Monday, September 30, 2013

Mak Pilih Jodoh Sempena Birthday Aku ?

Happy Birthday To Me....
Happy Birthday To Me.....
Happy Birthday To Nurliyana Sabri
Happy Birthday To Me.....

Allah Selamatkan Aku...
Allah Selamatkan Aku...
Allah Selamatkan Nurliyana Sabri
Allah Selamatkan Aku..

Alhamdulillah , harini genap usia aku 23 tahun .
Tua dah rupanya !
Dah boleh sangat laa ni kalau nak nikah !
Mak pun sejak dua tiga hari ni macam ade bunga bunga nak bagi green light je kan !
Malam sebelum hari kejadian , my kakak belanja makan KFC . tenkiu kakak . Me always love you !
lepas tu , orang tu tetiba datang rumah bagi hadiah si comel ni ! balik tak bagitau , tetiba je muncul depan rumah . kau memang super sweet bestfriend lah beb . aku sayang kau ! tenkiu sangat !
yang ni hadiah dari mak & abah . dua helai shawl gwiyomi . mak yang pilihkan okay . i love you parents !
dapat wish sebelum pukul 12 dari beshtie , sebab dia dah nak beradu , mak buyung kan . hehe tenkiu sangat ! ai is suka sangat !
dan yang ini wish dari mak . tak perasan ada mesej , dalam rumah pun nak ber sms sakan . padah laaa dua beranak ni . dan mesej ni aku tak reply sampai sekarang . suka sangat kat budak itu ye . bukan taknak , cuma takut kehilangan dia .

Terima Kasih buat semua yang meng'wish' . kat fesbuk , kat instag , twitter , by phone , kat blog , wechat , whatsapp , terima kasih sangat ! terasa diri ini begitu fofulerrr *perasan .

Selamat Hari Jadi Yana Popeye ! Semoga Cepat Bertemu Jodoh ! Boleh Bagi Mak Abah Cucu !



Birthday Baby & Yayang

Hari Sabtu lepas , menghadiri jemputan Sambutan Ulangtahun Tasnim yg ke 7 tahun & Qaseh yg ke 3 tahun . *apehal ayat aku macam skema sangat neh ?

Okay senang cerita aku di jemput oleh si gojes untuk celebrate birthday anak anak beliau . masa dia invite kat fesbuk , aku klik maybe , so dia macam agak kuciwa laa . tapi di saat saat akhir , aku dengan beshtie berjaya menghadirkan diri dan berjaya membuat si gojes suka dan gembira !

jom layan gambar sambil bercerita .
kami datang lewat sikit , majlis mula pukul 4 , kami datang dalam pukul 5 laa . bebudak tengah seronok bermain , macam macam acara ada . kek pun dah selamat di potong . ni meja coklat . ada macam macam coklat & gula gula . bebudak seronok laa pegi balik kat meja ni .
birthday girlnya dua , kek pun ada dua , semua dua ! comel sangat kek mickey mouse tu . tapi saya tak makan kek ....hehe .
macam macam menu ada , naik juling bijik mata aku ! nasib baik laa berjaya control nafsu makan . hehe . Antara menu yang ada mihun singapore , mee goreng , nasi dagang , laksa , dan banyak lagi .
Antara aktiviti kanak kanak . meriah sungguh ! happy je bebudak ni . macam macam ragam .
dari kiri : Adik Anyzz , Aku , Anak Buah Anyzz (nampak kepala je) , Husband Anyzz & Anyzz . 
aktiviti ibu bapa pulak , masa ni kami dah nak balik dah . sebab Anyzz kena gerak balik jb petang tu jugak . so datang tunjuk muka je . okay lah tu kan . datang jugakkk . tapi tak sempat jumpa dua dua birthday girl tu .
para tetamu sedang menjamu selera , meriah , ramai yang datang . alangkah indah kalau birthday aku pun macma ni kan . *tak payah berangan , dah tua bangka !
 okayy , kami nak balik dah . nanti jumpa lagi yee . tu hadiah kat tangan si gojes tu , dari aku la , hehe . kecik je , tapi si baby & yayang suka giler !
 ini lah birthday girl kecik , si Qaseh aka yayang . curi gambar dari fesbuk ibu dia . yayang ni suka hidup dalam dunia dia sendiri . comel sangat !
 masa untuk bukak hadiah ! wahhh banyak giler dapat hadiah . suka laaa . yang ni si kakak , Tasnim aka baby nama dia . nampak tak yayang kat celah hadiah ? hahaha comel sangat !
 family potrait ! i like it gojes ! ibu , yayang , baby & papa ! mereka ni lah my wedding planner ! nak tengok hasil kerja mereka boleh tengok kat fb owner Hakim Ayu atau jenguk kat page Qaseh Ayuha / Tasnim Ayuha . Rasa rasa berkenan , boleh laa book , promote neh !
 gambar ini di post dalam instagram & fesbuk Anyzz .

 Seronok sesekali sambut birthday macam ni . kami bertiga ni kalau berjumpa mesti ada gelak tawa nya . si gojes ni adalah cikgu praktikal masa kami sekolah menengah dulu . aku & anyzz pulak adalah student feveret dia . sebab tu kami rapat & kekal sampai sekarang . tapi masa ni si gojes sangat busy , so  tak dapat melayan kami dengan puasnye . takpe , nanti ada masa kita hangout okay !


Sunday, September 29, 2013

Hadiah Birthday !

Bukak dashboard terpandang , ada sesuatu yang bersarang dalam draft ! apesal aku boleh tertinggal nk update pasal ni erk ? bulan Jun yang lepas , buat hadiah birthday khas untuk sahabat yang setia mendengar tentang aku selama ini .

Hadiah yang simple je , sebab aku ni memang failed kalau bab nak beli hadiah . so mampu buat je laa , apa yang terlintas , itulah yang aku buat . lagi bagus kalau si tuan hari jadi yang request nak hadiah ape , senang kerja aku . hehe
ni aku buat ikut sempat je . entah macam mana boleh terlintas idea nak buat benda ni . ada maksud tersirat . orang hebat je boleh jumpa apa mesej yang aku sampaikan .
dua ni sarung bantal , request by tuan punya badan . dia order masa nak dekat dekat birthday dia , so kami sekeluarga bagi sebagai hadiah birthday laa . mudah kan ?

so korang punya birthday bila ? meh laa request hadiah hari jadi . mana laa tau masa tu aku budiman dan baik hati nak bagi korang hadiah , kannn ?


Saturday, September 28, 2013

Semua Ada Kaitan ......

Rindu Bangi , Teringat Anda .

Rindu 9-2B , Teringat Anda .

Rindu Putrajaya , Teringat Anda .
Rindu Blackberry Ni , Teringat Anda .

Setiap Kali Gosok Gigi , Teringat Anda .

Rindu Jalan Jalan Naik Motor , Teringat Anda .
selalu bangun tidur memang campak je selimut , terus masuk bilik air dan siap pegi kerja , memang takkan ada yang berani usik katil aku . malam tu nak tidur tengok memare tengah senyum diselimutkan . so sweet kan mama ni ? pergi kerja pun sempat selimutkan memare walaupun pada hakikatnya mama pakai campak je . haha !

Nak Tidur Cium Memare , Teringat Anda .

Isi Borang Permohonan kerja , Teringat Anda .

Rindu Tioman , Teringat Anda .

Kenapa mesti semua berkaitan dengan anda ? kenapa saya mesti ingat anda selalu ? sedangkan anda tak pernah fikir pasal saya . minggu lepas , kerinduan pada anda tersangat dalam , kenapa masa tu jugak anda cari saya ? adakah begitu kuat kimia di antara kita ? adakah anda sememangnya jodoh saya ? tapi kenapa anda menjauh ? kenapa semua ini jadi ?


Friday, September 27, 2013

Pengancam Perkahwinan

Semalam , lepas maghrib terus siap siap keluar mencari ketenangan yang pada hakikatnya , sakit hati yang aku dapat *okay bukan nak cerita pasal tu . sampai je rumah , tengok macam ada cerita best , teruslah layan walaupun dah separuh cerita , bila iklan je tanya mak macam mana permulaan cerita . mak pun cerita laa bla bla bla . 

Drama bertajuk Pengancam Perkahwinan lakonan Kilafairy (Mellisa) , Nadiya Nisaa (Maya) , Intan Ladyana (Ariana) , Sari Yanti , Farish Aziz , Jonathan Putra (Johan) , Hafizul Kamal (Elyas) , Nazrief Nazri . Cerita ni mengisahkan tentang konflik dua sahabat lama iaitu Mellisa dan Ariana . Bermula dari bangku sekolah hingga mereka bertemu semula ketika bekerjaya , kedua-duanya sering bermasam muka .
Foto
























Selepas 15 tahun meninggalkan bangku sekolah , Mellisa bergelar seorang perunding perkahwinan manakala Ariana merupakan seorang perakam perkahwinan (photographer) yang secara tidak sengaja dipertemukan pada majlis pernikahan Maya . Namun kedua-duanya masih terikat dengan konflik yang sekian lama berlarutan .

Oleh kerana perasaan terbuku yang tak terlerai , mereka merancang untuk sabotaj kerja masing masing tanpa menyedari mereka telah merisikokan pengantin dan perkahwinan itu sendiri . Apabila pasangan pengantin membuat keputusan untuk membatalkan majlis , Mellisa dan Ariana mula sedar akan kesalahan mereka dan berusaha untuk menyatukan kembali kedua pasangan itu .
Aku suka part last cerita ni bila band yang Mellisa tempah cancel last minute , pastu Ariana take over , panggil kawan sekolah diorang . Then diorang buat persembahan khas untuk pengantin . Alhamdulillah pengantin suka sangat , lagu feveret Maya tu !

kesimpulannya , aku nak share , Maya sangat beruntung dapat dua orang kawan baik macam Mellisa dengan Ariana . Sanggup bersusah payah demi merialisasikan perkahwinan dia . Superb terharu . Alangkah indahnya kalau aku punya kawan baik macam mereka berdua ni . hhmm .

sumber & gambar dari pakcik google

Birthday Yang Something

Jumaat lepas , *baru aku perasan , aku ni suka update cerita minggu lepas kan ? sambut birthday seorang kawan yang perasan kacak , Hasif . Hasif ni dah invite me dengan Ainul sehari sebelum , tapi me dengan Ainul macam takde kekuatan nak join . Puas jugak berbincang , mintak pendapat dari dua tiga orang , sebab ada "something" kat majlis tu *majlis lah sangat* . Last last kami decide pergi jugak , sebab Hasif dah beria sangat nak kitorang datang .

Majlis diadakan di Green House Thai Restaurant , majlis simple , just makan makan , meraikan birthday boy si baju hijau tu haa . tak ramai pun , tapi dia nak jugak me dengan Ainul datang . Me ni jenis pantang dipelawa makan , memang laju je la . makan free ! sape taknak woiii !
korang nampak tak ape yang something dalam gambar ni ? haha . biar me dengan Ainul je yang tahu .

Me memang jenis banyak mulut , tapi akan diam ketika makan . memang meriah majlis kalau me ada . tapi kalau dengan orang yang tak kenal , me akan jadi super pendiam . dan orang yang tak kenal me , akan cakap me ni sombong . tapi bila dah kenal , nah kau , kejang otot pipi kau ! haha !
lepas makan makan , me ajak Hasif dengan kawan dia , Syawal lepak kat pantai . Syawal ni first time datang Mersing , so dia nak laa tengok Mersing ni . tapi dah malam , pantai pun tak nampak Syawal oiii . Tapi masa lepak tu , hasif sibuk bergayut , kesian kawan dia duduk diam je . Me taktau nak borak apa dengan dia . So , me dengan Ainul menjalankan sesi suai kenal & pertanyaan . kesian Syawal !
Syawal ni pendiam orangnya , tapi boleh di bawak bergurau . hehe . Biasalah first time jumpa kan , lepas ni kalau jumpa mesti leh layan kepala . 
Okay , mak cakap Syawal ni handsome . Syawal , sila kembang . Hasif , sorry , Syawal dah potong line kau . lalalalalala~
okayy ni gambar me dengan Ainul . nak jugak tumpang bergambar guna handphone mahal si Hasif ni . nipis sangat , takut nak pegang !

To Hasif , Happy Birthday Beb , Thanks Beria Ajak Aku Memeriahkan Majlis Kau . Lain Kali Ajak lagi , Ouhh , Birthday Aku Minggu Depan Jangan Buat Buat Lupa Pulak Ye . Sekian , Terima Kasih .

Thursday, September 26, 2013

spontaneous thursday #84

Janggut Lelaki Mengandungi hormon Testosteron Yang Amat Diperlukan Bagi Kesuburan Wanita . 

Simpan Janggut Itu Sunnah .

Tuesday, September 24, 2013

Two Weeks Have a "Sea Bath" .

Selamat Siang Semua ! hari ni ada meeting , so takde kerja laa . sebab meeting je kan . so mood menulis semakin mecanak canak sekarang ni . hehe . semalam busy giler babas sampai tak sempat nak ngadap pesbuk , plus tak bawak hardisk .

So , harini memang target lepas meeting nak update update dan update blog je . jengjeng ! mood rajin sudah mari , hope jangan ada yang potong mood !

Sebagai lifestyle blogger , haruslah cerita aku berkisar tentang kehidupan aku . sejak dua menjak ni , aku mempunyai hobi baru bersama geng baru . apakah ? tadaaaaa ! mandi laut lah ! nama pun duduk kat Mersing kan , haruslah banyak pantai dan laut . so jom laa manfaatkannya ! jom laa tengok gambar eh , korang kan memang lagi suka tengok gambar daripada membaca . ye dak ? 

Ahad minggu lepas , kami bermandi manda di Pantai Pasir Lanun , perjalanan mengambil masa selama setengah jam . Dari rumah memang dah prepare pakai baju mandi , sampai sana tinggal nak terjun je . so sampai sampai je kat sana , bentang tikar , susun barang , terus berlari terjun laut ! seronok !
 Sampai kat sana dalam pukul 3 petang , satu jam berendam , baru masing masing nak bergambar . aku lah tukang ke sana ke sini amek camera , simpan balik , yelaa sebab barang berharga semua simpan dalam kereta , semua berenang , takde yang terkecuali , maka takde laa tukang jaga barang .
 posing ala ala ikan duyung , perasan sangat lah kau dek non ! haha ! apa apa pun sangat seronok mandi manda bersama geng gugurls ni . ketawa , baling baling pasir laut , terpijak  batu , nak ngorat mamat kacak yang dah ade awek , sakit hati dengan orang tua tak sedar diri curi curi amek gambar kami !
 Dah pukul 4.30 baru laa masing masing kelaparan , ape lagi , makan dulu laa . makan sekali je . sebab lepas ni nak balik dah . so , takkan ade sesi ulang tayang menjamu selera . makan kenyang kenyang ! kitorang bawak menu simple je , mihun goreng , keropok lekor , satar , kerepek kerepek serta jajan . *macam banyak laa pulak
 pabila perut dah kenyang , agak agak makanan dah turun , terjun laa kami ke dalam laut ! meneruskan aktiviti "SEA BATH" yang dah lama kami tinggalkan . seingat aku , last mandi awal tahun kot . 
berposing sakan , menjerit , ketawa , hilang semua masalah dalam kepala otak . release sangat ! terima kasih kengkawan !
Gambar yang di hapdate dalam instag & pesbuk . yang berjaya mengundang jeles kepada mereka mereka yang dah lama tak mandi laut . time ni laa pakcik tu kantoi snap pic kitorang ! siap ade flash lagi kau !

Dan pada ahad yang lepas , masih melepaskan gian *padahal baru je minggu lepas mandi , sambung mandi laut dekat Air Papan pulak . biasanya orang mersing takkan mandi dekat air papan ni , sebab tahu laut dia lain macam sikit (dah banyak telan orang) , tapi sebab keinginan tu melampau lampau , kami layankan jugak , tak lama pun , sejam setengah je mandi . pastu balik ! 
Tengok baju aku sama kan ? Okayy baju ni akan menjadi suit rasmi aku untuk mandi manda sebab baju dia labuh . *dah lama tak shopping baju . sobsob .

Lepas ni taknak dah mandi dekat Air Papan ni . Sebab ombak dia sangat kuat , pastu pasir dia jenis berbatu . berdarah kaki ku ! Last mandi kat sini , masa family belah abah rajin berkelah , zaman sekolah rendah tuuuu . lama sehhh !

p/s : korang selalu take a sea bath kat mane ? jom laa datang mersing , aku bawak tempat best !