Thursday, August 23, 2012

spontaneous thursday #35


Lebih Baik Disakiti Dengan KEJUJURAN

Daripada Dibahagiakan Dengan KEBOHONGAN .


Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri~

entry autopost . ketika entry ini di post , daku dalam perjalanan menuju ke kampung halaman . Alhamdulillah , saat duka begini , sambut raya kat kampung , jadi suka giler lah . kampung la port baek nak lupakan segala masalah . 

Anda anda semua dah gerak balik kampung ke ? ke ada yang dah sampai ? wahh excited nak raya !

Selamat Hari Raya ! Excited nak bagi duit raya untuk anak buah semua !


spontaneous thursday #34

LIMA (5) JAMBATAN HIDUP :

1. Jambatan terpendek adalah :
PUTUS ASA

2. Jambatan terpanjang adalah :
PENGHARAPAN

3. Jambatan terkuat adalah :
IMAN

4. Jambatan termahal adalah :
PENGORBANAN

5. Jambatan terindah adalah :
KASIH SAYANG


Tuesday, August 14, 2012

Janji Zorro memang Zero~

Iftar bersama sahabat ! Dapat jugak menikmati Iftar bersama sahabat daku neh . just simple plan . deal time , sampai masa , jumpa then mencari tempat makan . since ade lagi 15 minit nak berbuka . kami sebat je kedai mana mana pun . janji dapat Iftar bersama . Kedai ni sangat lawak . belum sempat sebut habis nama menu , si waiter cakap takde .

Maka , kami pun order laa apa yang ada dalam menu . Menu pertama sampai , chicken soup ;
dah macam mushroom soup dah . masing2 gelak tengok sup neh . makan laa kau nakk .
 menu kedua yang tiba : Pari Bakar . try rasa jap . ok ngam ! tak pedas sangat . so boleh telan dengan nikmat . menu ketiga sampai : Nasi putih . telan telan air liur nampak nasi . macam mana nak makan , kuah takde ? dengan muka lapar , terus letak chicken soup yang sangat western tu kat nasi aku . perghh nampak macam sedap . Fahmi mengikuti jejak langkah daku dengan muka sangat tak bersalah . HAHA
ini lerr rupa nasi aku bila dicurah dengan chicken soup tu . memang tak reti makan nasi takde kuah !
menu seterusnya yang tiba : telur dadar + kangkung belacan . memang aku tak sentuh laa sayur tu sebab ada that Belacan . mau tercabut hidung kalau makan . hihi . mereka berdua makan sayur itu dengan penuh nikmat . okayy aku jeles !
 Di bawah ini adalah sahabat aku yg sudi melayan kami ke sana sini . tenkiu beb , nampak muka bosan , nampak peluh menitik . tapi kau tetap tabah layan kitorang . next time turn aku k . jangan risau . janji ditepati . HAHA !
licin beb makan . soup takleh bla !
 nak tau kami makan di mana ? Di ZORRO . haha . Zorro ouh Zorro , kau memang Zero ! sumpah tanak jejak sini dah lepas ni . Remember that Sahabat . haha .
Sila salahkan tudung tu , sebab dia buat muka aku sangat BULAT !
percubaan menguruskan bentuk muka bersama Nadia ! 

Monday, August 13, 2012

Selipar Cinta~

CINTA . buat kan manusia angau . Buatkan manusia gila . yeah , kejadian berlaku depan mata . buta buta kena gelak . Baru kini aku fahami hangatnya orang bercinta .

Alkisahnya sahabat aku neh , kami ke MYDIN cari kuih raya . tapi si Ainon ngan Siti ni yang seronok dok pilih kuih . Aku ngan Nadia memang tak laa nak beli kuih . Buat sendiri lagi feel . hihi . Nak dijadikan cerita , masa yang berdua tu sibuk pilih kuih , kami berdua naik tingkat atas cari apa yang menarik . tengah beratur nak bayar tetiba Ainon call , "wehh , aku tunggu kat kereta" . Alamak , cepat betul pilih kuih . Bergegas laa aku ngan Nadia keluar . 

Sampai kat kereta , tengok si Ainon yang sedang hangat dilamun cinta ngah bergayut . kaki sebelah terjuntai kat bawah . Masuk je aku ngan Nadia , dia terus tutup pintu dan jalan . Borak borak gelak gelak sampai laa kat tempat kerja lama Ainon . kat KLINIK FAIZAL . nak hantar Siti kat sana , sebab kami dah nak gerak balik Mersing . sebab nak bersalam salaman , si Ainon meraba selipar dye . tak jumpa ! selongkar satu kereta tak jumpa ! nasib baik aku ada selipar spare . dapat laa jugak dia turun nak bersalam salaman . 

Sesudah bersalaman , niat nak terus balik ke Mersing , tapi Ainon tak puas hati , patah balik kat MYDIN tadi . nasib baik , tempat kitorang parking tadi , still kosong . Hasilnya . HAHAHAHHAHAHAHHAAHAHAHAHA gelak besar aku ngan Nadia . Berlari nadia turun snap gambar selipar tertinggal neh . haihhh let we name it "SELIPAR CINTA" .
inilah Ainon . tuan punya SELIPAR CINTA .
Aku , Siti , Ainon , Nadia . 
begitu hebat penangn cinta kan ? hebat memang hebat !

childish again !

seronok hidup dalam dunia kanak kanak . hidup tanpa masalah . celik mata sekolah , balik sekolah main . bergembira , gelak ketawa . Heaven ! 

adik adik tersayang . yang tengah tu . adik angkat sesat . haha . kesayangan semua . adik perempuan pertama yang over gemok . sayang kakak !

Friday, August 10, 2012

tahun akhir bersama~

minggu kedua berpuasa , apa yang kami lakukan ? SHOPPING ! memandangkan ini tahun akhir kami membujang bersama , masa yang ada kami manfaatkan sebaik mungkin . apply cuti awal awal supaya dapat shopping dan bercuti bersama .Tahun depan akak akak ni nak kahwin dah , sedih laa . dah tak dapat bersama lagi . masing masing dah ada komitmen sendiri .

best planning , si kakak apply cuti 2 hari . sabtu dan ahad . si adik pula amek MC saja on saturday . jimat cuti untuk raya . pasangan adik beradik yg satu lagi memang tak payah apply cuti sebab itu memang hari cuti diorang . maklumlahh , keje kat rumah je kan . UNTUNGlah badan *dengki* .

memulakan perjalanan selepas berbuka puasa bersama keluarga . sampai di KUALA LUMPUR *skema tak ? pada jam 12 malam . sampai sampai terus pergi Kampung Baru , untuk makan ! okayy Encik Harris salah bawak , kedai tu masak TAK SEDAP LANGSUNG . semua orang makan tak habis . *hampa disitu . then Encik Haris bawak kami ke Uptown Danau Kota . terus contact masterchef dengan pantas , area rumah dia kan . sebab masing masing sebok jalan dengan boyfiee masing masing . I'M SINGLE RIGHT NOW . nasib baik masterchef sudi datang . thankyousomuchsweetheart ! Since mereka tak pernah sampai , aku bagi peluang dorg keliling Danau tu , aku pegi dating dengan masterchef , lepas rindu ! ouhhsosweet . selepas bertekak peluk cium bergurau senda dengan masterchef , dye cakap nak balik , tanak mama dye bising balik lewat . yelaa masa tu dah pukul 3 pagi . maka kami pun pulang , check in hotel bapak jauh kat Bukit Jalil . tak paham apsal Encik Harris bawak kami ke sini . maybe sebab parking kereta selamat kot . lepas check in teros bongkang , pengsan tak ingat dunia .

Hari kedua di KUALA LUMPUR *berlagak* , bangun pukul 11 , masing masing lemah . bangun teros mandi mandi , bersiap , make up segala . Encik Harris nak bawak pergi SOGO harini . tempat paling aku benci . sebab : RAMAI ORANG , RIMAS , LEMAS !
sementara tunggu Encik Haris , kami berposing sakan dalam bilik . kami berempat sangat rapat sejak dari kecik lagi tau . Bahagia kongsi suka duka bersama .
kami berdua naik kereta Encik Haris , nak bagi peluang kat JMD dating . HOHO . kejap lagi , hubby kakak aku ni datang . jalan laa aku sorang diri . beginilah hidup tiada kekasih . hanya menumpang kasih sahabat sahabat setia .
selepas ke SOGO , kami ke Sungei Wang dan LOT10 ! ape yg seronak kat LOT 10 , ade butik kesukaan aku lerr . huhu . masuk sorang diri . shopping sakan laa . sebelum ni , ada tukang pilih seluar , aku tukang try je . tapi sekarang , sendiri pilih , sendiri try , sendiri buat keputusan . sedih tau . masuk fitting room yang sama , rasa sebak . tapi itulah takdir namanya .

Hari kedua , masih menaiki kereta Encik Haris , kali ni kami ke GM Klang . beli barang untuk business ! seriously , kat GM ni memang murah murah , baju cantik cantik , tapi sebab kesedihan yang melanda , langsung takde feel nak pilih baju . memang tak beraya laa kite . sedihnya rasa .
aku bergaya muslimah . tutup segala yang tidak patut yea popeye . Alhamdulillah :)
bersama Encik Haris yang setia melayan kerenah kami . Tahun depan layan lagi ye , bawak kami tido rumah kamu berdua pulak . no more hotel please :)
Aku sangkakan , Kuala Lumpur kali ini akan memberi seribu keceriaan pada aku , tapi aku silap , sepanjang sabtu , hanya kesedihan yang menyelubungi hari aku . terima kasih buat anda yang membuatkan aku menangis dan sebak sepanjang hari . terima kasih untuk kak nini , kak cik , nana dan Encik Harris yang sudi menenangkan saya . lagu "matilah kau" akan ingatkan aku pada tangisan itu . you are my super best sister's I ever had !


Thursday, August 9, 2012

Thursday, August 2, 2012