Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Tiba !

hye semua ! Alhamdulillah kita dah sampai bulan Ramadhan . hari ni genap seminggu kita berpuasa . sekejap je kan ? tiga minggu lagi nak raya . gittew !

Sempena bulan puasa ni , aku buat cabaran untuk diri aku sendiri . cabaran apa ? Cabaran Isteriku Pandai Masak . haaa , idea tercetus dari drama Isteriku Bukan Tukang Masak . lawak betul cerita tu dan ada pengajarannya .

Jadi , aku cabar diri aku sendiri untuk masak seberapa banyak yang boleh , kalau rajin masak tiap hari , kalau malas tak payah masak . haha . setakat ni , dua menu dah aku buat . yang jadi mangsa untuk rasa dan komen - adik adik aku lah . yeahh !
 #episod 1 : Roti Piza Campak Campak Tapi Sedap

jumpa resepi pemalas ni kat fesbuk la , fesbuk kan dah banyak orang share resepi . apa susah , screenshot , beli barang dan buat . jadi tak jadi bergantung kepada kehebatan korang . hikss !

#episod 2 : Ayam Masak Manis Pedas Terlebih Gula Melaka 

yang ni , aku mintak resepi dengan jiran belakang rumah . haritu masa majlis tunang adik dia , dia masak lauk ni sedap giler . rasa pedas manis dia cukup . so aku nak laa try . tapi cubaan kali pertama ni tak berapa nak menjadi . standard lah kan , baru first time buat , takkan terus jadi kan ? haha not bad . tapi pengkomen pengkomen kat fesbuk , wechat & insta cakap - nampak sedap ! deyyy , aku masak mana penah tak sedap ! ok tak kelakar !

so , menu harini atau esok dan esok ...apaaaa yaa ? korang ada idea ? meh laa share .


Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 13 - Jumpa Kawan Sekolah

Masa wedding Nadia , pengapit dia adalah kawan sekolah kitorang masa sekolah rendah . Hidayah Yasiran . memang ingat ingat lupa siapa dia sebenarnya . tapi kawan kawan lain yang tolong aku ingat balik siapa perempuan ni . haha . yes you are . dulu kemain pendiam , sekarang nahh kau . haha . ok la tu kan , kepala masuk air, sama je dengan aku . best beb jumpa kawan lama . happy je .
 Orang luar datang , tempat wajib aku kena bawak adalah Nasi Goreng Tido . memang wajib bawak orang luar breakfast kat sini okayyy . terbaekkk !!

Satu lagi kawan yang aku jumpa adalah Shahril . ni kawan sekolah menengah aku . geng bergalak , geng ponteng , paling best , dia raja kentut . last jumpa dia 2008 . sejak masing masing keje , punyalah susah kitorang nak jumpa and lepak sama sama .
Malam tu try call dia , kebetulan tengah free . ajak dia pergi karoke . wahhh masa sekolah dia lah paling hebat nyanyi . tapi sekarang tidak lagi . aku lah juara . dia pun tergamam tengok aku nyanyi . dia kata hebat nyanyian aku . hahha malu pulak . dia siap pesan : Na , jangan bagi Amy Search dengar suara kau , nanti dia amek kau jadi artis dia . haha senget punya kawan . memang best sesekali lepak bersama .

Kawan sekolah rendah dah jumpa , kawan sekolah menengah dah jumpa , kawan kolej sem 1 , sem 2 yang dah lama tak jumpa tu , bila kita mau berjumpa ? jom lah jom lahhh . hehe


#Entry Throwback 12 - Wedding Nadia

22 & 23 Mei

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Taman Sri Mersing . cewahh ! Alhamdulillah , sekali lafaz Nadia yang paling rock sah menjadi isteri kepada Syukur .
Wedding Nadia ni , aku tak banyak tolong , sebab aku sibuk dengan urusan business aku . maaf laa sampai tak sempat nak menjengah tengok persiapan . mesti masa wedding aku ni , Nadia terus tak datang . haha . Masa nikah Nadia , 6 orang wakil BrotherSisterHood datang . separuh dari ahli . Alhamdulillah .
 Masa majlis pun , tak banyak gambar dengan pengantin sebab pengantin sibuk . kitorang pun ada pergi wedding lain . kawan sekolah jugak . so terpaksa bahagi masa lah kan . jemputan orang kita kena datang tau . dengan doa dan harapan semoga majlis kita nanti pun , ramai orang akan datang . InsyaAllah , aminnn .
Oh , dia bukan suami saya , bukan juga kekasih saya . dia hanya bestfriend selfie saya . di mana ada kamera , di situ ada dia dan saya . haha . tunggu kau kawen pulak Wan . bergalak kita pinjam anak orang , konon selfie anak beranak . haha .

Untuk Nadia , Tahniah dah jadi wife Syukur . Aku doakan kau bahagia selamanya , jangan lupa doakan untuk aku pulak . aminnn aminnn .