Tapi aku ni nak memasak ada mood , dan mood rajin selalu datang time bulan puasa lah kan . sedih sikit bulan puasa tahun ni aku kerja . bila kerja , balik dah penat , pastu masa singkat untuk plan nak masak apa , cari bahan semua . so bila ada masa terluang dan masa terpaksa je aku boleh masak . masa terpaksa tu time mak takde lah kan .
Ok jom usha antara menu yang aku masak sepanjang bulan puasa ni .
Mee goreng basah tak cukup kicap . semangat pegi beli barang dan yakin kicap kat rumah banyak lagi . tiba masa nak masak , alahaiii kicap tinggal seceot je . maka jadi lah mee pucat tapi penuh lauk
pasta carbonara . request by adik . dia kata nanti time kengkawan dia datang beraya , dia nak suruh aku masak ni . yeee saya yang menurut perintah . aku memang hebat bab bab memasak makanan western ni . memang seronok lah adik adik aku .
ini termengidam sendiri . murtabak maggi & roti sosej cheese . nampak tak cheese terkeluar tu ? cute kan ? time nak amek gambar tu lah , dia boleh terkeluar . kan dah dapat nama .
Ketam masak pedas , ayam halia , sayur goreng telur . Abah memang kurang makan masakan aku . tak sama dengan air tangan mak aku kot . jadi lauk yang dia sentuh cuma ketam . kesian aku .
Ni resepi cincai janji ada sebab balik kerja je mak cakap - harini kau masak lah , mak malas . perghhh menusuk nusuk di dada . nampak ape yang ada depan mata . aku masak je lah . adik adik , sila redha . mak senyum je muka puas hati dapat bebas dari memasak .
ni time mak takde . beria masak . nasi goreng , ikan kerapu dari Pulau Aur masak masam manis . dengan brokoli goreng . wahhh sedappp . bertambah tambah aku makan . sedap kau . tak sangka aku pandai masak . Mujibur mesti bangga .
Ini pulak lauk masa aku berbuka berdua je dengan abah . pasrah abes , semua berbuka kat luar . abah dah tau aku yang masak , dan dia pun beli siap siap lauk dia . dia cuma cuit sayur aku je . nasib baik la aku ni jenis memahami . takde hal laaa kalau taknak makan .
percubaan pertama buat kebab , waahhh laku keras kebab aku . tak sangka . nanti open house aku , nak buat kebab lah . bagi kengkawan makan . mesti diorang suka kan .
Yang ni pulak masa berbuka sebagai anak tunggal . adik adik berbuka kat luar . mak malas masak lagi . maka aku goreng ikan dengan masak sayur bayam je . makan dengan kicap , selesa perut . time terawih mengantok , padan muke . wekkk !
Okayy , cabaran ni akan bersambung lagi pada hari kerajinan aku nanti.. yang penting aku tengah berdebar sebab Abah Mujibur suruh aku datang kl , suruh aku masak . nak rasa masakan aku . heyyy menakutkan laa bapak mertua ni . tunggu la lepas lepas kawen nantii...
No comments:
Post a Comment