Morning Monday ! Ramai yang dah start cuti , sebab esok nak raya . tapi aku masih di sini setia bekerja .
nak cerita pasal kejadian hari sabtu , aku masuk wad kecemasan . kuang kuang kuang .
Macam yang awak orang semua tau (bajet macam ramai sangat yang baca blog aku) , aku ni memang mengalami masalah susah buang air besar , bila dah tak tahan sangat sebab dah seminggu tak membuang , aku suruh kakak yang kebetulan ke klinik , mintak ubat cacing . Malam tu aku telan laa ubat cacing yang sangat tak sedap tu !
Esoknya masuk kerja , aku dah start pening pening . makan je rasa nak keluar semula . kepala ni memang serius macam nak pecah . serius tak tipu ! berlarutan sampai hari sabtu . petang sabtu , kakak balik kerja dia jerit nak bawak aku pergi hospital . cek laa apa yang patut .
maka tiba lah aku di sini tepat jam 6.30 petang . dup dap dup dap . takotttt !
Semangat menunggu sambil baca novel , acah acah ulat buku . setengah jam jugak la menunggu , lepas azan maghrib , nama aku dipanggil . aku pun masuk dengan lemah lembut sambil bercerita kejadian sebenar pada dokter .
dokter cek tekanan darah , cek degupan jantung , suhu badan . pastu dokter pun dengan pasrah berkata :
"saya cucuk awak sikit ehh , nak amek darah , pastu masuk air sebotol , nak bagi awak rehat "
aku pun , "errr okayy" . selesai je dokter amek darah , aku pun cakap "boleh tolong panggil kan kakak saya tak?"
aku ingat dokter ni pergi keluar cari akak aku , sekali dia pergi buat announcement :
"perhatian kepada waris Nurliyana Binti Sabri , sila masuk bilik Dua"
kakak pun berlari masuk bilik dua , tengok aku dah terbaring , pastu aku suruh dia balik , sebab aku tau , masuk air ni memang lama . tinggal lah aku sorang diri .
masa ni kakak masuk jenguk aku kejap , tinggalkan fon sebab senang aku nak tepon kalau dah siap nanti . kakak keluar je , dokter pun masuk , bagi ubat tahan pening yang paling power . dia cakap mengantuk sikit ubat ni , zupppp dia cucuk . 5 minit kemudian..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bhahahaha lena ! sedar sedar dah pukul 9 . air pun dah habis sebotol . pastu dokter cabut tube tu , dia suruh aku bangun and rilex sekejap . kepala aku pun mamai lagi sebenarnya . tapi layankan je lah dokter ni . nasib baik dia buat keje lembut .
dokter kata , mungkin aku ni tak serasi dengan ubat cacing tu . so dia suruh rehat je kat rumah . dia bagi ubat pening dengan tahan loya . terima kasih dokter . nanti kalau pening tak hilang , saya datang lagi okayyy . hehe !
terima kasih laa kepada semua yang very take care pasal aku . terutama kakak . tenkiu kakak sayang !
No comments:
Post a Comment