh , dan aku terus tergelak besar . HAHA . pintu dapur dia terbakar . terkena api nasi impit . 
nampak kesan terbakar ? semua ni gara gara mak aku . dia yang khayal dok potong daging kat depan pintu sampai tak perasan pintu tu dah dekat dengan periuk . ingat kat abah laa tu .
 tengok lah tu , tekun hiris daging sampai tak perasan orang snap gambar dia . ampun ye buk . dan ini adalah rendang itik yang siap dimasak hentam kromo oleh mak aku . syabas mak ! first time masak terus jadik . bakat memasak tu terus turun kat aku , sekali ajar terus jadi hebat !

sekian saja , tragedi sebelum raya di labohan dagang . korang ada tragedi sebelum raya tak ? meh laa share !