Seminggu aku senyap . langsung tak jengah blog . sebab seronok duduk kampung . kampung memang best . sangat best ! taktau nak kata camne , tapi kampung memang best . rasa macam nak tukar alamat . nak duduk sana .
Isnin lepas , 9hb , pepagi dah bertolak balik kampung . satu family kecuali abah . abah kena jaga atok kat rumah sebab nenek masih kat Hospital JB . kesian nenek . perjalanan dari Mersing ke Banting lancar selama 5 jam . berhenti makan sekali je . pastu straight sebab masing masing dah tak sabar nak sampai kampung .
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t1.0-9/10178114_858866280808063_3916477061131164923_n.jpg)
Full kereta sebab ramai pengikut . aku tidur atas kotak je . kesian kan . hehe yang penting kami selamat sampai . happy happy !
Ni kenduri kahwin sepupu aku yang nikah bulan lepas . belah lelaki baru buat sebab ikut turn , kalau duduk kampung , memang tak boleh buat serentak , nanti tak ramai yang datang . Pagi Khamis tu dah ada orang datang sinoman . tak berapa ramai . jiran jiran terdekat je .
![](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t1.0-9/10372265_861330703894954_4350547703188584166_n.jpg)
Actually kitorang dah start sibuk dari hari selasa tu . dah lama tak ada majlis kat kampung , sebab tu kami excited , siap ambil cuti seminggu . bos pun ok je .
Hari Jumaat tu , dah start orang kampung datang sinoman . ramai sangat ! dah macam hari majlis . adik mula rimas tengok orang ramai . sebab dia tak biasa dengan suasana gotong royong kat kampung .
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/10384013_861898297171528_1911635377308075648_n.jpg)
Orang Jawa , majlis dia satu hari satu malam . maknanya hari Jumaat malam tu , lepas maghrib dah ada orang datang kondangan , sambil tu , jiran jiran terdekat akan teruskan sinoman untuk masak esoknya . menu pun lain lain . tak sama menu untuk dua hari . tapi kalau dah datang malam , siang tu tak payah datang dah ok . datang sekali je .
malam tu pulak ada bola , menyempat je laa yana curi tulang naik atas tengok bola kejap . hehe . seronok ! meriah sangat kenduri kahwin kat kampung ! rasa macam nak buat tiga majlis je....kan . hehe
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/10455296_862457733782251_7392472467199616185_n.jpg)
Pagi Sabtu tu , lepas siapkan hidangan untuk pengantin , yana mandi mandi laa . siap siap nak layan tetamu . pakai baju seragam satu family , pastu tepek flower crown . bila turun bawah , ramai tengok . tanya sepupu kenapa semua orang macam pelik . rupanya , kat sana diorang tak pernah nampak lagi orang pakai flower crown ni . alahaiii , patut laaa ada yang cakap yana ni pengantinnya . malu tau ! kita belum jadi pengantin lagi laaa .
![](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/10463003_862540033774021_904746293090707382_n.jpg)
ni anak angkat yana . Aish Thaqif nama dia . macam anak cina kan ? comel sangat . dah besar dah anak ummi ni . dia duduk Nilai , jadi yana jemput laa dia . thanks for coming my dear . happy sangat tau !
Alhamdulillah , majlis haritu selesai dengan jayanya . ramai yang datang . ramai yang kata saya pengantinnya . ada jugak dua orang makcik tu kata - alahaii , makcik dah takde anak bujang , kalau tak boleh buat menantu . makcik jangan kata begitu , malu saya . hehe
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/10406778_862688490425842_9048744635682698221_n.jpg)
Walaupun pelbagai halangan dan dugaan dalam menjayakan majlis ni . takde cabaran tak rare la kan . Congrats Abg Li & Kak Su . Semoga kekal hingga Jannah yea .
1 comment:
sekarang memang trend kan flower crown....cantik sangat.
memang comel anak angkat yana tuh :)
selamat pengantin baru pada pengantin :)
Post a Comment