Wednesday, February 13, 2013

Wedding ala Korean ~

9 FEB 2013 , bersama sahabat sejati sampai mati ke NENASI , menghadiri majlis persandingan seorang kawan perniagaan *ewahh ayat business woman dah . Kali ni perjalanan tak laa jauh mana , rasa macam dekat je . kalau malam tu takde keje , memang sampai KUANTAN dah . boleh singgah kedai hubby jap . hehe *gatal eh .

Pengantin ni kembar katanya , muka pun sama , yang kawan kami ni pengantin lelaki . Disebabkan rumah mereka berdua dekat , so belah lelaki tak buat majlis . itu yang kami kena datang majlis ni . Walaupun pada hari itu kami agak rushing ke sana sini sebab malam nye ade BBQ Reuinion SPM Batch 2007 .

sampai sampai je , dua2 pengantin dah siap bersanding , dah sudah makan beradab dah pun . so kami teruskan je lah acara yang kami buat sendiri . hehe . macam biasa , tak sah kalau takde gambar , bak kata orang , takde bukti !
 inilah kawan kami , kawan dengan dia lama dah , tapi dia lagi rapat dengan Nadia la . bak kata Nadia "kawan super savers"
 Nadia nak bergambar dengan "madu" , kecik je "madu" dia , sekali tolak je .
 Kami datang dua kereta , Angah dengan tunang dia . *tak ingat nama :p
 kalau dah duduk atas pelamin , mestilah nak pose macam2 
 penat pengantin nak melayan . kawan2 yg lain dah datang awal , kami je lambat sikit . 
 datang lambat dapat layanan special taw ! dapat makan kek lagi .
 tenkiu Angah , snap kan pic ni . berangan macam dekat korea pulak !
suka sangat dapat berjalan , happy together  :)

Selamat Pengantin Baru buat Zie & Isteri . Jangan lupa bawak bini datang Mersing ye . Lepas ni e-day kawan baik pulak . errr baik ke ?

Saturday, February 9, 2013

Beza A dan B

Masa dengan A  , aku tak terlalu mendesak macam ni . aku hormat perjalanan hidup si A .

Tapi bila aku dengan B sekarang , aku terlalu mendesak hingga aku sendiri menjadi sangat bosan . 

Mungkinkah keadaan sekeliling juga yang menyebabkan aku jadi begini .

Buat A , aku rindu detik bersama dengan kau . kau je yang faham perangai pelik aku .

Kau je yang larat layan aku shopping dari pagi sampai malam tanpa beli apa apa .

Sehingga aku kini langsung takde nafsu nak shopping , aku kembali BODOH bila jejak Mall .

Buat B , mungkin aku tak patut siksa kau macam ni .

Aku rela kau pergi kalau kau dah tak tahan dengan aku sebab perangai pelik aku ni .

Maafkan aku kerana menjadikan kau mangsa keadaan aku . Maafkan Aku .



p/s : Rindu akak kat uptown tu cakap , " couple eh ? Nampak serasi . "





Friday, February 8, 2013

Kisah 50 Sen

Kringggg.. 
Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. 
Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. 
Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? 
Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgn pelajar ini supaya lebihkan sedekah. berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.