Tuesday, December 22, 2015

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Orang Mersing Dan Pantai

Aku sejak lahir memang duduk Mersing , memang suka duduk sini . Banyak pantai . kawasan tenang . takde shopping mall , takde wayang . aman je  . duit pun save, cuma tak kaya kaya lagi . ok tak kelakar .

dan kami suka sangat lepak pantai , ada cuti umum sikit , mula plan itu ini . yang selalunya , plan berkelah la . sambil bbq . kadang kadang siap mandi pantai . kitorang ni jenis , sorang cakap , ada sorang je setuju ... terus semua on . best kan ? masing masing bukan jenis kedekut jugak , jenis tak berkira dengan kawan kawan . sebab tu kami rapat dan InsyaAllah kekal sampai syurga .
 kitorang kalau keluar memang tak pernah plan pakai baju sama , tapi bila sampai kat tempat yang dituju , baju semua seakan akan . macam ada tema . dan rapatnya kami macam adik beradik . mesra nya kami macam keluarga . orang kiri kanan pun pelik gaknye , nak kata family kenapa semua nampak sebaya . itulah kami , BrotherSisterHood . kami tak kisah apa orang nak cakap pasal kami . yang penting , family kami tau betapa rapatnya persahabatan kami .
 kami sangat suka suka suka pantai . gambat bawah ni bukti betapa cinta nya kami dengan pantai . ishhh , kalau ada masalah , rasa sedih , tengok lah pantai , rasa tenang je , pahala pun dapat .
posing mengalahkan pelancong . hehe yang penting kami happy .

Ehh , jom lah datang Mersing !!

Monday, December 21, 2015

Tarikan Terbaru Di Mersing

Mersing , bandar pelancongan . mestilah banyak tempat cantik kan ? tapi pada aku , tarikan paling banyak kat Mersing ni , pantai je . pantai dia cantik cantik . dan salah satu tarikan terbaru di Mersing adalah Crown . yes , replika Mahkota Sultan Johor . Sejak ada Crown ni , ramai lah orang datang bergambar , lepak santai , kena pulak angin pantai , memang syok lahh .

Tak lepaskan peluang , kami orang Mersing pun nak jugak posing situ . kebanggaan kot . dulu nama dataran ni , Dataran Pulau . sebab ada replika semua pulau keliling Mersing . sekarang diorang panggil Dataran Mahkota , atau lebih hipster lagi - CROWN .

" lepak mana malam ni bro ? "
" Lepak Crown ah ".
" Ok set , jumpa kat Crown "
 Cantik kan kan kan . Jangan sakit mata lah kalau tengok , rasa nak posing camni jugak , jom lah datang Mersing , pastu jangan lupa roger roger kita . hehe , nanti kita bawak ronda ronda Mersing ehh , InsyaAllah .
 macam macam gaya haa . gaya tutup muka tu adalah gaya terkini bebudak baru nak up . kitorang yang tua tak sedar diri ni tiru laa . konon konon nak nampak hipster . haha !
 sekarang ni pulak , macam macam aktiviti ada kat crown ni . dah macam Dataran Putrajaya meriah dia . memang best . tapi tak larat lah nak keluar tiap malam kan . tapi best laa lepak sini , main belon , main roller blade , main hover board . paling syok main hover board lah . mula mula main menggigil , dah pandai , jadi berlagak pulak . haha .
 tengoklah muka gedik yang konon manja . nak main benda benda tu semua dah full . maka berhuhu lah kita main belon . ada video aku main hover board aka smart wheel tu , jemput lah jengah insta aku ehh , tapi kena follow dulu . sedang private insta dari manusia manusia yang tidak dingini .
tengok lah muka bahagia perempuan perempuan ni, sejak kemaruk main roller blade & hover board , mak ayah kitorang dah tak bising balik lambat . sebab tau anak anak dia duduk situ je main sampai penat . dan Alhamdulillah la , ramai komen cakap dah kurus sejak aktif sukan malam ni .
ini hakak payung gambar hakak main hover board , time ni baru 5 minit pandai main . so takut takut masih ada .

mana kita malam ni ? Crown lah !! 

Jom datang Mersing !