Tengok list nama , aku AJK Makanan . yelaaa tau laa muka aku gemok , bagi aku bahagian makanan kan . suka la aku . memang 24 jam mengunyah je la .
Sebab bahagian makanan yang sekepala hanya aku sorang wanita , maka hiduplah kau dikelilingi lelaki giler camera ni , bosan bosan tunggu tetamu sampai , kita melayan laa bebudak nii , mengarok . seronok sangat . happy happy je .
Tengah bergalak , tetiba si Raja cakap dia nampak Ashraf Muslim . aku cakap tak caye , bila masa company jemput dia . beria si Raja ni ajak aku bergambar .. bila tengok betul betul . haah yelah si Sherap bini dua . hehe
Bila aku post gambar ni kat fesbuk , cousin cousin aku terkejut . Rupanya si sherap ni pernah keluarkan statement yang dia takkan bergambar berdua dengan bukan muhrim . Alahaiii .. masa kawan aku mintak nak bergambar , dia okay je . tapi tapi tapi , adik dia lagi hensem . tu.... yang duduk sebelah dia tu . tapi adik dia pemalu . bila orang pandang , dia toleh ke lain . alalala sweet sangat .
Rupanya Sherap ni orang orang MB . dia memang follow mana mana event yang MB pegi . So masa MB nak balik tu , sempat laa kitorang bergalak wefie , dan tetibe si sherap ni menyelit . haa tulaa menyelit lagi , kan dah dapat muka separuh . tahniah .
Bila majlis dah nak sampai ke penghujung , tetamu pun dah tak ramai , tetiba Dato' datang kat kitorang , suruh nyanyi . dia kata bila lagi nak happy happy . ape lagiii , bebudak ni bahan aku laa . suruh aku menyanyi . ehh jangan di suruh , memang laju laa aku naik pentas .
Kemain suka la budak budak ni , bos bos semua suka . kagum aku berani naik pentas katanya . dia taktau aku ni memang jenis pantang nampak mic , memang suka menyanyi . hehe .
Seronok , happy . si pemberi bunga ni paling kuat bahan aku . dia kata dia naik pentas nak bagi bunga pun menggigil , apetah lagi aku yang dok nyanyi atas pentas tu . haha . chill laaa , kata nak jadi retiss , dan selepas kejadian tu , selama seminggu cerita pasal aku nyanyi heboh diperkatakan . sekian .
No comments:
Post a Comment