Saturday, June 1, 2013

Cara Mudah Mengatasi Kebuncitan

Adakah Kamu , Kamu Dan Kamu Mengalami Masalah Kebuncitan ?

Standard lah tu , same je dengan aku . hihi . TAPI jangan amek mudah je . sebab masalah perut buncit ini adalah permulaan kepada pelbagai jenis penyakit .

So....Jom Kita Cuba TUJUH Cara Mudah Mengatasi Kebuncitan .

1. MINUM AIR MASAK YANG BANYAK
Contohilah aku , ecehhh . aku dengan air masak tak boleh dipisahkan lagi . pergi keje air masak , makan nasi air masak , tengok tv air masak , jogging air masak , memang sentiasa dengan air masak lah ! tapi bunchheytt jugak

2. MAKAN PERLAHAN LAHAN
Yang ni aku memang tak boleh buat laa . mana boleh tahan tengok makanan depan mata . boleh nak makan slow slow , tapi kena berborak . tapi dalam islam , tak elok makan sambil bercakap . nanti syaitan yang masuk , tu yang buatkan kita sentiasa tak kenyang . akan ku cuba memperlahankan cara makan aku

3. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Yang ni pulak taktau laa cara nak bendungnya . kalau dah tiap hari makan luar , lauk dah siap tinggal cedok , bagaimanakah caranya untuk mengurangkan garam ? cuma satu cara , kurangkan makan kat luar , masak sendiri kat rumah , tayah letak garam . letak kicap masin je . huhu . kalau jenis malas masak macam aku ni ?

4. MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Bagi mengatasi masalah kebuncitan ini , makan lah buah buahan & sayur sayuran . Aku memang suka makan sayur , buah pun suka . sayur memang tiap hari makan , buah je laa seminggu sekali . pergi pasar jumaat baru sebok nak beli buah . atleast ade !

5. KESAN PENGAMBILAN UBAT
Kajian mengatakan pengambilan ubat menyebabkan masalah kebuncitan . sebagai contoh , pengambilan Aspirin menyebabkan sembelit . So , jaga lah kesihatan , kurangkan pengambilan ubat . Macam sekarang ni macam2 jenis ubat ade kan . ubat kurus lah , nak gemok lah , nak putih la , nak cantik lah . berbagai !

6. HINDARI SEMBELIT
Lepas makan amalkan lah makan pisang untuk memudahkan pengahadaman . bagi korang yang selalu 'membuang' 3x je seminggu , amalkan lah makan banyak serat . sembelit sangat tak elok untuk perut kita .

7. LAKUKAN SENAMAN ATAU BERSUKAN
Contohilah aku . balik kerja je bersenam . tahu cara aku bersenam ? main kejar kejar dengan bebudak depan rumah sampai berpeluh . atleast tiap hari keluar jugak peluh aku . kalau bestfriend balik , memang bersungguh jogging keliling pantai . sampai nak pitam beb !

No comments: