mostly entry aku ni , entry mingu lepas dan dua minggu lepas . maklumlah dua minggu jugak tak jengah blog , jengah pun takde mood nak menulis . so tengok je lahh entry lama lama .
Ini kisah dua beradik pergi mencari kepah , bersama mak yang memang tak pernah cari kepah . dan tokmak yang hanya melihat dari jauh . hehe . hari tu aku kerja halfday je . sebab kakak offday masa tu . pastu aku kat office tak senang duduk , dia dok wechat aku tiap masa suruh balik . pastu dia hasut aku macam macam . sampailah akhirnya aku tergoda , tepat jam 12 tengahari aku cabut balik . haha !
sampai je kat rumah , tengok mak tak siap masak lagi . so panggil kakak datang rumah , (untuk yang tak tahu , 'kakak' is jiran aku , sebab aku takde kakak dan dia takde adik , so kami sangat rapat memang macam adik beradik) sebab akak nak sangat tengok cerita Highland Tower . so melepak laa semua kat rumah . tokmak pun datang , si gemuk afrina pun datang .
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1457729_738820076146018_2072298206_n.jpg)
nilah indahnya hidup berjiran , kami macam satu family , semua nak dikongsi bersama . sangat bahagia !
so , petang tu lepas asar , kami bersiap untuk ke pantai mencari kepah . yeayy cari kepah ! selama dua jam berada dalam laut . cewahh . ni lah hasilnya ..
![Photo: Hasil Berendam Petang Tadi . Wajib Repeat Minggu Depan . Nak Ajak Adik Adik Pulak . Mihmihmih !](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1450886_738898279471531_227416941_n.jpg)
kepah adalah cantik . kepah adalah sedap . dan seronok . berbaloi baloi . berselera makan bila kepah tu kita sendiri yang cari , lepas ni tak boleh nak marah kenapa seafood mahal . sesungguhnya sangat susah nak mencari kepah . berasa susah dan penat hidup sebagai orang laut . bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni . esok nak bawak adik adik pulak , ajar mereka susah senang hidup kat dunia ni .
belajar menghargai sebab selama ni bila mak masak , diorang akan tanya : "ni jee ?" . sangat tak bersyukur !
2 comments:
kalo nk mkn bse beli jeee..
huhu..
mmg ssh ek cr kepah..
susah dan perlukan kesabaran . mula menghargai kerjaya sebagai nelayan .
Post a Comment