Happy Monday semua ! harini aku terkena sedikit Monday Blues . ermm maybe sebab tak cukup tidur kot . yelah , sejak dua menjak ni , tak lepas dengan novel , pantang takde kerja , laju je capai novel .
bila baca novel , aku sangat mudah beremosi , dah laa aku ni memang jenis sensetip . campur pulak emosi bila layan novel , orang cakap sikit pun , aku mudah nak menangis . nasib laa ada yang melayan . thank you sangat laa coach !
Harini site agak sunyi , sebab diorang tengah buat kerja kat belakang , so kat belah depan ni memang kesunyian sikit laa . tambah lagi bila bebudak ni keluar mengeteh , tinggal aku sensorang , sunyi dan sepi .
![](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1623621_781430531884972_1888686774_n.jpg)
kosong , kosong , kosong . aku pulak dah dua minggu takde keje . ada tu ada , tapi takde lah sibuk mana , kerja yang ada pun , dateline lambat lagi . so boleh buat sikit sikit . kalau fokus sangat pun tak boleh jugak kan . cepat layu je mata ni .
maka , untuk kesegaran yang berkesan , aku capai lah novel . nahh terbukak luas kelopak mata bila dapat layan novel .
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/1503485_780894898605202_552874132_n.jpg)
seronok dapat baca novel . time ni laa boleh berangan . letak diri kau dalam watak tu . bila sedih , emosi sedih laa jadinya , bila marah , orang sebelah buat lawak pun , aku jadi nak marah . kuat betul pengaruh novel ni .
tapi lately , banyakkkkk sangat novel yang cliche . kawen paksa , kawen paksa , pilihan mak ayah , mula mula benci nak mati , lastly sayang . ohhh sangat boring . sebab tu kalau nak pilih novel , jangan setakat tengok tajuk je , baca sekali sinopsis , cari jalan cerita yang menarik dan rare .
barulah ada feel nak membaca .
korang suka baca novel tak ? berapa banyak dah koleksi novel ?
1 comment:
2la pasalnye.. jln cerita novel skrg ni same je..
tp saye lyn jgk..
hantu novel.. :D
Post a Comment