Sunday, September 9, 2012

Super Gerbang Style~

Selamat berhujung minggu . Hari Ahad , aku duduk rumah saje . sebab minggu minggu akan datang akan sibuk dengan majlis . maka , minggu ni kumpul tenaga , rehatkan diri . Entry bergambar kali ni akan menunjukkan betapa meriahnya kampung aku di hari raya . *memang banyak entry pasal hari raya sebab sangat excited beraya di kampung .

Tiba je kat kampung subuh Jumaat tu , tergamam tengok pintu gerbang yang sangat meriah . woaahhh cantiknya ! dan malam malam seterusnya sentiasa menanti detik bila takde orang lepak kat situ . sebab budak budak bujang kampung ni selalu lepak kat pintu gerbang !
 dah sampai tu nak laa posing kat pintu gerbang tu . tunjuk betapa bangga nya aku dengan bebudak kampung aku ni , terima kasih D'BIR CREW . bertungkus lumus untuk super nice cantek pintu gerbang neh !
 perjalanan aku bersama sepupu dan mak malam tu tak berakhir di pintu gerbang saje . kami meneruskan perjalanan mencari rumah kontraktor lampu . meriah sungguh rumah dia !
 meriahkan , rumahnya agak ke dalam sikit , jadi sepanjang jalan menuju ke anjung rumah , memang penuh dengan lampu warna warni . camera aku bukan DSLR , jadi tak berapa indah laa gambarnya . 
yang ni pulak hasil kerja budak budak kat area rumah makcik aku . tatau ape motif KTV neh , nampak sangat semua kaki karok . tapi cantik , korang memang kreatif !



Saturday, September 8, 2012

Baju Raya handmade~

sabtu ! apsal excited sangat ye bila tiba hari sabtu ? mungkin sebab tak sabar menanti sabtu minggu depan . apakah ? majlis lahh majlis ! hihi . sangat tak sabar ! dah lama takde majlis kannnn . itu next week punya cerita . minggu ni , hari ini nak cerita pasal baju raya . walaupun raya dah nak habis , aku tetap gagah nak bercerita pasal baju raya aku .

Dengan bangga nak bagitahu , baju raya aku tahun ni Mak aku tak sentuh langsung . dia dengan bangga suruh aku jahit sendiri . biasalah aku sorang anak perempuan dia , mestilah nak baju penuh manik . even beli baju dah siap pun , tetap nak tambah manik jugak . pedulik apa aku . sambil sambil promote , mak aku amek tempahan . HAHA

Baju pertama yang aku siapkan adalah baju yang aku beli kat First Lady , tiap tahun memang suka beli kat first lady , taktau lah kenapa . mungkin sebab murah dan kena selera agaknya . Baju First Lady memang banyak design plain . so atas desakan kawan kawan aku grab pink untuk dipakai pada hari raya pertama . First time in PINK okayy . nampak ayu gitu . HIHI
 gagah menjahit dengan penuh tekun . mak duduk sebelah jahit baju customer . kata mak , customer first . tahun depan nak tempah baju dah siap manik penuh satu badan . lantak laa bayar mahal pun , pedulik ape . janji puas . baju kedua yang aku jahit adalah baju kurung pahang trend raya tahun ni . baju yang penuh dengan batu tampal . sungguh tak berkenan tapi tertarik dengan corak bunga ros ni , terus grab ! Walaupun dah penuh dengan batu batuan , gagah jugak nak tambah manik sebab bawah dia kosong...kosong....
 tengoklah siap suruh adik conteng dulu guna pensel , senang aku tinggal jahit je . terima kasih adik , menyumbang tenaga kat baju angah ni . baju seterusnya ialah Jubah . memang dah lama mengidam jubah . selama ni berangan pinjam jubah ibu , sebab ibu sama tinggi dengan aku .. nak pakai jubah mak aku , memang boleh , tapi kena gelak laa sebab SENTENG :) Jubah ni dah cukup cantik , so tak payah laa tambah manik , just tambah manik kat tudung je . beli tudung kosong , jahit manik sendiri ikut kreativiti kita . lagi puas hati . 
 siap bawak tudung , jahit kat ofis . sangat tak senonoh . bos siap cakap "kau siap menjahit erk yana . g balik lah buat kuih kat umah" . tanpa berfikir panjang , balik laaa . terima kasih bos , tahun depan aku buat lagi . Dan hasilnya , baju aku menarik perhatian di pagi raya . dan dengan bangganya berkata "jahit sendiri ni tauuu "
 berPINK di pagi raya . Masyam cakap : gemok ! ouhh biaselaaa ade orang bela . opss !
Hari Raya Kedua bersama Baby Ean , alaa tak nampak pulak manik kat bawah tuu . takpe janji nampak baby Ean yg domok itu !
Ini pulak berjubah bersama Beshtie ! terasa ayu , opss kawan cakap aku sexy malam tu . Alamak !

Seronok raya tahun ni sebab ada duit sendiri . tengoklah sampai 3helai beli baju raya , tu belum ,masuk jeans dengan baju baju lain lagi , tudung , aksesori , kasut . haaa . memang mewah beraya tahun ni . Syukur , rezeki dari Mu Ya Allah .


Friday, September 7, 2012

Marhaban Bukan Meraban~

Seperti biasa , bila tiba Hari Raya , ahli kumpulan Yassin Taman Sri Mersing mula mengadakan marhaban . marhaban diadakan mengikut jalan . harini jalan ni , esok jalan tu . ikut turutan dan siapa order dulu . hihi . macam nak order kuih pulak kan .

31OGOS2012 , giliran Jalan Puding pulak . hampir semua rumah amek marhaban kali ni . meriah . uniknya , kami satu jalan sehati dan sepakat . marhaban terus dari rumah ke rumah , jamuan makan di rumah terakhir iaitu di rumah daku la . jimat masa dan meriah ! semua makanan kami kumpul setempat dan makan beramai ramai .

Dan rumah terakhir jugak bacaan doa selamat dilakukan . Alhamdulillah selesai marhaban untuk Syawal tahun ni .
 penuh rumah , jadi daku duduk kat belakang je laa . disebalik langsir .
anak uweekk aku , jarang tengok majlis macam ni , ternganga bila tengok orang ramai serbu rumah dia .
tahun lepas daku tak balik masa marhaban ni , jadi tahun ni dengar lagu baru . best pulak .
usai marhaban , jamuan makan berlangsung . haa ni mokcik mokcik jengah kuih raya .
mak bersalaman dengan bibik . ngapuro ye bik . *speaking jawa sat