Tuesday, February 16, 2016

Program Jalan Angkat

Mulai akhir tahun lepas , kami terlibat dengan progam Jalan Angkat anjuran JKR Mersing . memandangkan aku bekerja dengan syarikat konsesi , maka kami turut terlibat . Aktiviti ni sebulan sekali je . tak lama pun , tak sampai tengahari . sebab kita buat ramai ramai . kutip sampah lah , pastikan jalan angkat kita tu , bersihhhh .

ini lah geng selfie time keje . masa ni tengah tunggu wakil company kitorang ikut taklimat dengan JKR . sekejap je . lepas tu sesi serah "senjata" dan mulakan perang ! hehe .


dan ini pula team kitorang , misi menyelesaikan 5 checkpoint . semua beres .  muka lepas kutip sampah laa . berpeluh , busuk dah time ni . memang aku sorang perempuan , kat pejabat pun sorang , aktiviti luar pun sorang , memang dari dulu ditakdirkan berkecimpung dengan dunia lelaki . sebab tu aku lebih memahami lelaki kot . opss !


kami bertiga memang bestfren poreber . time keje , memang takde stress kalau ade dua makhluk ni . ada salah sorang pun takpe . kalau takde , memang sunyi dan tepu lah life kau sepanjang kat office tu .

masa first event je kitorang sakan bergambar . masuk bulan kedua , ketiga , takde dah . masing masing sibuk kutip sampah pastu nak cepat siap sebab nak cepat dapat rehat . siap awal , dapat lah korang ngeteh dulu kedai kedai tepi jalan tu . siap lambat , sila balik office terus lah ye . hehehe


No comments: