Wednesday, February 17, 2016

Balik Kampung Mak , Banting .

Entry throwback lagi . ni cerita Cuti Christmas tahun lepas . takde la lama sangat kan . dah lama plan nak bawak mak and adik adik balik kampung . plan asal nak naik bas je , since abah seorang yang tak suka jalan jauh . senang cerita abah sangat susah nak di ajak berjalan . dia lagi rela duduk rumah sorang sorang . and kebetulan pakcik aku which is abang mak pun plan nak balik kampung . maka kitorang konvoi lah dua kereta .

Gerak pukul 7 pagi , sebab nak sampai sebelum tengahari . sebab masa tu musim cuti , and kitorang tau mesti ramai jugak yang dah bergerak balik kampung . Alhamdulillah sampai kat kampung dalam pukul 12 tengahari . Dua kali berhenti . sampai je kampung masing masing dah kelaparan , makcik pulak memang tak masak sebab dia expect kitorang sampai petang . hehe nampak dah anak anak buah dia memang tak sabar nak sampai kampung .

Sebab masing masing lapar , ajak mak pergi beli goreng pisang dulu , buat alas perut . macam biasa lah bawak mak naik moto je . mak dah lama tinggal kampung dia . aku pulak boleh dikatakan selalu balik kampung . sebab dulu aku study kat bangi , weekend ada masa free mesti balik kampung . dannnn bawak mak tengok sekolah lama dia . yang paling kelakar , mak pun lupa jalan jalan kat kampung tu , anak dia pulak yang lagi pro . haha !

tengoklah nama sekolah mak . Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom . dan , Bukit Tadom yang tengah femes tuu , belakang sekolah ni je . sangat dekat dengan rumah makcik . sebab tu aku dah dua kali pergi .

Sebelum balik kampung , aku dah plan dah segala aktiviti . sebab taknak mak ngan adik adik duduk rumah je . kena lah bawak diorang jalan jalan . lagipun hari cuti . cousin cousin semua cuti jugak . so boleh la layan aktiviti kitorang .

Esoknya Jumaat , lepas sembahyang jumaat tu hujan lebat . so rehat rehat je dulu kat rumah . lepas asar siap siap nak ke Pantai Morib . sebab lepas tu nak bergerak ke tanjung Sepat , rumah abang mak , aku dah request suruh diorang buat makan makan . nampak tak , untung jadi orang jauh , mintak apa je semua dapat . bahagia hidup dan terhapuslah semua diet diet aku .



dua dua yang pakai spec tu cousin aku . anak diorang berderet tapi muka maintain macam sebaya aku je . mak pun sama . tak pasal pasal aku yang nampak tua . choii sangat . lepas dah jalan jalan kat Morib tu , dah nak dekat maghrib , kitorang terus gerak ke Tanjung Sepat . sampai je kat sana , cousin cousin yang lain dah sampai . lepas solat , terus makan . memang datang semata mata nak makan kan , hehe . tersenyum bahagia perut aku .




dan ini Khyla , anak buah yang bakal mengikut perangai aku , bab melawa , no 1 . gedik pun no satu . kita geng Khayla . yess ada geng ! dan terima kasih cousin cousin ku yang gagah perkasa bakar ayam dengan ikan . terima kasih makcik ku si tukang masak , sedap sangat semua lauk .

Esoknya , jumpa cinta hati pulak . terima kasih cinta hati bangun pagi redah jam datang rumah makcik sebab nak bawak bakal mak mertua dan adik adik ipar jalan . terima kasih jugak belanje wayang , belanje makan . jangan mintak claim pulak nanti , okayy !







takde bawak pegi mana pun . jalan jalan area Putrajaya je . tunjuk kat mak tempat yang aku selalu lepak kalau datang Putrajaya . Alhamdulillah , mak dengan adik adik happy . tenkiu kesayangan ,

Malam tu , paksa cousin bawak pergi makan Monster Burger pulak , sangat sedap . terima kasih abangku . dah tak ngences dah lepas ni . sebab selalu cousin aku ni post gambar burger burger ni . mengalir saliva sehingga ke lutut . kahkahkah !


Dan esoknya , Ahad . pergi ke Majlis perkahwinan sahabat sorang ni hah .. dulu masa aku study , dia selalu bawak aku jalan jalan . sekarang dah kawen , aku paksa cousin cousin lah pulak bawak aku jenjalan . apedehal . aku kan cousin kesayangan . ecececehh .


 So far , balik kampung kali ni happy sebab full dengan aktiviti walaupun hari hari terakhir tu ada rasa sentap menusuk di dada . biasa lah , manusia yang punya hati dan perasaan . mak , lepas ni kita balik kampung naik bas ehh . lagi syok , ade feeeeeellll balik kampung ooooo balik kampunggg .

Tuesday, February 16, 2016

FAYENS's First Party

Entry ini mengandungi 23 gambar . memang saje nak tepek semua gambar dalam blog . apa apa jadi senang , tengok kat blog je .


Alkisahnya , kitorang ada team gugurls yang diberi nama FAYENS , stand for....


. Faiszah . Ainul . Yana . Eyka . Nabihah . Suhaila .


asalnya kitorang just nak buat makan makan je , melepak kat mana mana , bawak makanan masing masing , makan sambil bergalak , posing paling penting . tapi memandangkan cuaca tak menentu , risau hujan , angin dan sebagainya , maka kita tukar plan , buat mini picnic , kat satu tempat rahsia . kena rahsiakan , bahaya sangat tempat ni .






Antara menu yang kitorang bawak - Piza Roti , Kek Coklat , Fruit Salad Macaroni , Kek Batik & Jajan . sangat enjoy out night together . bukan senang nak kumpul enam ketul ni . masing masing ada komitmen . yang mana kerja jauh , study jauh , busy melayan scandal , boyfriend , ehh macam macam lah .






Senang cerita , kalau kitorang lepak , selalunya memang takkan complete 6 orang . so bila dapat kumpul enam orang , memang sakan plan itu ini . semua ni single lagi okayy . tapi ada yang dah berpakwe , tapi masih belum di booking lagi . semua orang takde cincin emas lagi laa senang cerita . haha !




Memang saje letak tema untuk baju , tema nya biru kuning , tapi boleh pulak lima ketul bertudung kuning , dah pejah rasa sedih sebab dia sorang ganjil . huhu , takpelah pejah , yang penting kita semua together .





Enam ketul ni kalau bab bergambar , memang tak perlu ajak . angkat je camera , laju jee muka mengikut . dah macam robot dah aku tengok , mana camera pegi , kita ikut . haha !




terima kasih Biha sebab bawak adik , tak pasal pasal jadi photographer kitorang . upahnya , makan kenyang kenyang ye dik .



Aku harap , sampai bila bila lah korang semua takleh cam mana port kitorang niii . memang bahaya tempat ni , kalau kantoi ni , kena bahan enam belas tahun wehhh ! haha .

Okayy tu je nak cerita , harap harap hujung tahun ni , akan ada second party ye FAYENS . aku macma dah ade idea dalam kepala hotak nih . jengjengjeng !


Program Jalan Angkat

Mulai akhir tahun lepas , kami terlibat dengan progam Jalan Angkat anjuran JKR Mersing . memandangkan aku bekerja dengan syarikat konsesi , maka kami turut terlibat . Aktiviti ni sebulan sekali je . tak lama pun , tak sampai tengahari . sebab kita buat ramai ramai . kutip sampah lah , pastikan jalan angkat kita tu , bersihhhh .

ini lah geng selfie time keje . masa ni tengah tunggu wakil company kitorang ikut taklimat dengan JKR . sekejap je . lepas tu sesi serah "senjata" dan mulakan perang ! hehe .


dan ini pula team kitorang , misi menyelesaikan 5 checkpoint . semua beres .  muka lepas kutip sampah laa . berpeluh , busuk dah time ni . memang aku sorang perempuan , kat pejabat pun sorang , aktiviti luar pun sorang , memang dari dulu ditakdirkan berkecimpung dengan dunia lelaki . sebab tu aku lebih memahami lelaki kot . opss !


kami bertiga memang bestfren poreber . time keje , memang takde stress kalau ade dua makhluk ni . ada salah sorang pun takpe . kalau takde , memang sunyi dan tepu lah life kau sepanjang kat office tu .

masa first event je kitorang sakan bergambar . masuk bulan kedua , ketiga , takde dah . masing masing sibuk kutip sampah pastu nak cepat siap sebab nak cepat dapat rehat . siap awal , dapat lah korang ngeteh dulu kedai kedai tepi jalan tu . siap lambat , sila balik office terus lah ye . hehehe