Dayah pindah Segamat lama dah , tak sempat nak sekolah menengah sama sama , so memang bertahun la tak jumpa . mujur ada facebook yang menghubungkan kitorang . dapat la tengok perkembangan masing masing . Alhamdulillah , hubungan makin rapat ..
Hari sabtu tu kitorang gerak dari Mersing ke Segamat pukul 7 pagi . sebab target nak sampai awal , nak tengok Dayah nikah . perjalanan amek masa 3 jam . dah macam nak ke Melaka kauuu , padahal satu negeri je . Alhamdulillah , hasil kecekapan driver kitorang , kitorang sampai tepat tepat time Dayah nak nikah . sempat lagi dok salam peluk peluk dia sebelum dia bertukar status . Actually , kitorang dah cakap dengan Dayah , yang kitorang taknak datang wedding dia . hadiah pun aku dah pos awal awal . dia dah merajuk macam ape dah . Bila kitorang masuk jumpa dia je , dia terus macam nak menjerit . siap cakap - i hate you ! i hate you ! hahaha apa saje untukmu Dayah .
Alhamudulillah , dengan sekali lafaz , Dayah sah menjadi isteri Izzat . dan kini aku keseorangan . sepi . takde dah orang nak melayan aku giler giler macam si dayah ni . takde lah , gurauan berkasih je . before this dayah putus cinta , agak sedih gak lah kisah hidup dia . now Alhamdulillah , dia jumpa jugak orang yang sayangkan dia . Syukur .. satu hari akan tiba masa untuk aku pulak . Insya Allah .
Sebab kitorang takde plan nak ke mana lagi , maka kitorang stay je kat situ sampai Dayah sanding . lepas sanding terus gerak balik lah kita . target nak sampai Mersing sebelum maghrib sebab malam tu final JDT . mana boleh tak tengok kan .
Dayah sediakan photobooth , sementara menunggu , marilah kita conteng apa yang patut . pastu kita posing sakan . banyak lagi gambar , sila lah tengok kat insta . jangan contohi sikap malas aku ni . sebab tu tak ramai pembaca .
Gambar kenangan sebelum melepaskan dia pergi bersama suami tercinta . ayat kemain macam melepaskan kekasih hati . cepatlah bersanding wahai hidayah , kesian nasir keseorangan kat luar . jap jap , muka aku hitam kan ? abaikan je . masa ni aku baru balik dari Tioman . memang hitam melekat muka . Mersing - Tioman tak jauh , jadi bila bila je boleh pergi . sorang sorang pun jadi tau !
pukul 2 tepat , bersanding lah minah ni . kemain gemok mok mok haa... semoga aku sentiasa kurus (tangan kat bahu , mata juling ) , supaya aku tak nampak gemok bila atas pelamin nanti , haha motifff sangat kan .
Selesai je perempuan ni bersanding , kitorang cecepat pegi makan sebab nak gerak balik dah . rasa macam sayanggg nak balik . tapi kena balik jugak . so , happy wedding dayah & izzat . and i love you so much . ijat ! jaga dayah baik baik , jangan buat dia nanges , kalau tak..... kau tau lah apa nasib kau . haha !
Ok , nak selitkan sekali gambar masa wedding Alang . masa ni memang tak teringat dah wedding Alang ni , tambah pulak pagi tu aku sakit perut . tapi sebab dekat , pastu kitorang pernah menggila bersama , tak elok lah kalau tak pergi kan . pergi kejap dengan baju tak iron , tudung main sambar je . hasilnya aku kelihatan gemok begini . sape kata aku gemok , bontot dia hitam ! okbai !
Happy Wedding jugak Alang . Alang pun pernah lalui kisah cinta yang sedih . Alhamdulillah , dah jumpa cinta sejati sekarang ni . aku harap , aku juga akan begitu satu hari nanti . tak sabar nak jumpa jodoh . haii jodoh ! jaga diri baik baik tauuu . saya tunggu awak .
thanks for reading ! much love !
No comments:
Post a Comment