Friday, June 28, 2013

Mungkin Aku Yang terakhir

Jumaat - 21 JUN 2013

Today Is The Day , Kak Cik kami telah selamat menjadi isteri kepada Abang Harris . Alhamdulillah .
Hari yang kami nantikan telah tiba , hari itu juga , semua air mata mengalir , tanda kegembiraan , tanda kesedihan atas perpisahan yang bakal berlaku tak lama lagi .
Kami sentiasa berempat sejak kecil lagi . umur kami tak jauh beza . Kak Cik & Ninie sebagai kakak . Aku & Nana sebagai adik . kami selalu bersama . segala masalah dikongsi & diseledaikan bersama . Dengan perkahwinan ini , kami tidak akan bersama lagi . Kak Cik yg pertama meninggalkan kami . kami hanya tinggal bertiga , dan tak lama lagi akan berdua .
 Antara empat orang ni , mungkin aku yang last sekali . Lepas ni , kami akan meniti kehidupan masing masing . Tiada lagi gelak tawa sampai satu pagi di depan rumah dan mak mak keluar bawakkan ubat nyamuk . takde dah saat indah tu !
 Sabtu - 22 JUN 2013

Majlis Persandingan Kak Cik & Harris .
Dan kami yg single single ni , bergaya sakan la ! tetap taknak kalah !
 Sebagai gadis yang paling cantik kat Jalan Puding tu , aku ditugaskan untuk menjadi pengapit kak cik . ehem ehem.. pengapit ok . padah jadi pengapit je aku ni , tah bila laa nak lekat jadi pengantin ! Kami gadis JOHO , bila dah jadi gadis JOHO , haruslah ade tol . meriah bila ada tol ni . hikhik . Aku suka jadi tol yang kedua last . masa tu , memang boleh pau banyak ! kalau tak bagi , kami tak bagi lepas ! so para lelaki di luar sana , sediakan tol banyak banyak ok !
 Selamat Pengantin Baru Kak Cik & Harris . Semoga Kekal Hingga Ke Hujung Nyawa . Abg Harris , Jaga Kak Cik Elok2 . Cepat Cepat Buat Baby Ye...Nak Tambah Koleksi Anak . Hikhik .
Perkara wajib yang aku buat bila ada wedding , tak kira kat mana atau wedding siapa adalah :
 Melalak ! hahahah ! pantang nampak ! mesti nak menyumbang ! best sangat ! bab kata orang Jalan Puding , aku ni Ella Mersing . Ella laa sangat !
Meet Warga Jalan Puding , Tudung Merah Tu My Mom Laa kan..hihi ! Sayang Semua Kecuali Yang tuuu !

Outfit On That Day : 
Shawl by DarwisyDamia
Dress by Jakel

 Thank You Buat Semua Yang Membuatkan Hariku Bertambah Bahagia & Gemok Dengan Jayanya .
I LOVE MY SELF DAMN MUCH !


Thursday, June 27, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Bukan Di Sini Rezeki Aku

Salam Selasa .

Semalam Bercuti . Merehatkan Diri .

Ahad , Menghadirkan diri ke Pemilihan Akhir Perajurit Muda Angkatan Tentera Darat Malaysia .

Pergi dengan penuh semangat dan harapan dari keluarga dan orang terdekat serta rakan rakan .

Sesi Pertama : Dokumen = LEPAS !

Sesi Kedua : 
Laporan X-RAY = LEPAS !
Air Kencing = LEPAS !
Tekanan Darah & Jantung = LEPAS (walaupun hampir tak lepas sebab jantung terlalu laju)
Mata = LEPAS !
GIGI = LEPAS (walaupun berlapis)
Ujian Fizikal Pertama = LEPAS !
Fizikal Badan = LEPAS
Kaki = TAK LEPAS (dan doktor mengesahkan aku GAGAL!)

Doktor kata , aku "Flat Foot" , tak boleh diri lama . sebab tu aku gagal . aku terima dengan hati yang terbuka . ada yang ingin membantu , tapi doktor yang sahkan , maka aku akur . Mungkin rezeki aku bukan di sini .

Maka , aku pulang dengan perasaan yang hampa . sebak dalam hati . terbayang wajah mak yang penuh dengan harapan . terngiang kata kata semangat dari kakak . semangat kakak . jiran tetangga . Sedih memang sedih . tapi ini bukan titik akhir . masih panjang lagi kehidupan ku...

Aku masih dikira kuat , berjaya mengawal perasaan . air mata hanya bergenang . masih ada mereka yang tidak dapat menerima hakikat , dengan merayu dan menangis di depan pegawai . tapi , mereka tidak dilayan . 

Manusia paling bahagia mendengar berita ini : tentunya Masyam . Dia memang taknak aku jadi minah terap !


Thursday, June 20, 2013

spontaneous thursday #71

Kakak Cakap ;
Mula2 Nana Pergi Sebab Kerja Kat KL .
Lepas Ni Kak Cik Tinggal Aku Sebab Dah Kahwin .
Nanti Kau Pulak Tinggal Aku Sebab Kerja .
Abes Semua Nak Tinggal Aku ,
Aku Nak Kawan Dengan Sape ?

Tuesday, June 18, 2013

Muhasabah Diri

Kadang....
Muhasabah Diri Itu Perlu..
Muhasabah Itu Penting Untuk Kita..

Lewat Ini , Aku Sering Mendengar Orang Keliling Berkata Tentang Aku
Mak Kata , Biarkan Mereka Terus Berkata & Mengata .

Bagi Aku , Sampai Bila Kita Perlu Biarkan Mereka ?
Adakala , Kita Perlu Bersuara .
Mempertahankan Hak Kita .
Membetulkan Apa Yang Tidak .

Terima Kasih Kepada Yang Sudi Mengata .
Sesungguhnya Anda Mengambil Tahu Tentang Saya .
Tapi Saya Tidak Perlu Komen Negatif Dari Anda Semua .
Kerana Saya Masih Ada Keluarga Yang Setia Menjaga Saya .

Pesanan Dari Saya :
Saya Tak Dengar Dengan Telinga Sendiri Takpe .
Jika Berani Marilah Bersemuka .
Katakan Apa Yang Ingin Dikata .
Silap Kata , Buruk Padahnya .

Post Ini Dituju Khas Buat Manusia Kolot Yang Sering Mengata


Thursday, June 13, 2013

spontaneous thursday #70

Sesi Pertama Lepas .

Berdoa Untuk Lepas Sesi Kedua Pula .

Semoga Berjaya Diriku !

Caiyokkkkk !

Saturday, June 8, 2013

Tika Ini....

Tika ini....
Aku memaksa diri untuk ke pejabat....

Tika ini....
Aku cuba untuk membuat diriku tersenyum..

Kerana semalam...
Adalah hari yang sangat sedih bagi diri ini

Kerana semalam...
Aku mengeerti bahawa ada insan yang tidak senang dengan diri ini

Aku memohon kepada mu Ya Allah ,
Tabahkan hati ini , kuatkan diri ini .
Jika diizinkan oleh Mu Ya Allah ,
Aku ingin pergi dari tempat ini...
Jauhhhhhh dari sini
Supaya insan yang membenci diri ini , senang nanti .

Monday, June 3, 2013

Blogger Kini Retiss ?

Happy Monday ! Kini Tiada Lagi Monday Bluesss .

Hari ni blog berwajah baru . sikit je . tak banyak .

sebagai menunaikan janji sempena birthday mr.blog yang keempat , daku hadiahkan header baru !

simple je . dah tua tua ni , malas laa nak berbagai bagai kan .

Lambat sikit lah hadiahnya , sebab tuan blog sibuk sangat sejak jadi retis ni !


Saturday, June 1, 2013

Cara Mudah Mengatasi Kebuncitan

Adakah Kamu , Kamu Dan Kamu Mengalami Masalah Kebuncitan ?

Standard lah tu , same je dengan aku . hihi . TAPI jangan amek mudah je . sebab masalah perut buncit ini adalah permulaan kepada pelbagai jenis penyakit .

So....Jom Kita Cuba TUJUH Cara Mudah Mengatasi Kebuncitan .

1. MINUM AIR MASAK YANG BANYAK
Contohilah aku , ecehhh . aku dengan air masak tak boleh dipisahkan lagi . pergi keje air masak , makan nasi air masak , tengok tv air masak , jogging air masak , memang sentiasa dengan air masak lah ! tapi bunchheytt jugak

2. MAKAN PERLAHAN LAHAN
Yang ni aku memang tak boleh buat laa . mana boleh tahan tengok makanan depan mata . boleh nak makan slow slow , tapi kena berborak . tapi dalam islam , tak elok makan sambil bercakap . nanti syaitan yang masuk , tu yang buatkan kita sentiasa tak kenyang . akan ku cuba memperlahankan cara makan aku

3. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Yang ni pulak taktau laa cara nak bendungnya . kalau dah tiap hari makan luar , lauk dah siap tinggal cedok , bagaimanakah caranya untuk mengurangkan garam ? cuma satu cara , kurangkan makan kat luar , masak sendiri kat rumah , tayah letak garam . letak kicap masin je . huhu . kalau jenis malas masak macam aku ni ?

4. MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Bagi mengatasi masalah kebuncitan ini , makan lah buah buahan & sayur sayuran . Aku memang suka makan sayur , buah pun suka . sayur memang tiap hari makan , buah je laa seminggu sekali . pergi pasar jumaat baru sebok nak beli buah . atleast ade !

5. KESAN PENGAMBILAN UBAT
Kajian mengatakan pengambilan ubat menyebabkan masalah kebuncitan . sebagai contoh , pengambilan Aspirin menyebabkan sembelit . So , jaga lah kesihatan , kurangkan pengambilan ubat . Macam sekarang ni macam2 jenis ubat ade kan . ubat kurus lah , nak gemok lah , nak putih la , nak cantik lah . berbagai !

6. HINDARI SEMBELIT
Lepas makan amalkan lah makan pisang untuk memudahkan pengahadaman . bagi korang yang selalu 'membuang' 3x je seminggu , amalkan lah makan banyak serat . sembelit sangat tak elok untuk perut kita .

7. LAKUKAN SENAMAN ATAU BERSUKAN
Contohilah aku . balik kerja je bersenam . tahu cara aku bersenam ? main kejar kejar dengan bebudak depan rumah sampai berpeluh . atleast tiap hari keluar jugak peluh aku . kalau bestfriend balik , memang bersungguh jogging keliling pantai . sampai nak pitam beb !