Minggu depan , Along genap 4 tahun . setahun dah Along menghidap cancer otak . Along kuat , tak pernah mengadu sakit . Along pandai jaga hati mama & babah . meh aku share sikit in details kisah penyakit Along ni .
Pada awalnya di diagnose menghidap cancer otak Anaplastic Apandymoma(Air dalam kepala) Tahap 4 . dah menjalani dua kali pembedahan . Hasil pembedahan yang ketiga , cancer Along telah berubah menjadi Apandymobblastoma tahap 4 , antara cancer yang susah ditemui . Along juga pernah mengikuti dua sesi chemotheraphy dan juga sesi radiotheraphy , tapi terpaksa berhenti pada sesi yang ke 23 atas sebab cancer yang telah merebak ke bahagian thalamus (pusat otak) , brain stem , saraf tunjang dan di belakang mata . ini juga membuatkan mata sebelah kiri Along tidak boleh melihat dengan jelas .
Sehingga kini , tiada lagi apa apa rawatan hospital untuk Along , Along hanya dibekalkan beberapa ubat ubatan untuk membantu Along mengawal kesakitan . Doktor kata , Along mampu bertahan hanya untuk beberapa minggu sahaja . tapi Ummi tak pernah percaya segala perkiraan doktor . Ummi tau Along kuat , Along dah janji takkan tinggal Mama & Babah . Ummi percaya kata kata Along . Ummi selalu doa Along sentiasa kuat dan diberi kesihatan yang baik dan berterusan .
Perkembangan terkini tentang Along , Along masih terbaring , cuma sekarang dah pandai mengadu sakit , tu pun sebab mama ugut .. Along selalu tahan sakit . ubat ubat semua dah naik dos (morfin 2cc setiap jam) . bengkak kat kepala pun masih sama , sekejap surut , sekejap bengkak . tapiiii , mulut tetap maintain kepoh . itu yang buat mama & babah dia kuat .
Insya Allah , Allah adalah sebaik baik perancang . Mohon kawan kawan doakan kesihatan Harith Darwish @ Along si anak Syurga ini . Kepada yang ingin menyumbang , sumbangan boleh disalurkan ke akaun Babah Along ;
Maybank
155126984127
Azri Bin Mat Ali
terima kasih untuk semuanya
No comments:
Post a Comment