Alkisahnya , malam 31 Ogos tu aku keluar . konon konon nak tengok bunga api . tapi masing masing lambat ... pukul 12.15 tengah malam baru keluar . jalan jalan pusing pusing pantai . tengok budak budak motor buat aksi . hala nak balik tu sempat singgah tengok lumba haram . haha . tak pernah pernah tengok lumba haram . sudahnya sampai rumah pukul 4.30 pagi . pukul 7 nak keluar semula tu , mak ajak tengok perbarisan pulak . rabak lah mata .
Gigih laaa bangun pagi tu demi melayan ibu tercinta . sampai sampai perbarisan baru nak mula . orang pun tak ramai sangat sebab Mersing bukan tuan rumah . so dapat lah duduk depan depan .
Kontijen KEMAS menang tau . tengok lah baju , kaki semua sama je . tahniah korang !
itu je lah gambar gambar perbarisan yang sempat aku snap . yang lain tengok dengan mata je . lagi puas . sambil tengok sambil tegur tegur orang orang yang kita kenal . usik usik sikit kan . hehe
nahhh , payung sikit selfie . terjumpa makcik aku dengan kawan dia . meh laaa join selfie sekali .
habis je perbarisan , lepak tengok persembahan , nyanyi lagu lagu merdeka . lepastu mak cakap dia lapar . bawak lah mak pergi makan jap . sebab dia selalu cakap , kitorang lepak kedai mahal mahal tak pernah bawak dia . okay mak . jom kita makan kedai mahal ehhh . mahal la sangat kan .
berselera haaa makan nasi ayam kesukaan dia . sambil sambil meluahkan isi hati yang terpendam . thanks mak sudi menjadi pendengar setia dari dulu sampai sekarang , alaaaa nanti dah kawen macam mana ... sedih laaaa ...
Selamat Hari Malaysia ! Salam Satu Malaysia !
No comments:
Post a Comment