Hari Sabtu lepas , menghadiri jemputan Sambutan Ulangtahun Tasnim yg ke 7 tahun & Qaseh yg ke 3 tahun . *apehal ayat aku macam skema sangat neh ?
Okay senang cerita aku di jemput oleh si gojes untuk celebrate birthday anak anak beliau . masa dia invite kat fesbuk , aku klik maybe , so dia macam agak kuciwa laa . tapi di saat saat akhir , aku dengan beshtie berjaya menghadirkan diri dan berjaya membuat si gojes suka dan gembira !
jom layan gambar sambil bercerita .
kami datang lewat sikit , majlis mula pukul 4 , kami datang dalam pukul 5 laa . bebudak tengah seronok bermain , macam macam acara ada . kek pun dah selamat di potong . ni meja coklat . ada macam macam coklat & gula gula . bebudak seronok laa pegi balik kat meja ni .
birthday girlnya dua , kek pun ada dua , semua dua ! comel sangat kek mickey mouse tu . tapi saya tak makan kek ....hehe .
macam macam menu ada , naik juling bijik mata aku ! nasib baik laa berjaya control nafsu makan . hehe . Antara menu yang ada mihun singapore , mee goreng , nasi dagang , laksa , dan banyak lagi .
Antara aktiviti kanak kanak . meriah sungguh ! happy je bebudak ni . macam macam ragam .
dari kiri : Adik Anyzz , Aku , Anak Buah Anyzz (nampak kepala je) , Husband Anyzz & Anyzz .
aktiviti ibu bapa pulak , masa ni kami dah nak balik dah . sebab Anyzz kena gerak balik jb petang tu jugak . so datang tunjuk muka je . okay lah tu kan . datang jugakkk . tapi tak sempat jumpa dua dua birthday girl tu .
para tetamu sedang menjamu selera , meriah , ramai yang datang . alangkah indah kalau birthday aku pun macma ni kan . *tak payah berangan , dah tua bangka !
okayy , kami nak balik dah . nanti jumpa lagi yee . tu hadiah kat tangan si gojes tu , dari aku la , hehe . kecik je , tapi si baby & yayang suka giler !
ini lah birthday girl kecik , si Qaseh aka yayang . curi gambar dari fesbuk ibu dia . yayang ni suka hidup dalam dunia dia sendiri . comel sangat !
masa untuk bukak hadiah ! wahhh banyak giler dapat hadiah . suka laaa . yang ni si kakak , Tasnim aka baby nama dia . nampak tak yayang kat celah hadiah ? hahaha comel sangat !
family potrait ! i like it gojes ! ibu , yayang , baby & papa ! mereka ni lah my wedding planner ! nak tengok hasil kerja mereka boleh tengok kat fb owner Hakim Ayu atau jenguk kat page Qaseh Ayuha / Tasnim Ayuha . Rasa rasa berkenan , boleh laa book , promote neh !
gambar ini di post dalam instagram & fesbuk Anyzz .
Seronok sesekali sambut birthday macam ni . kami bertiga ni kalau berjumpa mesti ada gelak tawa nya . si gojes ni adalah cikgu praktikal masa kami sekolah menengah dulu . aku & anyzz pulak adalah student feveret dia . sebab tu kami rapat & kekal sampai sekarang . tapi masa ni si gojes sangat busy , so tak dapat melayan kami dengan puasnye . takpe , nanti ada masa kita hangout okay !
No comments:
Post a Comment