Sunday, June 7, 2015

#Entry Throwback 2 - Laman Seni Sek7 Shah Alam

30 November 2014

Antara jalan jalan dengan shopping , aku lebih suka memilih jalan jalan . aku suka tempat cantik cantik , tempat tenang , aku suka tengok benda baru , tengok budaya orang lain . kalau pergi negeri lain , tak dapat shopping pun takpe , janji aku dapat tengok tempat orang . itu yang lebih memuaskan aku . Alhamdulillah .

Tahun lepas , masa reunion tu , esoknya sebelum balik , aku menjengah ke Shah Alam dulu . nak sangat tengok Laman Seni tu kan . tak puas masa kat Penang , so kita repeat kat Shah Alam . hihi . masa aku datang sini , tengah musim konvo , so memang ramai laa makcik pakcik datang bergambar kat situ kan . huhu .
bila aku start bergambar , time tu jugak lah hujan rintik rintik , air bergelora . sakit tak hati ? memang saje nak halau balik lah kan ... bila dah lebat , cepat cepat laa lari pergi cari makan pulak . sebab masa panjang lagi , singgah kat Stadium Shah Alam pulak . tak ingat masa tu ada festival apa . tak pusing habis pun sebab hujan lagi , just beli burger hitam , tapau makan dalam kereta dan terus ke Terminal Bersepadu Selatan untuk gerak balik ke Mersing !

lepas upload gambar gambar ni kat facebook , cousin cousin yang kat Banting tanye "kat mana ni ", "kat mana tu cantiknya". hehe kesian cousin cousin aku , duduk je dekat ngan Shah Alam , tapi taktau . untung korang dapat cousin macam aku , yang kaki jalan dan rajin mengkaji tempat tempat cantik begini . cewahhh !!

ok jom next entry !

#Entry Throwback 1 - Reunion 9-2B

29 November 2014

Kau nampak ? entry tahun lepas , aku baru nak cerita harini . kejam kan ? Takpe , aku teruskan bercerita , lantak korang lah nak cakap apa .

Reunion ahli 9-2B , rumah sewa masa belajar dulu . kitorang jarang jumpa sebab masing masing sibuk dengan kerja dan urusan masing masing . setelah sekian lama memendam rindu , plan punya plan , akhirnya kami bertemu . tapi tanpa Fieza . biasalah pengantin baru tu ... dah duduk jauh , ikut suami , memang payah nak jumpa !  .

Maka reunion 2014 ni , kami berlima je . aktiviti tak banyak pun . just jumpa tak sampai sehari . sekejap sangat rasanya . jumpa lepas Zohor macam tu , makan , jalan jalan kat Alamanda , pastu lepak borak borak kat Putrajaya . Maghrib masing masing dah balik ke destinasi masing masing . Berjanji jumpa masa wedding Lily nanti . (next next next entry okeh) .

Tahun 2015 ni , 3 daripada mereka akan menamatkan zaman bujang . tinggal aku dengan Dayah je taktau bila . kepada jodohku , jaga diri baik baik , sebab saya pun tak tau awak kat mana , saya tak tau awak siapa . semoga kita akan berjumpa juga suatu hari nanti . I'm waitinggggg . motifff sangat !

ok next entry please !!

I'm Backkkkkk !!

Hye uolls ! After two months . janji dicapati sangat kan . lebih 3 kali berjanji nak update , nak update , tak terupdate jugak blog ni . sedih melihatnya . rindu memang sangat rindu . gian memang sangat gian .

Sejak berhenti keje , aku memang takde peluang nak jengah blog , tambah pulak laptop jahanam aritu , macam macam rosak , buat aku tawar hati nak tengok dia . dan sekarang masih mengumpul dana untuk melahirkan laptop baru . cewahhh ! nak kaler merah meletop ! nak nak nakkk !

Ni pun pinjam laptop adik , dah tiga hari dia demam , so aku ada peluang pakai laptop dia berapa lama mana aku suka . cewahhh . demam lama lama ehh abang , banyak nak update ni . banyak cerita tertunggak . kesian blog aku .

Ini adalah entry pembukaan , ada 10-15 entry tertunggak aka Entry Throwback yang bakal aku post kejap lagi . korang yang dah lama tak baca cerita aku (ada orang baca ke) , yang dah lama tak stalk aku (hye stalker!) , silakan membaca yee .

Ok jom bercerita !! see you next entry !