Sebelum puasa haritu wedding dua orang manusia yang pernah penting dalam hidup aku . ehh sekarang pun penting , tapi tak sangat dah , korang dah jatuh pergi carta bawah bawah . tulah , sape suruh kawen dulu . kahkahkah , jahat aku kan .
Wedding Iz . BFF aku ni . dulu masa dia kena tinggal dengan awek dia , aku lah tempat dia ngadu semua . sian kat dia . tuptup dapat awek yang baik , memahami dan sekarang jadi bini sudah . Alhamdulillah , tahniah beb . walaupun sekarang kita dah tak boleh rapat macam dulu . tapi kita tetap kawan okayy . kau dah janji nak datang wedding aku kan . sila datang , aku tuntut !
Yang ni pulak wedding kakak aku . ye , dia jiran aku . tapi kitorang sangat rapat . aku takde kakak , dia takde adik . maka kami berkongsi kasih sayang bersama sama . tarikh nikah dia sama dengan wedding cousin aku yang kat perak tu . so tak dapat datang . memang rasa berdosa sangat . dah la masa dia tunang aku takde , nikah pun aku takde . so aku tak marah kalau wedding aku nanti , dia takde . sumpah tak marah .
Tahniah untuk semua yang dah kawen . tahniah jugak kepada semua yang dah ade laki raya tahun ni . hopefully , tahun depan aku pun boleh buat #rayapertamadengansuami #gengrayarumahmertua kahkahkah ! tak sabar ! doakan aku !
1 comment:
rajinnya masak! kipidap! ^_^
Post a Comment