Salam Jumaat semua ! ni nak cerita , bulan lepas , ada balik kampung . 4 hari jugak lah lepak kat kampung , setelah sekian lama tak balik . rinduuuuu sangat kat anak anak buah aku tu . buat suprise sikit lah , bagi tau cousin yg sorang tu je , sebab nak suruh dia amek kat TBS . kampung aku takde bas , so memang kena suruh diorang amek lah .
kali ni , aku balik memang nak jalan sungguh sungguh , taknak duduk perap kat rumah je . hari pertama sampai kampung dah petang , so stay kat rumah je . malam melepak dengan anak buah , gurau senda bersama . esoknya ke Nilai , tengok anak buah yang sejak lahir memang tak jumpa dia . sudah demok dah budak ini . Ijad namanya .
![](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1505127_773572909337401_1296063387_n.jpg)
apa yang aku suka duduk kat kampung , bangun pagi ada tukang kejut , tukang kejut comel pulak tu . buatlah aku bertambah sayang kat diorang ni . si kecik Ean ni , dah tak kenal aku . sebab masa dia membesar , aku takde dengan dia . mula mula aku sampai , dia taknak langsung dengan aku . siap nanges lagi . lama lama dia ok .
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/1453303_773986342629391_878282725_n.jpg)
hari ketiga kat kampung , pergi rumah Wak Long . nak jumpa budak rambut kembang , si khayla . masa ni dia baru bangun tido . busuk masyam lagi . tapi sedap cium , baby kan , hehe cikna sayang khayla !
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/1557523_774180585943300_173481014_n.jpg)
malamnya , aku suruh diorang bawak aku jenjalan kat Morib . teringin nak merasa seafood kat Morib . tetap takleh lawan seafood kat Mersing okay . Mersing tetap the best . aumm !
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1016449_774265422601483_721911215_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/65614_774521665909192_653631923_n.jpg)
thanks to sepupuku yang kacak , Ijam sebab bawak aku pergi Morib . siap angkut awek dia lagi . layan lah , janji kau bahagia . hehe .
lepas ni balik kampung ada wedding , dah lama takde wedding belah mak ni . best best !
kalau aku boleh tahan rindu , tunggu bulan 5 nanti baru balik , kalau tak tahan , silap silap bulan 3 nanti aku balik dah . hehe
saya sayang kampung saya !
No comments:
Post a Comment