Saturday, December 26, 2015

Big Spoon & Sangkaya

Macam aku cerita sebelum ni lah . aku kalau pergi KL , memang dah list siap siap . nak makan apa . kali ni datang , request kat Mujibur , nak makan Big Spoon . tengok orang makan macam sedap je . review pun cakap sedap . jom lah kita try . Tapi malam tu , sempat pergi lepak kat The Ships Kampung Baru . Kawan Mujibur ajak lepak . nak tengok wayang dah lewat . so kita borak borak santai je lah .


Kawan Mujibur ni , muda lagi . tapi badan bapak sado . keje dekat Pandora . malangnya aku tak minat Pandora , so tak boleh nak ngepau . Awek dia keje Wolkswagen kot . Lupa lah , tapi awek dia orang JOHO , maka kita geng , yeayy !

Esoknya dengan semangat meredah jem pergi Time Square makan Big Spoon . Not bad lah Big Spoon ni , pada tekak aku , dia lagi sedap dari Boat Noodles . haa gitu . tapi selera orang berlainan kan . terpulanglah .


 Sejak dua menjak ni , Mujibur suka sangat ajak aku makan aiskrim . Gedik kemain lagi , dating je nak aiskrim . acah acah sweet betul lah . kali ni try aiskrim kelapa Sangkaya tu . memang sedap . macam ni puas hati laa rm10 pun . rasa kelapa fresh weh . nanti nak bawak mak & adik adik pulak rasa .


Hari kitorang dating tu , ada Food Gasm Fest kat PJ . paling galak sekali nak pergi Mujibur lah . aku memang tak minat tempat ramai orang gini . tapi sebab kesayangan nak pergi sangat , kita layankan je . bila sampai je sana , tengok kaki semua orang berlecak . aku dah membebel kat dia , please please , malam karang aku nak naik bas . jangan macam macam nak suruh aku main lecak . dia gelak gelak dah tengok aku gelabah . haha ! sudahnya , kitorang beli dua jenis makanan , pastu balik .


sebab ada berselisih dengan sorang makcik ni , dia kata tempat masak kotor . diorang tak jaga kebersihan , makanan mahal , orang ramai , tiba turn makanan habis . kitorang pun macam tercengang dan atas kepala penuh tanda soal . terus cakap kat mujibur , dah laa jom pergi cari makan tempat lain .

Sementara nak tunggu malam , ajak Mujibur lepak Tasik Titiwangsa kejap . suka sangat duduk situ taktau kenapa . mungkin sebab aku memang suka tengok air . dulu masa duduk bangi , selalu nak pergi Putrajaya . tapi sekarang , bagi aku Putrajaya tu jauh . Mujibur pulak tak pro jalan sana . nak harapkan aku , penat laaaa . aku dah laa suka tido dalam kereta . 

Malam tu lepas solat maghrib , call Syaz ajak makan sama . aku pun lama dah tak jumpa . rindu kat Anak Syurga tu . Alhamdulillah , nampak sihat . suka tengok senyuman dia . semoga terus sihat dan terus kuat ye Along . Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk Along .


Macam biasa lah , Awish ni kalau dah mesra & rapat dengan kita , dia akan jadi manja . Malam tu dia nak ikut aku balik , nak naik dengan aku . Maaf Along , Ummi kena tipu along lagi . Insyaallah , ada rezeki panjang umur , Ummi datang bawak Along jalan jalan okayy . Along naik dengan Ummi . Ummi janji .


Friday, December 25, 2015

Tadom Hill Resort

Tadom ni tengah viral kat fb kan . Saje lah aku nak bagitau , Tadom ni belakang rumah makcik aku je . Bukit Tadom ni tempat mak aku main je dulu . kawasan orang asli . dulu pun mak aku sekolah kat Tadom , bukan lah mak aku orang asli . tapi kata mak , dulu keluarga susah , mampu sekolah kat sekolah orang asli je . sebab free kot . entah , dah lupa .

Sebab haritu ada hal  , kena balik kampung kejap . Maka Mujibur pun ajak pergi tengok Tadom . Dalam pada nak pergi tengok je , dia suruh standby bawak baju , towel semua eh . ok kita layann je . Sampai je situ , aku call sedara aku , dia kerja dalam tu . sebab tadom ni dia limit untuk 150 orang je . bila dah pack 150 orang , dia akan close , nasib lah yang datang jauh jauh tu . memang tak dapat masuk . so , yang jauh jauh tu better datang awal ehh , dia bukak pukul 10 pagi sampai 7 malam . tapi pukul 6.30 petang tu dia dah tak bagi mandi dah .


Bayaran masuk kalau hari biasa RM18 , hari tak biasa RM20 . hehe normal price , worth it la . Masuk je dalam tu , masa kitorang tengah cari port nak lepak , tetiba Mujibur kata dia ada nampak someone dia kenal . Okayy , geng CC dia . bebudak area rumah dia jugak . maka kita berhuhu je lah kat situ . diorang pun datang couple couple katanya . takpe  , kita layankan aje .


Air dia sangat dalam . tak nampak dasar . so semua kena pakai life jacket . Life guard pun ada , tapi tak sado eh . biasa biasa je mereka . dia yang akan pantau sepanjang kita dalam air tu . air dia sejuk weh , memang syok lah . berendam tak hingat . lenguh tangan acah acah renang . Mujibur seronok main yang terjun terjun tu . aku memang tak lah . gayat oiii .


 berangan nak naik rakit , tengok orang main macam senang je . bila turn kitorang main , rakit tu makin ke tepi , nasib baik lah ada geng abang abang sado tolong kitorang , haha memalukan !

Kitorang lepak situ sampai pukul 3.30 je . sebab ada hal kat rumah makcik & pakcik kan . tapi sempat jugak lah makan BBQ yang kengkawan Mujibur buat tu . terima kasih ye . sebelum balik tu , ajak Mujibur keliling Tadom , amek gambar apa yang patut . nak buat kertas kerja nanti senang . untuk BrotherSisterHood .





tengoklah muka bahagia perempuan ni , terima kasih Mujibur , happy kan kita . hehehe nanti bawak lah jalan selalu yeee .. sekian , terima kasih .

tanda puas hati . sama macam yang viral dalam fesbuk tu . so siapa yang nak rasa pengalaman mandi kat kawasan bekas lombong , meh la datang Tadom . tapi pada pendapat aku , tempat ni tak sesuai untuk family yang ada anak kecik . sebab , chalet dia tak banyak . pastu konsep chalet dia open . kira kau boleh tengok orang sebelah buat apa . kalau setakat nak lepak seharian boleh la , kalau tido tak payah laaa . hehe .



dan inilah kawan kawan Mujibur bersama awek awek mereka . Aku geng dengan yang sebelah aku tu je . serasi bersama sebab nama kami sama - Yana . alahaiii sweet sangat . nanti ada masa kita lepak lagi ehh  Dik Yana . tengok aku , pergi putih , balik hitam . rehda , pengalaman itu penting .

Balik kampung ni , memang nak bawak mak & adik adik tengok Tadom . tapi tengok je bukan mandi . sebab diorang tak pandai berenang , kang satu hal aku nak mengejar masing masing .

Jom Pegi Tadom !

Jejak Kasih

Rasanya lebih sepuluh tahun dah tak jumpa family ni . Dulu kami berjiran , pastu dia pindah ke terengganu , balik ke kampung asal diorang . Tapi kitorang still contact . Masa diorang pindah , diorang ada tiga beradik je . tu pun tak sempat kenal yang kecik tu . kat sana lahir pulak lagi sorang , lagi lah tak kenal .

Baru baru ni , ada wedding kawan baik mak kat Mersing lah , so , jiran lama kami ni pun datang . tau je dia nak datang , kitorang semua excited lah . giler kau , kawan rapat dulu masa kecik , main mainan sama sama , berebut mainan sama sama , dah la lama tak jumpa . mestilah excited nak jumpa . dulu masing masing belajar kat KL , hampeh tak berjumpa . memasing busy .


Ni Mak dengan bestfriend dia ni . Cik Zura . Cik Zura makin cantik hoiii , macam datin dah . Cik Zali pulak macam YB . hehhe lupa pulak nak selfie ngan Cik Zali . tapi takpe , dia dah datang rumah time aku kerja . dah jumpa Abah semua . Okay lah tu kan .


Ni Alif , Ya Allah , hensemnye bila dah besar . hensemnye ! hensemnye ! hahhaa . dulu Alif ni lah yang selalu ku buli . kegemaran dia Power Rangers , dulu dia suka gadoh berebut VCD dengan adik aku . ni dah besar jumpa balik , aku tanya dia - Alif kenal tak ni sape ? pastu lembuttt je dia jawab , - alaaaa Alif tak ingat laa . hehehe sama je manja macam dulu .


Dan ini Nabila , yess , my bestfren masa kecik . dah besar besar ni jadi jarang lah contact . lagi lah dia dah kawen . huhu . tu baju dia pakai tu , baju nikah dia . shawl pun sama . bagus , jimat ! nabila memang tak berubah la . kecik macam tu jugak . dari dulu kecik , harap harap lepas awak ada anak nanti , awak besar sikit ehhh . 

Alhamdulillah , happy dapat jumpa walaupun sekejap . Masa ni aku kerja , lari kejap waktu lunch semata mata nak jumpa family ni . Insyaallah , ada rezeki nanti kitorang datang Ganu ehhh . Nak jugak bawak mak jenjalan .