Wednesday, November 6, 2013

Sampai Malam Bertunang

Itulah yang 'Tupai' aku bebelkan , bila dia call aku , dan aku masih di majlis pertunangan orang . nak buat macam mana , dah orang jemput , kita datang laa . wajib tau hadirkan diri pada majlis orang . Siang majlis pertunangan adik kepada kawan gaduh aku , malam pulak majlis pertunangan kawan baik aku . 
 Aku sampai je rumah enon ni , rumah dia dah hampir penuh , so aku terus menuju ke dapur . jadi orang dapur laa kejap kan . pastu kengkawan datang pakat masuk bilik , nak tengok enon bersiap . pastu rombongan lelaki pun datang , aku pun masih terkandas di dapur .
 lepas orang ramai menjamu selera , baru laa aku dapat berposing sakan dengan kawan baik aku ni . Alhamdulillah , dah selamat bertunang . dia jalan dulu laa kan . hehe .
kengkawan lain tah ke mana hilang , ni je yang ade untuk bergambar . jadilah daripada takde .
Tahniah Ainon & Amzar . 

Adik Langkah Bendul Tanda Abang Tak Laku ?

Seronok je semua orang cuti 4 hari kan . pastu semua malas nak naik kerja kan ? haa biasa lah tu , sama je laa dengan aku ni , dari semalam lagi badan dah sengal sengal , hasil berendam kat Gambang (tunggu aku update nanti yea)

Ni nak cerita pasal majlis yang aku hadiri . Sabtu lepas , dapat jemputan majlis pertunangan adik kepada kawan gaduh aku , Fir . Abangnya tak tunang lagi , adik jalan dulu daaa . nampak sangat abang dia tak laku , haha !
Aku datang dengan Sue , sebab memang si Fatin ni jemput kami berdua je . hikhik nampak sangat kami ni special kan ? jengjengjeng ! Sesampai je kami kat umah Pentunang , rombongan pun sampai , cecepat laa kami berlari masuk rumah . hehe . lalu terkandas la kami , duduk depan dengan orang tua tua , dengar orang tua tua berbincang , kau ade ? 
haruslah tepek gambar kami berdua kan . yang cantik lagi menawan ni , kami berdua masih single . sekian .
Alhamdulillah , Fatin selamat ditunangkan dengan Azmil . Semoga kekal hingga Jannah yea . tahun depan kita datang wedding awak pulak . sila jemput kami . hehe .
 Kami dah terselit celah orang tua tua , so gambar masa sarung cincin for sure memang takde lah kan , gambar hantaran pun , dari belah lelaki je , yang belah perempuan punya tak sempat nak snap . nampak tak baju kotak kotak tu ? haa tu lah hadiah langkah bendul . huhu . tu pun si abang tak reti bersyukur . keji perangai !
 sesudah makan , rombongan lelaki pun dah gerak balik Kedah , kami pun berposing sakan laa . tahniah laa kepada pentunang . 
Dari Kiri : Aku , Sue , Fatin(pentunang) , Fir(abang pentunang aka kawan gaduh) , Kimie

Seronok tengok kawan kawan dah ada ikatan , dah jumpa jodoh masing masing , seronok kan . Insyaallah , masa untuk kami akan tiba . Allah selalu ada .

wordless wednesday #90