again , memang cerita bulan puasa lagi . esok baru cerita pasal raya . dua kali dah tangguh kan ? masuk kali ketiga memang takde orang laa nak baca blog aku ni . sedih giler !
bulan puasa ni , aktiviti kitorang tak banyak . tapi kitorang cuba keluar setiap malam lepas terawih , buat sesuatu yang menarik . tahun ni , tahun terakhir kami semua bersama . sebab tahun depan , dua orang dari geng ni akan menamatkan zaman bujang . so , tahun ni memang kami pulun lepak .. pagi petang siang malam mengadap muka yang sama . sumpah tak bosan ! tapi pasti akan rinduuu !
Kalau korang tau , sepanjang bulan puasa , aku bersukan malam . tapi takde laa tiap tiap malam kann . selang sehari lah .
kalau tak bersukan , kitorang lepak santai je . lepak minum , jalan jalan pusing pusing pantai . tambah koleksi gambar kitorang . lepas ni boleh buat album BrotherhoodSisterhood lah . memang nak buat . insyaallah one fine day . hikhik .
![](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/10450348_886629748031716_6589223106887715578_n.jpg)
jangan tak tahu , kitorang ada kebun buah buahan tempatan . haha ! petang petang kutip buah , malam kita santap sampai pengsan ! seronok sangat . thank you korang , selalu buat perut aku happy .
![](https://scontent-a-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xfa1/t1.0-9/1924322_887187941309230_567892621198221888_n.jpg)
yang ni pulak , malam raya . tak pernah aku buat , malam raya keluar merayap . kali ni terpaksa keluar , kenapa ? sebab gadis yg sorang tu kerja kat jb , dia sampai mersing lepas berbuka tu , pastu nak balik jb semula tengahari raya pertama . sedih kan ? balik pagi raya je .
tu yang aku kena keluar jugak malam raya , sebab nak spent time dengan dia . nak suruh lepak pagi raya memang tak laa kan . pagi raya masing masing sibuk dengan family .
itu je lah , aktiviti malam sepanjang bulan puasa . terima kasih geng BrotherhoodSisterhood . love much !
ok promise esok cerita pasal raya . promise !!
1 comment:
best giler..
kite ni pas terawih duk umh ngadap tv.. hikhik
Post a Comment