Tuesday, November 21, 2017

BBQ With TETORIAN

Rasanya semua dah tau , budak budak office aku memang semua sekepala . Buat aktiviti sama sama tu , dah biasa sangat bagi kitorang . Tapi kali ni , kitorang plan buat aktiviti luar yang jauh sikit .

Plan nak buat farewell party untuk budak praktikal . tengok , sweet kan kitorang ? bagi layanan tiptop kat budak praktikal . selalu dengar budak praktikal ni jadi mangsa buli je kan . hehe .

Plan nak picnic di Tanjung Resang , geraknya lepas solat jumaat . beramai ramai lah ke sana , gerak 3-4 kereta macam tu laa . ada yang bawak anak bini . meriah kauu !




datang datang , terus cari port lepak . yang si lelaki terus start bakar bakar . tak tunggu lama dah . siap bakar je masing masing terus ngap . masing masing memang simpan perut nak makan sama sama . so terasa lah kenikmatannya kan .


lepak makan , dah kenyang , main air pulak . yang lelaki seronok laa . hentam je berenang . balik basah basah pun tak heran . dah tu kami yang perempuan ni ? mampu tengok je laaaa . nasib laaa , janji masing masing happy .

Lepak lepak bergalak , sambung makan lagi sampai Maghrib . Kemas kemas terus nak gerak balik , Hadi pun nak niaga katanya . penat penat pun nak niaga . Aku pulak rushing nak pergi majlis bertunang kawan baik . so , kemas cepat cepat . bagi ruang sikit untuk budak praktikal tu bagi ucapan , sepatah dua kata . sedih pulak kann . sebab dia kata kitorang semua best !



Lepas dah selesai semua , masing masing pun gerak balik . Dan selamat sampai ke destinasi masing masing dengan jayanya . Alhamdulillah .

p/s : sekarang budak praktikal ni dah jadi staff kitorang . masih satu office , satu bumbung . haha ! Rezeki dia . Sebab dia suka sangat Mersing ni kan .. Tahniah Cap !


Monday, November 20, 2017

Wedding Adik Bongsu Sisterhood

Alhamdulillah , awal tahun haritu , si adik bongsu ni dah selamat dinikahkan . Calon pilihan ayah okayy . mula mula tak nak , seboleh boleh dia tolak . tapi kalau dah namanya jodoh , bahagia jugak adik aku niii .

Sempat jugak kitorang buat mini bachelorette party untuk dia . Asalnya nak tolong dia buat hantaran je . dia hidangkan makanan , kitorang pun datang bawak makanan . sudahnya jadilah majlis makan makan & lepakkk .



Masa hari nikah , excited giler nak tengok adik bongsu ni . Dah niat taknak nanges . sanggup duduk celah celah orang , konon jauh dari dia . tak nampak dia nanges . sudahnya , masa salam peluk peluk , kecundang jugakkk . i is tak boleh tengok orang nanges ! mesti berjangkit , mesti !


Tengok je lah mata dua dua bengkak . kemain beria menanges sakan .


Hari sanding , mestilah kami jadi bridesmaid . bukan selalu kan berkumpul macam ni . lepak sama sama . sehari suntuk ! 


Dan wajib jugak ikut pergi outdoor . Biasanya , kalau bestfriend kawen , kitorang akan habiskan masa seharian untuk si pengantin . Wedding aku pun diorang buat macam tu . Alhamdulillah . dan untuk wedding seterusnya , insyaallah , aku pun akan setia macam nii .

Semoga hubungan persahabatan ini kekal hingga ke Jannah walaupun masing masing dah ada keluarga sendiri . Insya Allah , Aminnn .

p/s : sekarang si pengantin ni tengah menghitung bulan nak meletop . sekejap je kan !


Tadom Hill Resort Dengan Family

Cerita hujung tahun lepas ni . Hampir setahun dah , tapi gigih jugak nak up kat sini . nak share dengan korang . 

Sebenarnya , Tadom ni tempat mak aku masa kecik kecik main jee . so bila dah femes ni , mak teringin la nak pergi . banyak cerita shooting kat sini kan . kebetulan haritu ada balik kampung , pastu ada masa terluang .. ajak laa mak dengan adik adik spent time kat Tadom ni.



terselit jugak anak buah sorang tu . siapa dengar cakap acik na , memang acik na bawak pergi jalan . siapa degil , tinggal !





tapi memang membazir laaa bawak Mak dengan Abang . duduk tepi je ! taknak ke tengah langsung . Bagus bawak Adik , terjun sana terjun sini . meriah !


Dik , tahun ni kita tak pergi Tadom lagi erk ? Macam tak sempat je , tahun depan lah jom !

Aktiviti wajib kalau balik kampung , mestilah berkumpul and makan ramai ramai . Biasanya aku lah yang tukang cari kedai . Facebook kan banyak je orang share kedai makan sedap sedap , save je lah . pastu pergi . senang je kan .



Masa ni sambil sambut birthday Kak Ema . Sambil kenalkan Encik Tunang (sekarang dah jadi suami) pada family Selangor ni . Alhamdulillah . Happy sangat dengan family ni . Dah jadi orang Selangor ni , lepasni makin selalu lah kami balik kampung . yeayyy !