Ada dua trip , so aku dalam trip pertama . Sampai awal sikit la . sempat tido sekejap , sempat rehat . Esoknya trip kedua sampai , terus jalan jalan . kesian diorang tak mandi . hahaha !
First sekali jalan jalan lepak lepak dekat King's Park & Botanic Garden
Siang hari first , aku memang tak pakai sweater . Orang semua pelik kenapa aku tak sejuk . Slumber je aku berjalan dengan baju RM10 , jalan jalan kat Perth . sebab memang aku tak rasa sejuk pun . Cuma bila angin bertiup , rasa jugak la sejuk dia . tapi belum tahap gigil lagi laa . hehe
Waktu malam takde aktiviti . Free & easy . Tapi sejenis kaki rayap macam aku takkan nak duduk diam kan ? Dah datang jauh jauh , takkan nak lepak hotel je . Tengok cuaca pun sejuk , sarung sweater , turun laaa merayap dengan budak budak ni . Tengok tempat orang .
Dapat lah tengok tempat orang waktu malam . Rupanya kat sini , malam dia pendek . Pukul 6.30 kedai semua dah tutup . Diorang tido awal sebab kat Perth ni , pukul 5 subuh dah terang macam pukul 7 . Jadi automatik kat sini pukul 9 pun dah kena tidur . simpan tenaga untuk bangun awal esok .
1 comment:
Cantiknya lahai Perth.. hai company apa tu baik sgt sponsor travel? Huhu
Post a Comment