Sampai sampai je kat resort tu , terus tanya Karim , mana bilik kitorang . betapa bagusnya Si Karim ni , dia bagi kitorang bilik atas air woiii , memang idaman lah kan . terima kasih karim ! masuk je bilik terus makan , tengah jalan tadi sempat tapau makanan sebab masing masing tak makan lagi .
Lepas makan lepak lepak dulu tengok tv , tunggu redup sikit baru kita menyampan . dah dapat bilik atas air tu , wanita gedik ni semua tayang muka la , lepak balkoni ... usha mamat mamat sado tengah dayung sampan tengahari buta tu .
Tengok cuaca dah redup sikit , masing masing bersiap nak keluar mendayung .. amek dua sampan . mana muat lima orang nak sumbat satu sampan . tenggelam nanti satu kerja pulak . haha , maka korang tengoklah bahagianya kitorang mendayung . kalau korang stay sini , mendayung free je tau ! kalau datang semata mata nak mendayung , sila bayar RM5 ye .
haaa bilik bilik belakang tu lah bilik kitorang . feel jeee . tenang sangat tengok air . kalau nak release tension , sila pegi sini ye kawan kawan . dia takde apa , cuma ada ketenangan . best !
Dah nak dekat Maghrib , masuk bilik ...wajib lah posing kat luar,.kalau tak , orang tak caye yang kita ada sewa bilik atas air ni . hahahah memang wanita gedik lah kita ni kan ! Abaikan muka budak tudung hijau tu , time ni muka dia tengah problem . menggelupas teruk , merah macam udang kena bakar . takut tengok !
tengok kaki aku , aku sebenarnye kurus . manusia bontot hitam je suka cakap aku gemok . benci !
Lepas maghrib , masing masing dah tak sabar nak terjun kolam pulak . yang kelakarnya , yang kena kerja esoknya pulak paling excited nak mandi kolam . yang tak keje esok , sebok bising tanya nak balik pukul berapa . haha ini kelakar ye . berendam siap bergadoh dengan mamat sado sampai aku terpaksa menjerit . mana taknye , dah elok elok kitorang mandi belah sini , dia mandi belah sana . ehhh tetiba boleh merayap makin rapat , makin rapat . marahlaaa mak jemah nii .
dah pukul9 , masa untuk pulang , sebab masing masing dah lapar , Alkarim pun bawak kitorang makan dulu sebelum balik , thankyou again Karim ! nanti kitorang datang lagi ehhhh ..
bilik ni cermin bapak besar , jadi tak elok kalau dibiarkan begitu sahaja , marilah kita menggedik . yeayy !
No comments:
Post a Comment