Monday, September 26, 2016

Wedding Kedua Geng Kebab

17 September yang lalu telah berlangsungnya majlis yang kami nantikan . perkahwinan antara Amirah & Amirul . duluuu masa sekolah , diorang tak geng . si mirul pulak selalu kena buli dengan geng kebab ni . bila kitorang tahu diorang bercinta , memang jadi bahan je laa .

tapi kami semua merestui hubungan ini . semoga perkahwinan korang kekal hingga ke Jannah . tak sangka mirul makin banyak mulut ehh . ingatkan still pemalu macam zaman sekolah dulu . kemainn tau !


masa hari kejadian ni , kami bertiga je yang dapat datang . Kebab 1 dah balik london , sayang sangat tak sempat nak bergalak kat wedding diorang ni . Kebab 2 pulak tetiba tak sihat . takpe , still ada lagi 4 kebab yang belum kahwin . harap harap wedding the next or next kebab dapatlah semua berkumpul . baru syokk !

tapi tak ralat sangat sebab tiga hari sebelum tu kitorang dah spent time together . complete ada 6 kebab . berjaya jugak culik si darah manis walaupun masa plan nak keluar , dia bising cakap keje banyak lah , mak tak bagi keluar lah . the power of friendship , dapat jugak bawak dia keluar . dapat jugak lepak sama sama sebelum Emma balik London . jumpa tahun depan lah nampaknya .


ohhh .. buat korang yang tertanya tanya , ape laa nama geng ni geng kebab . aku penah cerita pasal kewujudan geng kebab ni kat ENTRY THROWBACK ni .... pegi lah baca kalau rajin .

okay kebab kebab semua . semoga segala urusan kita dipermudahkan . jaga diri masing masing . jumpa tahun depan ! padahal semua duduk mersing . nak jumpa punya lah susah .


Friday, September 16, 2016

Sambutan Hari Merdeka

Sebab hari ni Hari Malaysia , maka kita update laa pasal kejadian 31 Ogos haritu . padahal dah lambat kannn ..

Alkisahnya , malam 31 Ogos tu aku keluar . konon konon nak tengok bunga api . tapi masing masing lambat ... pukul 12.15 tengah malam baru keluar . jalan jalan pusing pusing pantai . tengok budak budak motor buat aksi . hala nak balik tu sempat singgah tengok lumba haram . haha . tak pernah pernah tengok lumba haram . sudahnya sampai rumah pukul 4.30 pagi . pukul 7 nak keluar semula tu , mak ajak tengok perbarisan pulak . rabak lah mata .

Gigih laaa bangun pagi tu demi melayan ibu tercinta . sampai sampai perbarisan baru nak mula . orang pun tak ramai sangat sebab Mersing bukan tuan rumah . so dapat lah duduk depan depan .


Kontijen KEMAS menang tau . tengok lah baju , kaki semua sama je . tahniah korang !






itu je lah gambar gambar perbarisan yang sempat aku snap . yang lain tengok dengan mata je . lagi puas . sambil tengok sambil tegur tegur orang orang yang kita kenal . usik usik sikit kan . hehe


nahhh , payung sikit selfie . terjumpa makcik aku dengan kawan dia . meh laaa join selfie sekali .

habis je perbarisan , lepak tengok persembahan , nyanyi lagu lagu merdeka . lepastu mak cakap dia lapar . bawak lah mak pergi makan jap . sebab dia selalu cakap , kitorang lepak kedai mahal mahal tak pernah bawak dia . okay mak . jom kita makan kedai mahal ehhh . mahal la sangat kan .


berselera haaa makan nasi ayam kesukaan dia . sambil sambil meluahkan isi hati yang terpendam . thanks mak sudi menjadi pendengar setia dari dulu sampai sekarang , alaaaa nanti dah kawen macam mana ... sedih laaaa ...

Selamat Hari Malaysia ! Salam Satu Malaysia !



Wednesday, September 14, 2016

Train To Busan . Mesti Tengok .

Korang dah tengok ke movie ni ? best tau . sila pergi tengok dan anda takkan menyesal . nak review sikit lah kan tentang cerita ini . actually aku tak suka pun cerita korea . tapi sebab adik aku cakap cerita ni best , dan dah ramai sangat yang kata best . aku mesti tengok jugak .


cerita ni ada element kekeluargaan , kasih sayang , musuh jadi kawan , percintaan . cerita dia tak meleret pun . okay sangat jalan ceritanya .


aku jamin korang takkan mengantok bila layan cerita ni . sebab kau akan ternanti nanti apa yang akan jadi lepas ni . aku rasa tangan orang sebelah lunyai dah kot . sebab aku dok picit , cubit , genggam sebab aku sendiri ketakutan . kaki pun main peranan tau bila tengok cerita ni . risau lain macam .

terharu jugak tengok pengorbanan sang suami . yang sanggup biarkan diri dia di telan zombi zombi tu . demi untuk menyelamtakan wife dia yang sedang mengandung . geram jugak tengok lelaki tua tak sedar diri tu yang sanggup tarik semua orang bagi zombi makan demi nak selamatkan diri dia sendiri . kuajaqqq punya orang tua . geramm aku !



cerita yang penuh debaran ni namun ada kesedihan dihujungnya . tapi aku tak nanges ehh , boleh tahan lagi . cerita ni terlalu banyak pengajaran . tentang hubungan kasih sayang sesama insan . gittewww ,,, korang , sila lah pergi tengok .


aku sikit pun tak mengantok tengok cerita ni . sebab penuh dengan tanda tanya . apa jadi lepasni . apa jadi . so aku bagi 4.5 bintang ! sape nak ajak aku pergi tengok lagi ? mana tahu kali kedua ni boleh termenangis pulak .