Monday, June 30, 2014

Wedding Faiezah , Geng 9-2B .

Aku kan memang manusia yang suka update cerita minggu lepas . so korang hadap je la kan . hehe terima kasih laa , ada jugak yang sudi baca kan . 

21 Jun yang lalu , kami ke Kuantan . wedding si gojes faiezah . bebudak rumah 9-2b , zaman masa duduk bangi dulu . memang kitorang dah lama agak , dia yang akan kawen dulu . tapi tak sangka pulak secepat ini dia kawen . nampak tak dia punya merenyam tu ? haaaa .
Kitorang berlima gerak dari KL lebih kurang pukul 8.30 pagi . pastu setiap hentian kitorang berhenti . bergilir membuang , pesen ape tahh . pastu sepanjang perjalanan bergalak , ketawa tapi aku ? bahan tido je lahhh . haha . aku kan spesies senang tido , masuk kereta je terus lena . memang tak layak jadi co-pilot ye uolls . 
Sampai rumah pengantin dalam pukul 12 macam tu , dia tengah siap siap nak bersanding . maka kami menggunakan masa yang ada untuk merasmikan pelamin dia dan posing ! haha maaf ye fieza . kami excited sangat !
macam macam rasa ada bila tengok pompuan ni bersanding bergandingan dengan Zharif si suami . mula mula happy , happy sangat , pastu bergenang air mata . Ya Allah , kawan aku dah jadi bini orang . apa yang dia nak sangat selama ni , dia dapat . Syukur Ya Allah . 

To Fieza , aku doakan kau bahagia . kekal hingga Jannah . Zharif , jaga fieza lelok okay . dok kedah nanti lelok na , ada jodoh kita jumpa sana na . Korang , doakan untuk aku pulak tau . 

Hala balik tu , gedik je singgah Bukit Tinggi . alang alang dah berjalan tu kan , singgah je laa , sekali jalan , bukan nye kena patah balik pun . happy , sampai jugak tempat ni . dulu plan dengan cott nak datang sini . tapi tak kesampaian . enon pun dah nak kawen dengan orang lain . huhu . takde jodoh lah kan . 
tenkiu ladies bawak aku datang sini . happy sangat walaupun penat . balik tu mabok teruk . tapi aku happy ! happy sangat ! lepas ni maybe giliran Mazdira . atau maybe ada lagi yang lebih awal . aku , no komen lah .




Iklan sikit ;


Tuesday, June 17, 2014

Majlis Sambut Menantu

Seminggu aku senyap . langsung tak jengah blog . sebab seronok duduk kampung . kampung memang best . sangat best ! taktau nak kata camne , tapi kampung memang best . rasa macam nak tukar alamat . nak duduk sana . 

Isnin lepas , 9hb , pepagi dah bertolak balik kampung . satu family kecuali abah . abah kena jaga atok kat rumah sebab nenek masih kat Hospital JB . kesian nenek . perjalanan dari Mersing ke Banting lancar selama 5 jam . berhenti makan sekali je . pastu straight sebab masing masing dah tak sabar nak sampai kampung .
Full kereta sebab ramai pengikut . aku tidur atas kotak je . kesian kan . hehe yang penting kami selamat sampai . happy happy !

Ni kenduri kahwin sepupu aku yang nikah bulan lepas . belah lelaki baru buat sebab ikut turn , kalau duduk kampung , memang tak boleh buat serentak , nanti tak ramai yang datang . Pagi Khamis tu dah ada orang datang sinoman . tak berapa ramai . jiran jiran terdekat je . 
Actually kitorang dah start sibuk dari hari selasa tu . dah lama tak ada majlis kat kampung , sebab tu kami excited , siap ambil cuti seminggu . bos pun ok je .

Hari Jumaat tu , dah start orang kampung datang sinoman . ramai sangat ! dah macam hari majlis . adik mula rimas tengok orang ramai . sebab dia tak biasa dengan suasana gotong royong kat kampung .
Orang Jawa , majlis dia satu hari satu malam . maknanya hari Jumaat malam tu , lepas maghrib dah ada orang datang kondangan , sambil tu , jiran jiran terdekat akan teruskan sinoman untuk masak esoknya . menu pun lain lain . tak sama menu untuk dua hari . tapi kalau dah datang malam , siang tu tak payah datang dah ok . datang sekali je .

malam tu pulak ada bola , menyempat je laa yana curi tulang naik atas tengok bola kejap . hehe . seronok ! meriah sangat kenduri kahwin kat kampung ! rasa macam nak buat tiga majlis je....kan . hehe
Pagi Sabtu tu , lepas siapkan hidangan untuk pengantin , yana mandi mandi laa . siap siap nak layan tetamu . pakai baju seragam satu family , pastu tepek flower crown . bila turun bawah , ramai tengok . tanya sepupu kenapa semua orang macam pelik . rupanya , kat sana diorang tak pernah nampak lagi orang pakai flower crown ni . alahaiii , patut laaa ada yang cakap yana ni pengantinnya . malu tau ! kita belum jadi pengantin lagi laaa .
ni anak angkat yana . Aish Thaqif nama dia . macam anak cina kan ? comel sangat . dah besar dah anak ummi ni . dia duduk Nilai , jadi yana jemput laa dia . thanks for coming my dear . happy sangat tau !

Alhamdulillah , majlis haritu selesai dengan jayanya . ramai yang datang . ramai yang kata saya pengantinnya . ada jugak dua orang makcik tu kata - alahaii , makcik dah takde anak bujang , kalau tak boleh buat menantu . makcik jangan kata begitu , malu saya . hehe
Walaupun pelbagai halangan dan dugaan dalam menjayakan majlis ni . takde cabaran tak rare la kan . Congrats Abg Li & Kak Su . Semoga kekal hingga Jannah yea .


Friday, June 6, 2014

Again , Weekend Wedding .

macam yang pernah yana kata sebelum ni , tahun ni tahun mengawan kawan kawan yana . memang ramai yang nikah tahun ni . happy tengok diorang . so , minggu lepas , dua orang kawan selamat nikah .
Amira . kawan sekolah Menengah . Happy Wedding Mira & Husband ! cantik sangat ! nak kawen jugak ! hehe
ni geng rombongan haritu . sorang je lelaki terselit . sebab minggu ni dia pulak nikah . next week wedding dia kat Mersing . sorry mir , pye tak dapat datang . cousin kawen jugak kat Selangor .
musim monopod ni , tak sah kalau tak bawak monopod pegi wedding kan . Wajib ber'groupie' dengan pengantin hokeyy !
yang ni gadis gadis gedik nak masuk bilik pengantin . bergambar dengan hantaran pun jadi lah . sempat rembat perfume pengantin sebab masing masing dah bau peluh . bergalak dari pagi kan . hehe
Alhamdulillah , pengantin ni book Photo booth dengan kami . berjaya buat walaupun last minit huru hara dengan pelbagai keadaan . terima kasih pengantin .

Tahniah Buat Mira & Husband , Suliza & Suhaimi . semoga kekal hingga ke Jannah . Doakan yana pulak ye . Insyaallah , Amin .

Happy Birthday Ibu !

Ibu ni siapa pulak ? haihh . aku ni memang banyak mak . yang ni mentor aku . dari form 1 lagi memang rapat dengan dia . dia cikgu , dia la mentor , dia lah mak . selalu ada dengan aku . dia kesayangan aku dan aku kesayangan dia . haa sweet kan ?
abaikan je gambar atas ni . gambar sebelum diet . so haruslah gemok , dan pipi kemam buah epal kan . hikhik .
yang ni anak ibu dengan anak aku . suka sangat yang berdua ni dapat jumpa . suka dapat kawan baru .

Minggu lepas , 26 Mei birthday ibu sayang . so kami datang buat suprise kat ibu . suka ibu dapat dua kek . satu dari Aca , satu dari kami . yeayy !
haaa nampak muka bahagia kami . banyakkkk makanan . semua sedap sedap . suka ibu . hehehe . budak kecik cinonet tu pun suka jugak .

Happy Birthday Ibu . Semoga Panjang Umur , Murah Rezeki , Ceria Selalu . Semoga Terus Garang dengan Anak Murid Yea . Cubitan Ketam Mu Sentiasa Menjadi Pujaan Hatiku . haha ! love you cikgu !

Monday, June 2, 2014

Quality Time With Love

Alhamdulillah , aku bahagia buat masa ni . sangat bahagia bersama keluarga tercinta . walaupun ada someone dalam family aku yang annoying , tapi aku masih bahagia . 

Every second nak luangkan masa dengan mak , adik adik , dengan jiran yg dah macam family sendiri . kita makin dewasa , makin kenal erti hidup . mak ada depan mata pun masih rindu . bila ada hari hari istimewa , walaupun simple , mesti nak sambut dengan mak . apa apa , mak dulu . 
Mothers Day katanya . bawak mak lepak kedai kek . mak memang tak pernah lepak sini . anak anak mak je yang selalu lepak sini . mak teringin , maka kami bawak mak . happy mak !


Wesak Day , cuti umum . kebetulan akak memang offday hari Selasa . so plan nak pergi picnic sambil mandi manda . ajak sekali dua orang kawan baik . happy tambah happy ! yang tak syoknye tak dapat mandi bersama sebab , bendera merah sedang berkibar megah .
Semakin meningkat umur , semakin menghargai mak abah . apa yang mak cakap dia teringin , cuba untuk penuhi . lately mak selalu tengok iklan marrybrown . okayy gaji nanti nak bawak mak makan kat marrybrown . semua untuk mak . untuk adik adik sekali . lebih suka bahagiakan family dengan makanan . lagi berkualiti . perut suka , kita pun happy . tapi abah , jarang request apa apa . memang abah jenis tak kisah . tapi bila sekali dia request - "abah nak tepon baru , tapi taknak macam mak . abah nak yang boleh bukak internet punya . " adik beradik semua pakat buat pekak . abah oh abah , demand sangat !
sesekali , mereka yang kerja luar dari Johor , balik melawat keluarga . waktu petang kami gembira bersama . semoga hubungan indah ini kekal hingga ke Jannah Ya Allah . walaupun kadang kadang ada yang menyakitkan hati , tapi kami tetap bersama . semoga anak anak kami juga akan menjaga hubungan yang indah ini . Insyaallah . Amin !