Happy Monday Bluess semua ! ! !
Sebab hari ni hari ISNIN . Aku tak suka ISNIN . aku akan bosan di hari ISNIN .
Lebih lebih lagi bile lepas lunch , lagi laaaaaa layu je mata .
So , aku nak laa share tips menghilangkan rasa mengantok ketika kerja .
1. Basuh Muka . Selalunya inilah yang akan orang buat . Kaum lelaki senang lah , kaum wanita ni , pikir doploh kali nak g cuci muka . yelah , pegi keje kan kene makeup , kang klo simbah air kat muka , nak kene touch up lagi . *hubby selalu suruh cuci muka bila ngantok , tp mcm2 alasan laa aku bg , sayang make up wooo*
2. Hampiri Kawasan Bercahaya . Contohnya ambil laa cahaya matahari kat tepi tingkap tu , ianya dapat menyegarkan mata kita yg mengantuk tu . *tak main tingkap dah , bukak pintu , nah kau , satu badan bercahaya matahari , segar sangat !*
3. Wangian / Aromaterapi . Bau bauan segar dipercayai dapat merangsang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk , antaranya adalah bauan mint dan lemon *susah sangat amek pewangi makcik cleaner ni , sembur je dalam ofis ni haa*
4. Dengar muzik / Radio . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik yg dikatakan merangsang dan meningkatkan kewaspadaan dan ketajaman minda . *memang pepagi on pc , bukak radio dulu laa cite dia*
5. Senaman Ringan . cuma gerakkan anggota badan macam tangan atau kaki . *sesekali ade jugak buat rajin lap meja lah , berjalan tengok site lah*
sesungguhnya , bila perut dah kenyang , cuaca panas , duduk dalam aircond , mata aku memang tersangat lah layu , dapat pejam mata seminit pun jadi lah . janji pejam .
No comments:
Post a Comment