Sunday, September 30, 2012

Bakal Imam di Hari Lahirku ~

30 September 2012 . Syukur Ya Allah kau panjangkan usiaku . semakin meningkat usia , semakin aku kenal erti hiudp di duniamu ini . Terima kasih kepada kawan kawan yang menghantar ucapan dari setiap sudut . terima kasih buat kamu yang telah mengecewakan diri ini . terima kasih kepada anda yang sentiasa ada bersama dengan saya ketika susah dan senang . terima kasih buat mak & abah kerana sentiasa mempercayai anakmu ini . terima kasih buat adik & abang sebab sentiasa tolong angah . terima kasih untuk segalanya . semoga dengan usia yang semakin meningkat ini , aku mendapat keberkatan dan Hidayah dari-Mu Ya Allah . semoga Engkau kurniakan aku insan yang lebih menghargai diri ini . Dan semoga rezeki ku semakin bertambah bagi membolehkan aku membuat keluargaku lebih bahagia Ya Allah . Amin Ya Rabbal Alaminnn ~
 I am 22 already . okay you guyss ! 3 years to go . adakah anda yang bakal menjadi imam di dalam masjidku ? sama sama kita nantikan .


nak jejak motogp kena ade spec !

ini pula susulan entry wordless wednesday #40 . sekarang business ada kemajuan laa sikit . jual spec pulak sekarang ni . marilah jenguk apa yang ada . dalam gambar bawah ni , semua stock yang ada . minggu depan nak pegi amek stock baru . kami buat pre-order . ade order baru kami amek stock . sebab spec ni bukan setiap hari orang nak beli . kita beli pun sebulan sekali (bagi yang minat lah) . ada orang , tengok cantik , baru dia beli . terpulang . boleh tengok banyak lagi kat page kami , The Ribbons .


 

Saturday, September 29, 2012

adik yang super kreatif



susulan entry Wordless Wednesday #39 . sejak bekerja ni , segala kerja kerja dan gambar gambar aku simpan dalam pc kat ofis . sebabnya memang semua aku buat time kerja . kalau balik rumah , memang time to rest , no more internet at home . kecuali SANGAT MEMERLUKAN . maka , lappy pusaka aku , adik je yang guna . sampai lah on that day , aku bukak lappy nak cari gambar time study dulu . bukak bukak tengok wallpaper aku dah bertukar . yang dulunya gambar aku & masyam kini bertukar menjadi aku si rama rama . CANTIKKKKKKKKK sangat !
adik pun cakap "opsss ! hehehe"
wahhh trimas adik , adik memang sangat kreatif . dalam lappy memang banyak gambar aku . dan ini gambar masa photoshoot baju raya tahun lepas . sesungguhnya , sangat gembira dan bangga ada adik yang super kreatif macam ni .

kemudian , satu lagi kejutan dari adik . memo bergambar di subuh hari . bangun pagi bersiap ke sekolah , sementara tunggu van datang sempat lagi buat memo ni untuk aku . siap cuit aku yang sedang berusaha untuk tidur semula (buruk perangai tido lepas subuh) , "angah nanti baca nota atas meja okay" .
nahh , suruh aku buatkan kerja dia . sebab aku dah block internet kat rumah . so dia buat memo bergambar ni takut laa aku tak faham . tergelak aku baca . mak hanya mampu geleng kepala . sambil aku tanya soalan yang mak aku memang takde jawapan .
"masa mak ngandungkan dia , mak makan ape hah ?"

Friday, September 28, 2012

apa yang kami para wanita inginkan dari kamu para lelaki


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.



p/s : awak awak encik jejaka yang sedang membaca tu , ada tak ciri ciri kat atas ni ? kalau ada , sila lah masuk minang saya . opsss ! HAHA

Thursday, September 27, 2012

spontaneous thursday #40

ketika Tuhan ambil sesuatu daripada genggamanmu , sedarlah bahawa Dia hanya buka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik


Tuesday, September 25, 2012

segalanya mungkin~

mungkin kerana kebebasan yang aku bagi pada kau buat kau jadi lupa diri . mungkin juga kesibukkan aku dalam berkawan membuatkan kau menjadi bosan lalu mencari tempat lain yang mungkin pada kau lebih baik dari aku . mungkin kerana aku terlalu berhati hati membuatkan kau rimas dengan apa yang aku sering perkatakan . mungkin kerana mulut aku yang tak henti berceloteh membuatkan kau sakit telinga untuk mendengarnya . dan mungkin kerana aku terlalu banyak bersabar , kini kau cuba untuk kekal dan balik kepadaku . mungkin , kau adalah jodoh yang aku cari . yang telah Allah tentukan ketika usia aku seawal 4 bulan . mungkin juga , aku sentiasa tidak sabar untuk menanti detik itu . buat kau , aku setia menanti perubahan yang akan berlaku pada diri kau , yang sudah mula bercambah pada masa ini . INSYAALLAH . 
Aminnnn~


Tuesday, September 18, 2012

rahsia gemok ?

susulan dari entry wordless wednesday #38 . sebab ramai yang dah complain , heboh dok kata badan aku makin besar , pipi aku makin kembung , aku pun terfikir dan memikir lalu berfikir . maka terjadi laa aktiviti di bawah ini . dengan bangganya mempersembahkan ......


aku dah kembali kepada kerja lama aku , menjadi model sambilan untuk mereka meraka di luar sana yang memerlukan model picisan macam aku neh . bayaran ? tak mahal pun . aku jarang amek cash money . kita buat sistem barter laa kan . baru syiokk !

ni antara koleksi airaa . nak tengok lebih lagi , jom laa ramai ramai like page AIRAA COLLECTION'S . harga boleh runding . kami bagi yang terbaik untuk anda . aku juga salah sorang manager dalam Airaa neh . 

bila tengok semua gambar gambar ni . yuppp , aku memang dah gemok . tapi kenyataannya , berat tak berubah . tetap maintain 55kg dari dulu . mungkin sebab aku makan benda itu , yg membuatkan aku nampak chubby chubby comel . hikhik :)

Thursday, September 13, 2012

Tuesday, September 11, 2012

kids and baby ~

love kids ! yeah , i'm really love like love baby ! baby kids , ouhh big hug ! memang pantang jumpa budak kecik , baby , memang rasa nak pelok pelok , cubit cubit . dulu , tabiat aku asal jumpa baby , aku mesti nak cuit . tapi lepas belajar topic 'tresspass in insurance' , aku terus tak berani sangat nak cuit , sebab mak bapak baby tu boleh saman kite ! i takut you olls ! hihi

marilah tengok betapa sukanya aku dengan kanak kanak ;
anak buah aku yang paling nakal tapi manja . kelemahan : ajak amek gambar , kompem dok diam !
 ini anak buah baru aku ! Ean Qhaliff ! comel sangat , diamm je , tak ngaruk . 
 yang ni , anak sedara mara aku belah mak , mak geram sangat kat baby ni sebab dia sangat domok ! gggrr !
 yang ni , anak jiran . semakin besar , semakin nakal . jaga mama ye faiq . angah tau faiq baik .
 ini anak buah yang paling manja . nama dia pun mak yang bagi , Syamil .
 ini kakak , nama je perempuan , tapi nakal macam lelaki , ciwekkk *kuat nanges
 yang ni pun anak jiran . semakin manja dengan aku . ayish usop ! sayang angah !
ini , anak buah kesayangan si mulut becok . sama je perangai macam aku . kesayangan aku . tengok baju je dah tau dye kesayangan aku . HAHA

Sedang seronok main dengan anak anak orang , baby baby semua . nak tunggu ada anak sendiri memang lambat lagi lah kan . Jodoh , ke mari kau . HIHI

Monday, September 10, 2012

Sesi Beraya Bersama Sahabat~



seminggu lagi habislah syawal yang mulia ini . tapi jari daku tetap setia berlari lari bercerita tentang Hari Raya . kali ni cerita beraya bersama sahabat dan teman sejati . walaupun tahun ni tidak meriah macam tahun tahun lepas , tapi daku tetap meneruskan tugas menjadi 'kepala' beraya . tahun ni daku beraya kat kampung , jadi agak lewat memulakan sesi beraya . ramai yang dah start bekerja , maka tak banyak laa rumah yang kami singgah tahun ni .

hari pertama beraya pada hari raya ke5 . lepas maghrib mereka beraya di rumah daku . then meneruskan perjalanan beraya di rumah Pegawai Askar kita neh , mak dia macam biasa lah  , sentiasa buat makan makan . kemudian terus menyerbu rumah Faiszah , call terus cakap nak datang , amek kau , 5 buah kereta datang serbu . excited sangat beraya sampai lupa nak snap gambar . hihi .

Hari kedua diteruskan lagi selepas solat Jumaat . Firdaus & Haniff datang beraya dirumah daku sambil menanti Faiszah & Ainul tiba . sebab hujan , jadi naik satu kereta je , senang dan pantas . Aku dibuli di dalam kereta . harap maklum . rumah pertama yang paling lama diserbu , rumah Suhaila , study kat UNIMAS . cuti panjang akak kite nehh . Dia hidangkan Puding untuk kami . yummy !

Sesi Bergambar Bermula sementara menanti hujan berhenti ; 
masing masing tak reti diam , gelak sakan
Dari kiri : Suhaila , Faiszah , Ainul & Me
 Haniff bakal cikgu , dia cakap : jangan panggil saya cikgu selagi belum rasmi saya jadi cikgu . good Anep !
 Melayan si Firdaus yang semakin suka tangkap gambar kami 
Kami pantang bila ada yang halakan camera
ini di rumah ketiga , rumah kedua singgah sekejap je . sebab tuan rumah tengah prepare untuk majlis pertunangan . budak ni nama dia Omar , dia setia duduk dengan aku sebab nak mintak duit raya . Aktiviti beraya diteruskan ke rumah ke empat , rumah Ustazah kami , anak dia bestfren aku . seronok , ustazah masak mihun , melantak sakan laa . camera ? simpan dalam beg . HAHA
sesi beraya tidak habis begitu sahaja , diteruskan pada malamnya . Open House ! dua rumah je , tapi borak je yang lama , biasalah kalau dah jumpa kawan kawan kan . meriah ! Rumah pertama rumah Ainul , makan mee goreng , yummy !
 manis kan kami berjubah ? memang plan nak berjubah pun . ayu gitu !
antara gambar dari camera Faiszah . rumah kedua rumah kawan kami yang kahwin aritu . Rusydi & Yatie . dah ada rumah sendiri . thanks sudi jemput kami datang rumah . makan nugget je sebab dah tak larat nak makan , penuh perut dari siang beraya .

Sesungguhnya sangat seronok apabila berkumpul beramai ramai camni . meriah . teringat segala memori . gelak tawa , siap gadoh gadoh lagi . tapi kejap jee . kita kan kawan :)


Sunday, September 9, 2012

Tragedi Sebelum Raya~

Alkisahnya . semangat berhari raya di kampung . maaf ler kalau jemu dengan cerita raya aku tahun ni . memang seronok nak bercerita . Sehari sebelum raya mestilah seronok masak beramai ramai kan . ape yang lainnya tahun ni , aku pun kena tolong amsak sekali . kalau beraya kat Joho , makcik makcik ramai , so aku selalu tak terlibat . HIHI . memandangkan kat belah mak perempuan tak berapa ramai , maka aku menjadi mangsa . menu pelik : RENDANG ITIK . sumpah tak penah makan dan raya aritu memang aku tak sentuh langsung itik itu .

Dipendekkan cerita , sedang asyik menyediakan bahan masakan , untuk raya esok dan untuk berbuka puasa , biasalah orang perempuan kalau masak mestilah sambil berborak . Tiba tiba makcik jerit "jahanam pintu aku !" . kami pun cepat cepat toleh , dan aku terus tergelak besar . HAHA . pintu dapur dia terbakar . terkena api nasi impit . 
nampak kesan terbakar ? semua ni gara gara mak aku . dia yang khayal dok potong daging kat depan pintu sampai tak perasan pintu tu dah dekat dengan periuk . ingat kat abah laa tu .
 tengok lah tu , tekun hiris daging sampai tak perasan orang snap gambar dia . ampun ye buk . dan ini adalah rendang itik yang siap dimasak hentam kromo oleh mak aku . syabas mak ! first time masak terus jadik . bakat memasak tu terus turun kat aku , sekali ajar terus jadi hebat !

sekian saja , tragedi sebelum raya di labohan dagang . korang ada tragedi sebelum raya tak ? meh laa share !