Aku kalau datang KL , memang dah buat list siap siap . nak pegi mana , nak makan apa . jadual kena pack . sebelum pegi KL tu dah roger kengkawan kat sana . ehh kau nak jumpa aku tak ? haa gituuu nak susun jadual kauu , dah macam retis dah . bukan apa , aku ni spesis ramai kawan . bersepah sana sini , kalau datang Kl tapi tak roger , memang ada yang kecik hati . itu normal pada aku .
Maka , bulan 10 haritu , lepas habis je majlis Mazdira kat Seremban , aku terus ke KL . jumpa buah hati . ehh tak lah , lepak kl dengan dayah . having bedtime story together . esoknya baru jumpa buah hati . dan request nak makan Boat Noodles . Ok dia layan . bukan selalu datang kan , jadi sila lah layan saya seperti puteri . terima kasih .
Masa ni pegi time weekend , hari Ahad . so manusia memang ramai lah kat Time Square tu . kena laa beratur , siap amek nombor hokeyy . bertabahlah . first time makan . not bad la . ada yang sedap , ada yang tak . Mujibur ? kena dengan tekak dia , dia ok je lahh .
Lepas tu kitorang jalan jalan dating dating jap ... nak tengok wayang . sambil beratur nak beli tiket tu , Mujibur nak makan aiskrim pulak . alaa sweetnya dating makan aiskrim , gedik sangat . ape lagi , aku kan demand , jom lah kita cuba makan Magnum . seronok katanya orang tu buat depan kita . alaaa bukan buat aiskrim pun , deco je . aku pun bolehhh .
ni haaa asikrim nya . sebab dia deco depan mata kita , maka harga pun jadi lah rm9 lebih . boleh laaa ... makan je kat situ , sebab kejap lagi wayang nak start dah . cerita apa , tak ingat . hehe
aku bukan penggemar manisan , jadi pada aku , ok ok je . makan tak habis jugak sebab manis . Mujibur lah tukang habiskan , tak baik membazir katanya .
Apa lagi tempat makan best kat KL erk ? boleh suggest tak ? kalau yang hipster lagi menarik . share please . hehe tenkiu in advanced !
No comments:
Post a Comment