Tuesday, August 18, 2015

Sangat Rindu Dunia Blogging !

1 Julai 2015 , aku mula berkerja semula , makan gaji semula . setelah 6 bulan berkerja sendiri , rasa susah payah cari duit sendiri . sangat seronok sebenarnya bila kerja sendiri . kerja ikut masa kita , tak terikat dengan sape sape pun . Alhamdulillah .

Walaupun selama enam bulan tu , ada jatuh bangun , tapi aku seronok . keputusan untuk berkerja semula ni , setelah ditawarkan oleh kawan mak . sebenarnya bukan ditawarkan , aku disuruh berkerja . beria kawan mak tu nak aku kerja dengan dia . aku fikir mungkin ni rezeki nak kawen . hehe *tutup muka* .

kerja tetap kerja , business tetap business . masa interview pun , aku cakap dengan panel , aku meniaga bantal . masa minggu pertama kerja pun , bos cakap - awak jahit la bantal awak tu dulu , sebab still takde kerja lagi ni . aku rasa happy giler . Alhamdulillah , bos faham minat kita , bos sokong .

Sekarang , dah hampir dua bulan aku berkerja makan gaji . kena buat macam tahun lepas lah , siang kerja , malam menjahit , hari cuti pun menjahit . bestnye ! lagipun kerja sekarang ni walaupun banyak kerja , tapi kerja tak terikat , boleh je nak lari lari kejap pergi pos bantal , takde kerja boleh amek order . hihi .

Dan yang paling aku happy , Insyaallah , bila dah start kerja ni , tiap hari mengadap pc , dapat la aku aktif blogging semula . cuma sekarang aku dalam proses nak mengemas blog ni . nak delete post post yang sangat budak budak . hehe .
aku dari dulu memang suka dengan ular . teringin nak bela , hobi mahal ni , tak mampu . mampu pinjam ular kawan je , time lepak dia suka bawak ular dia . jadi kita gomol gomol lah!