Monday, April 18, 2016

Wedding Lagi

Genap sebulan baru nak update , anggap je aku update post ni tanda ucapan tahniah aku pada diorang yang dah sebulan menajdi suami isteri . dah menjadi kebiasaan , bila cuti sekolah je berderet lah jemputan kawen . untuk tarikh 19 Mac yang lepas , aku dapat tiga jemputan kawen . semua kenalan rapat . paling rapat farah la .

Farah ni adik kepada bestfriend aku , Pejah . jadi Fara ni request kitorang jadi bridesmaid dia untuk malam nikah . kitorang on je , bab melawa memang serah saje pada kitorang .

sila lah tatap wajah wajah bridesmaid ni , semua single lagi ye , silakan ngorat , silakan ... haha

Esoknya farah tak perlukan bridesmaid , jadi boleh la kitorang berlari lari attend lagi dua wedding . nasib baik dekat dekat . so sempat la nak lepak lepak kejap kat dua dua wedding tu . dah cakap dengan Pejah awal awal , rumah dia last , sebab nak lepak lama lama kat rumah dia . Pejah on je . 

Ini Atyqa , kawan dari sekolah rendah lagi . masa kitorang datang ni , dia dah nak bersanding , so kalau nak tunggu dapat bergambar dengan pengantin lelaki , memang lama lagi lah kan . makanya dengan brides je la . tahniah Tyqa . semoga kekal bahagia selamanya .

Ini Rita , nama betul Ritaudin . senior masa sekolah . rapat dengan dia sebab dulu selalu naik bas pergi sekolah sama sama dengan dia . masa bergambar ni , sempat dia bisik - ehhh kau datang jugak ehhh . ehhh haruslah , Insyaallah aku akan datang kalau korang jemput . aku memang suka pergi wedding kawan kawan . meraikan hari bahagia bersama mereka .

 Ini Farah , adik pejah . kitorang memang rapat ..dah biasa dah dengan laki dia ni . kebetulan baju aku pulak hampir sama dengan baju pengantin , kata Farah - baju dah sama tu , boleh laa sanding sekali . hahaha senget semua semua ni . petang tu farah ajak kitorang ikut dia pergi outdoor session . jom je lah , balik rumah bukan ade buat ape pun kan .


payung satu je gambar masa outdoor , aku syak si farah ni memang suka kaler hijau lah . bersanding hijau , outdoor pun hijau .

buat ketiga tiga pengantin , semoga perkahwinan ini diberkati , bahagia dan kekal selamanya , paling penting , jangan lupa doakan untuk kami kami yang masih single ni . kami juga ingin rasa bahagia itu , cewahhh ! ayat kau kemain erk !



Friday, April 15, 2016

Jalan Jalan Minum Petang

Aku on diet sekarang ni . jarang sangat makan malam . kalau hari kerja , just breakfast and lunch je . sesekali ade la manusia manusia ajak aku lepak ngeteh minum petang .


ni haa melayan perempuan senget mengidam mee sup . perempuan ni bela saka , kalau makan , memang tak berhenti . baru lepas makan mee sup , nanti kang dia buat meroyan nak makan benda lain . lagi lagi kalau sue ada sekali , memang bergabung meletop laa dua ekor saka ni . nasib baik iman diet aku kuat , tak berapa nak melayan sangat . makan untuk kenyang je . hehe .

yang ini pulak , melayan encik izwan kita ni . kerja offshore , balik sesekali nak lepak warung tepi tepi jalan je katanya . sanggup aku balik kerja awal demi nak melayan kengkawan . dia pulak taknak kedai biasa , nak warung jugak . puas laa aku memikir mana nak bawak dia ni . and yess ! jumpa satu ... selalu lalu je kat warung ni , tak pernah singgah . orang ramai jugak lepak sini . so apa kata kita cuba .



and yessss , kami tak salah kedai . kedai ni superb  ! sambal kicap dia win giler . nyum nyum . lepas ni boleh lepak sini lagi . teringat ingat , terbayang bayang sambal kicap dia . tengok je muka bahagia kitorang . kami orang JOHO memang suka sambal kicap ! yesss ! sambal kicap ! cendol dia pun sedap !


p/s : semoga impian nak pakai kebaya raya ni tercapai . wish me luck !


Thursday, April 14, 2016

Ketepikan Diet Demi Sahabat

Aku memang sayang sahabat susah senang aku . Baru baru ni agak viral kat media sosial , menu western dulang kat Mersing ni . kengkawan aku yang merantau ape lagi , panas bontot lah tengok . kitorang yang dok Mersing ni , memang awal awal lagi dah try .

sebab sayang kawan and taknak bagi diorang meleleh saliva , aku melupakan diet aku buat seketika dan makan malam bersama mereka . meriah kauu . amek set paling besar . yang rm80 . makan la kau sampai kenyang .


ni full set . sekali dengan dua jug air . dalam dulang tu ada 4 ketul grill chicken , tiga ketul kambing , roti telur goyang tiga , ada fries , meatball , sosej , nugget , coleslaw dengan mushroom sup & garlic bread .


nah closeup sikit bagi saliva korang pulak meleleh . 

Rasa dia not bad la . kalau korang just nak lepak ramai ramai , tapi teringin nak makan western dengan harga yang murah , aku suggest tempat ni . tapi kalau korang betul betul nak makan western yang sedap , terasa rasa sampai minggu depan , aku suggest better korang makan kat Baek Bistro . memang terbaekk beb . harga pun tak mahal mana , paling win cheesy wedges dia . dapnye dapnye .


 ni lah sahabat sahabat aku yang merantau . aku dengan Sue je yang stay sini . tapi dalam gambar ni Sue takde , dia dah cabut dulu , nak pegi dating katanya . busy pompuan tu sekarang ni , kerja siang malam macam nak kawen esok je . risau aku .

Alhamdulillah , sahabat sahabat aku happy dapat rasa western dulang ni . melepek sorang sorang nak habiskan . baru dia tauuuuu . hahaha . aku ni adalah food hunter dalam geng ni . selalu jumpa makanan sedap atau kedai kedai baru kat mersing ni . pastu bila Nasir balik , aku akan dera Nasir ajak pegi try kedai kedai tu .

ni geng food hunter aku kat kl . kalau aku jumpa post post kedai makan or menu sedap , aku share kat dia . pastu dia kejam dia pegi dulu ngan geng geng dia . kalau sedap , baru dia bawak aku pulak . terima kasih mujibur kesayangan !



Wednesday, April 13, 2016

Melawat Baby Deeja

Dah hampir dua bulan usia Baby Deeja , kak Yana baru nak cerita . biasalah blogger picisan macam kak yana ni , dah la sendu , taktau laa siapa je yang baca blog ni . rasa macam takde .

Masa pergi melawat baby Deeja , dah nak habis tempoh pantang dah pun time tu . Ibu Deeja pesan , kalau nak datang kena bawak nenek kepoh sekali (mak aku la) . Alkisahnya , bila aku free , nenek kepoh busy , bila aku busy , nenek kepoh free . sudahnya memang lambat laa melawat baby Deeja ni .

Sampailah satu hari tu aku takde mood nak kerja , so aku amek cuti , nenek kepoh pun free , so jom lah mak , kita melawat baby Deeja . lepas asar sampailah kami di rumah mereka , disambut oleh kakak kakak Deeja yang comel lagi menawan .


Baby Deeja ni hobi dia tido . bom meletop sebelah dia pun , dia tak heran . kerja dia tidoooooo sahaja . menyampah tau . takpe , tunggu Baby Deeja besar , nanti kak yana buli Deeja . hehe . tengok jari dia panjang panjang kan . dah besar nanti mesti tinggi macam kak yana . cewahh !


ini hadiah comel khas untuk baby Deeja . first time buat tau design ni . comel sangat . geramm ! kakak kakak Deeja pun over excited . kejap kejap dia selak nye kain bear ni ,


Untuk family ceria ni , kalau bagi hadiah , tak boleh satu . bagi hadiah kena adil , semua dapat . maka , kak yana buat la bekas pensel simple ni untuk Ibu , kakak Baby & kakak yayang . untuk papa ? errrr bunga tu lah . ibu bagi kat papa je nanti ehh . haha 


dannnn ...mestilah ada sesi bergambar dengan semua kecuali papa . papa lambat time ni . orang dah nak balik , baru dia datang . ape laaaa papa ni . dah terlepas sesi gado gado bertumbok . bukan ape , papa diorang ni suka dengki ngan kak yana diaorang ni...


ini gambar dari ibu , tanda terima kasih katanya . suka laa korang erkkk . nanti hari guru jangan mintak hadiah lagi ! tapi nanti kak yana kawen , sila sponsor banyak banyak ehhh . terima kasih !

Ohhh , mesti korang tertanya tanya , siapa diorang ni . Cikgu Ayu ni adalah cikgu aku , dia start mengajar aku masa aku form 2 , masa tu dia tengah praktikal lagi . sampai sekarang kitorang rapat . tempat aku mengadu nasib and mintak pendapat semua . sayang dia . and sekarang anak anak dia pantang jumpa aku , ade je anak anak dia request . semoga kasih sayang ini kekal selamanya . sayang kamu kamu semua . dia still mengajar sampai sekarang , sebelum ni pun ada buat bridal , tapi dah stop , dah penat katanya , padahal dah kaya . kehkehkeh ..

cikgu , mohon jangan beranak lagi . stop dulu , bagi la laluan kat saya ni dulu . and please focus on my wedding . sekian . haha !