Tuesday, January 22, 2013

Minyak Pati Bahayakan Jantung

Aroma terapi mungkin membawa kebaikan dalam tempoh singkat , tetapi sebenarnya membahayakan kepada jantung jika ia diteruskan untuk tempoh yang panjang .
Kajian yang dijalankan terhadap 100 orang pekerja spa yang duduk di dalam bilik yang dilengkapi aroma terapi di Taiwan mendapati tahap tekanan darah dan kadar jantung peserta mereka meningkat secara mendadak dalam tempoh dua jam .
Penemuan tersebut menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan kepada minyak pati berbahaya kepada kesihatan terutamanya jantung .
Bagaimanapun , kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan keputusan tersebut .
Sumber : KOSMO!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 21, 2013

Azam Berhenti Merokok Meningkat

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kumpulan Advokasi di Amerika Syarikat mendapati hampir 34% penduduk di negara itu berniat untuk berhenti merokok pada tahin 2013 .
Jumlah peratusan itu meningkat berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan 18% .
Dalam pada itu , rata-rata perokok mengakui mereka mahu berhenti merokok kerana kos rokok semakin meningkat selain tabiat itu membahayakan kesihatan . Malah , tabiat merokok mendedahkan seseorang itu kepada risiko penyakit jantung , angin ahmar , kanser paru-paru dan kematian .
Sehubungan itu , kebanyakkan perokok merancang untuk berhenti tabiat itu buat selama-lamanya .
Sumber : KOSMO!
so , kepada kekasih kekasih hatiku . aku setia menanti detik kamu kamu berhenti merokok . Hhhmmm .
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, January 20, 2013

Aku Sedang ...........................

Dilamun Cinta ! ya , itu kata paling tepat untuk diri aku saat ini .
 Setelah berpisah dengan Masyam , agak lama hati ini tidak terbuka dengan ikhlas untuk siapa siapa .
 Tapi kini , ada yang berjaya membuka , dan gelagat aku , seperti anak muda yang baru mengenal erti cinta .
Betapa indahnya dilamun cinta , aku merindui zaman bercinta . Oh indahnya !

To Temok : ILOVEYOUSOMUCH !


Saturday, January 19, 2013

Nah Nak Lambung !

Entry Terperap lagi . 29 Disember 2012 , mak paksa masuk pertandingan gubahan . kalau dah nama terpaksa , main buat je laa . dengan tak berlatihnye . lantak , janji masuk . mak cakap , cukup sekadar meramaikan peserta . okayy -_-"
mak memang jaguh , pergi mana mana . no 1 , 2 , 3 mesti dalam tangan . 

Selain pertandingan gubahan , ada juga pertandingan masakan asam pedas . geng mak masuk sampai dua group . 
 Ni Mak Ani , berdua dengan cucu dia .
 Ni Kak Ema dengan Cik Gee Kecik :)
 ni pula , yana popeye si chantique yang sentiasa menjadi perhatian *perasan
 Pertandingan bermula , main tibai je lipat !
 mak macam biasa , steady je ....
masa satu jam , 15 minit aku dah siap , pastu tatau nak buat ape . HAHA
 geng memasak tengah sibuk memasak . bau tumis mencanak canak masuk hidung aku .
 muka double serius ye :)
 mak rimas , adik dok snap je gambar dia . HAHA
nah , hasil kerja mak yang super kemas 
 dan ni , hasil kerja aku yang super selekeh . nampak sangat tak ikhlas masuk pertandingan ni .
 yang makcik sebelah aku tu , dia dapat no 3 . mak dapat no 2 . no 1 menang sebab ade logo 1 Malaysia *makcik aku cakap laaa
 Pengadil pertandingan masakan .
 hasil kerja Mak Ani dengan Pa'a (cucu dia)
ada jugak ujian darah . 
 mak aku gedix pergi cek gula lepas minum air sirap , nah kau melambung !
 Last sekali , penyampaian hadiah . bersama Isteri Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia .

Tahniah kepada semua pemenang , yang penting , nak highlight kat sini . masa aku naik amek hadiah saguhati , antara dialog pengacara majlis : "anak muda yang begitu minat dalam bidang gubahan ini , sering menyertai pertandingan bersama ibunya" . nahhh jemmm -_-" HAHA !


Friday, January 18, 2013

Again , wedding ~

Entry terperap tahun lepas . 30 Disember 2012 . Menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Officemate . Gerak dari Mersing jam 10.30 pagi , super excited , sebab takut tak jumpa cari rumah pengantin . Bila dah sampai sana , laa senang je . belum pukul 12 kami dah sampai . tunggu pengantin pukul 1.30 . ape lagi , kebosanan la kami , nak menyanyi , ni tempat orang . segan laa wehh . Tapi pengantin suruh layan karok dulu . HEHE
 nah kau , memang terserlah laa dia punya gemok . bak kata Maziz , nak terkeluar pipi kau haa .
muka mak dengan abang menanti pengantin . budak perempuan ni , ahli keluarga pengantin . sangat berminat dengan adik aku yg berdua tu . hehe .
 Yeayy , pengantin dah sampai . cantik sangat bini Zul ! macam retis !
 Pengantin datang kami terus nak balik , sebab kami nak balik jalan jauh (padahal sejam je) hee .
 Singgah bandar kota , mak nak shopping manik . kami berposing dulu lah . itu , kakak kesayangan .

Thursday, January 17, 2013

spontaneous thursday #55


Jangan Menanti Pada Yang Tak Sudi,
Jangan Menunggu Pada Yang Tak Mahu .
-UAI-


Tuesday, January 15, 2013

Ya , Saya Anak Kedua ~

Fakta Anak Kedua 


ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia je yang betul.dalam ramai-ramai adik beradik dia je yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak je keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.


totally , 90% betul . dan 90% tu jugak ada dalam diri aku . so kepada anda anda di luar sana , kaji dulu perangai anak no dua ni . baru boleh dekat dengan aku , kalau tak . memang pening laaa . HEEEE :)

Monday, January 14, 2013

Jahitan Manik ~

Entry ini khas untuk aunty Rozitah Abd Razak . 
Sorry aunty , kalau pic ni tak berapa jelas . 
Yana main snap je malam tadi . 
Rasanya dah lama sangat , sian pulak aunty dok tunggu .
1. Jelujur Double
2. Selari
 3. Selari Tiga Layer
4. Single Peyote
5. Manik Timbul
 6. Peyote Tinggal
7. Peyote Kristal
 8. Cendawan
9. Silang Pangkah
 10. Peyote Kristal
11. Peyote kembar
 Rama-rama
 12. Jejari Lipan
13. Loceng


Thursday, January 10, 2013

spontaneous thursday #54


Test Logika

Jikalau betul anda punya IQ yang Baik, sila jawab:

NAIK = KE ATAS
TURUN = KEBAWAH
MAJU = KEDEPAN
MUNDUR = KEBELAKANG
KELUAR = ???

Sape dapat jawab IQ dia memang superb ! kalau takleh jawab , jangan paksa , t jadi GILA ! HAHA


Saturday, January 5, 2013

It's a birthday !

It's a Birthday Time ! Macam biasalah kan , bila new year je , keluarga besar aku akan menyambutnya . opss ! bukan sambut new year , tapi sambut ulangtahun kelahiran makcik aku .... Tarikh lahir 1 Januari 19__ ? RAHASIA . yang penting , bertambah setahun :)

Bila dah pergi sambut birthday , mesti lah ada hadiahnya . kali ni hadiah kami so simple tapi bermakna . boring lah tiap tahun bagi benda yang sama kan ?
 Ikan Kelisa dari Syahid :)
 nice bungkusannya , siap ada lukisan .
 Yang ni , aku sendiri tak tahu apa isi dalam . balik kerja tengok memang dah siap bungkus .
 Bila makan besar dengan family , aku memang laa nak jadi paling hot . cehh hot ke ?
 kek ni terbang khas dari senawang , jauh tu !
 menu utama , chicken chop untuk kanak kanak . mak dan bapak makan nasi berlauk laa . aku makan dua pinggan chicken chop ! nampak tak kuat makan kat situ
 bacaan doa sebagai permulaan majlis .
tengok budak banyak mulut tu , belum suruh makan , dia dah sumbat dalam mulut dulu .
 Inilah birthday girl ! girl ke ? hehe . Happy Birthday Acik !
Atok & Nenek Kesayangan ! 

makan time ! nampak tak kanak kanak semua makan chicken chop !
Atok steady , minum air masak je . kaki tu tunggu masa nak kena potong . jangan minum manis manis !
Sesi memberi hadiah . nampak muka bahagia acik
ni budak paling kepoh , bocor semua rahsia hadiah sebab mulut dia
banyak hadiah...kalah aku yg muda ni !
muka gembira dapat tudung leopard ! danial cakap tudung rm5 ! HAHA !

saat saat macam ni laa yang membuatkan daku sangat bahagia . membuatkan daku berfikir , tanpa mereka , daku masih ada keluarga yang sayang akan daku . birthday selepas ni , birthday syahid !