Wednesday, December 4, 2013
Tuesday, December 3, 2013
Banjir Mengejut Lagi
sebab tadi aku dah taip dengan penuh semangat , pastu dengan bodohnya aku pergi tekan delete . sudahnya aku dah malas nak taip panjang panjang . pendekkan cerita , korang semua mesti dah tau kan , Mersing dah dilanda banjir . dah masuk berita dah pun .
semalam tidur aku mestilah tak lena , sebab hujan yang sangat lebat . menakutkan bunyinya , bangun pagi tengok anak sungai tepi rumah dah penuh , nampak sikit jee tiang dia .
duduk rumah , online , keep update dengan geng Anak Mersing , info dari mereka yang keluar melawat kawasan .
antara khemah yang musnah dipukul ribut , angin kuat sangat , banyak pokok tumbang sampai hospital pun blackout !
lepas Zohor dapat info lagi , sungai depan perumahan aku , air dah melimpah . ni gambar kat area masjid . masjid sebelah sungai je . lepas Asar , rumah rumah sekitar sini dah masuk air , dan ada yang dah berpindah ke pusat pemindahan banjir .
Ni keadaan anak sungai tepi rumah aku waktu maghrib .air semakin penuh , tiang tu dah tak nampak . air hampir rata . masa ni family dah start kemas apa yang patut , yang kat bawah semua dah bawak naik atas . siap siap sedia barang yang penting penting .
lepas isyak , dapat whatsapp dari kawan satu taman , post gambar keadaan depan rumah dia . dah naik sampai atas buku lali . dan aku bersiap untuk keluar melawat kawasan taman . kawasan depan dah penuh air , ada pokok tumbang , tak boleh lalu dah . tambah pulak malam tu air pasang besar . nasib baik hujan berhenti .
longkang depan rumah pun dah penuh air , sikit lagi nak masuk dalam rumah . doa lah semoga rumah aku terselamat daripada banjir . malam ni sehingga 5hb December 2013 , air pasang besar . doa semoga tiada kemalangan jiwa . Insyaallah Amin .
dan hari ini aku datang site dengan semangatnya , sampai sampai terus hujan lebat . sedih rasa hati . tapi terus bekerja , menjadikan office sebagai bilik gerakan , call JPAM , call BOMBA untuk mendapatkan bantuan bagi yang memerlukan . Alhamdulillah good job Anak Mersing !
dulu pernah sekali rumah kami kena banjir teruk , tahun 2003 kalau tak silap . moga tahun ni tak terkena . aminn .
tempat korang banjir tak ?
ape korang rasa ?
apa korang rasa bila dah semangat tulis entry...
lepas tu korang tekan ctrl +A utk centre kan ....
tapi korang salah tekan . tah gelabah ape
pergi tekan delete selepas menekan ctrl + A .
korang rasa stress tak ? stress tak ?
aku dah semangat menulis tentang banjir !
pastu tah kenapa tangan aku pergi tekan delete !
aku nak entry aku balikkkkk !!!!
arghhhhh stress !!
Subscribe to:
Posts (Atom)