Friday, February 19, 2016

Kerja Antara Punca Aku Gemok ?

ya , itu adalah salah satu faktor kenapa aku gemok . sebab kerja aku memang kena duduk dan mengadap komputer . takde keluar peluh . cuma pening kepala melampau sebab hari hari nak susun gambar , kaji gambar . aaa pening . 

kurang peluh , kurang excercise . pastu kejap kejap orang ni ajak makan , kejap kejap orang tu ajak makan . nak tolak serba salah . yelah , kita kena layan customer dengan sebaiknya . bos pesan , kalau orang ajak makan , pergi jee . jangan tolak . tapi kalau dah selalu sangat , tak larat oiii . sebab tu sekarang aku kurangkan makan . malam dah tak makan dah . simpan perut .


ni gambar masa lunch dengan CEO . masa ni ada meeting company , so lunch together . CEO aku paling pantang kalau orang ajak makan , tapi dia tak join . dia cukup tak suka . jadi moh ler kita makan beramai ramai .


Yang ni pulak masa farewell Jurutera Jalan JKR . alhamdulillah , perut kenyang suka hati . lepas ni nak kena mula buat excercise balik . sebab aku perasan , aku dah start malas semula . buat kerja sikit nak baring . its not good okay . 

apa exercise ringkas yang korang selalu buat kat rumah ? jom lah share .


Thursday, February 18, 2016

Gambar Wedding Mazdira dari Photographer

Rasanya lepas dua bulan wedding Maz, dia dapat gambar dari photographer . pastu dia send kat kitorang . gedik laa manusia manusia ni dapat gamabr cun melecun . jadi aku tepej je gambar gambar ni dalam blog . sebab aku suka feeling bila baca blog sendiri . pastu senyum senyum , biasalah blog picisan mana ada orang nak baca . teknik menulis pun tunggang langgang .





iklan gigi sangat , saya suka saya suka . lipstick merah buatkan gigi anda nampak putih bersih ,. tapi baju jubah tweet ni buatkan anda nampak gemok . kami semua kelihatan gemok pada majlis ini . sekian . 










terima kasih photographer . cantik cantik semuanya . 


Celebrate Birthday Makcik

Setiap kali tiba tahun baru , keluarga aku akan makan besar . bukan meraikan tahun baru , tapi meraikan birthday makcik kesayangan kitorang . adik abah ada dua orang tak kawen , dua dua duduk rumah atok . jaga atok dengan nenek . yang sorang birthdaynya 1 Januari , yang sorang lagi birthdaynya 2 Februari . senang sangat nak ingat birthday diorang . so tahun ni kitorang celebrate kat kedai biasa . senang aku order siap siap . sampai je terus makan .

Booking table pukul8.30 , tapi biasalah atok kena tunggu lepas Isyak . yang kitorang bujang bujang ni keluar dulu pegi amek kek lah , booking karoke la , setting meja lah . tapi sebelum keluar tu kitorang posing dulu . tahun ni mood nak menggedik lebih , siap beli belon , sepahkan rumah atok dengan belon . pastu amek gambar . 


inilah birthday girl nya . paling kamcing dengan aku nii . hehe satu kepala memang ngam ahh . 


mak pun tak ketinggalan nak posing dengan birthday girl eh .



cousin aka driver untuk uruskan sana sini untuk majlis ni . yang bertelekung tu makcik yang birthdaynya bulan Februari . dia bawak atok , so dia gerak lambat , tapi still nak join kitorang posing .


cousin lelaki yang adoo . yang lain jauh dan pemalu takmo join posing . sangat tak bagus .


time ni dah sampai kedai , tengah tunggu atok dan makcik pakcik yang lain . menu mostly western je . sebab sekali sekala kan . makan nasi nanti gemok , dah malam nii . haha .


bila atok sampai , meh kita posing duluuuu . kesian nenek tak dapat join . kalau nenek sihat & boleh bangun , mesti nenek seronok jugak kan . 


tengok gaya birthday boy & girl pegang pisau . lepastu tengok gaya atok . menarik sangat , hahaha . yang pak long pulak , peace sokmo .

kebetulan semalamnya birthday cousin aku baju putih tu , celebrate sekali lah nampaknya . ada dua kek . snow cheese cake dengan durian crepe . merepek je permintaan makcik aku kali ni. nak durian crepe tu jadi kek . pening kepala tukang buat cake . sudahnye susun je lah durian crepe tu .



lepas semua dah kenyang (errr gambar makanan takde sebab bila makanan sampai , semua simpan phone , eat first) , sesi bagi hadiah . memang gitulah aturcara majlis tiap tahun , sama je . untunglaa anep dapat hadiah jugak . hehe .

lepas selesai je majlis , kami yang muda muda ni (mak mak pun join jugak ) , pergi karaoke . aku lah yang booking bilik . ngehngehngeh . atok tanya , nak pegi mana ? (sebab atok tak suka kitorang berfoya foya) , masing masing laju je jawab , pusing pusing jeee .


nahh tengok , aku beraksi , kaki wajib silang ....baru leh tarik tinggi . haha . mak masuk karaoke for the first time . tapi tak nyanyi , dia bahan tido dalam tu . ishhh mak mak . makcik makcik yang lain semua sakan lah menyanyi .

dua jam jugak lah kitorang melalak dalam tu . sampai tutup karoke tu . maap ye adik adik sekalian . keluar je dari karaoke tu , makcik ajak ngeteh pulak . gini lah kitorang , kalau dah keluar memang payah dah nak balik . 


 cousin kat rumah yang tak join karoke tetiba mesej - atok tanya pukul berapa korang nak balik . masing masing diam , minum minum terus balik .. sampai rumah dalam pukul 1 pagi . nice sangat ye anak anak . pastu atok tanya - karoke kat mane ? dan tiba tiba kami krikk krikk , sape bagitau atokkk!


dan last , tepek sikit muka aku . bab bergambar memang over . sebenarnye ni birthday sape ? dia pulak yang over . hehe.


Wednesday, February 17, 2016

Balik Kampung Mak , Banting .

Entry throwback lagi . ni cerita Cuti Christmas tahun lepas . takde la lama sangat kan . dah lama plan nak bawak mak and adik adik balik kampung . plan asal nak naik bas je , since abah seorang yang tak suka jalan jauh . senang cerita abah sangat susah nak di ajak berjalan . dia lagi rela duduk rumah sorang sorang . and kebetulan pakcik aku which is abang mak pun plan nak balik kampung . maka kitorang konvoi lah dua kereta .

Gerak pukul 7 pagi , sebab nak sampai sebelum tengahari . sebab masa tu musim cuti , and kitorang tau mesti ramai jugak yang dah bergerak balik kampung . Alhamdulillah sampai kat kampung dalam pukul 12 tengahari . Dua kali berhenti . sampai je kampung masing masing dah kelaparan , makcik pulak memang tak masak sebab dia expect kitorang sampai petang . hehe nampak dah anak anak buah dia memang tak sabar nak sampai kampung .

Sebab masing masing lapar , ajak mak pergi beli goreng pisang dulu , buat alas perut . macam biasa lah bawak mak naik moto je . mak dah lama tinggal kampung dia . aku pulak boleh dikatakan selalu balik kampung . sebab dulu aku study kat bangi , weekend ada masa free mesti balik kampung . dannnn bawak mak tengok sekolah lama dia . yang paling kelakar , mak pun lupa jalan jalan kat kampung tu , anak dia pulak yang lagi pro . haha !

tengoklah nama sekolah mak . Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom . dan , Bukit Tadom yang tengah femes tuu , belakang sekolah ni je . sangat dekat dengan rumah makcik . sebab tu aku dah dua kali pergi .

Sebelum balik kampung , aku dah plan dah segala aktiviti . sebab taknak mak ngan adik adik duduk rumah je . kena lah bawak diorang jalan jalan . lagipun hari cuti . cousin cousin semua cuti jugak . so boleh la layan aktiviti kitorang .

Esoknya Jumaat , lepas sembahyang jumaat tu hujan lebat . so rehat rehat je dulu kat rumah . lepas asar siap siap nak ke Pantai Morib . sebab lepas tu nak bergerak ke tanjung Sepat , rumah abang mak , aku dah request suruh diorang buat makan makan . nampak tak , untung jadi orang jauh , mintak apa je semua dapat . bahagia hidup dan terhapuslah semua diet diet aku .



dua dua yang pakai spec tu cousin aku . anak diorang berderet tapi muka maintain macam sebaya aku je . mak pun sama . tak pasal pasal aku yang nampak tua . choii sangat . lepas dah jalan jalan kat Morib tu , dah nak dekat maghrib , kitorang terus gerak ke Tanjung Sepat . sampai je kat sana , cousin cousin yang lain dah sampai . lepas solat , terus makan . memang datang semata mata nak makan kan , hehe . tersenyum bahagia perut aku .




dan ini Khyla , anak buah yang bakal mengikut perangai aku , bab melawa , no 1 . gedik pun no satu . kita geng Khayla . yess ada geng ! dan terima kasih cousin cousin ku yang gagah perkasa bakar ayam dengan ikan . terima kasih makcik ku si tukang masak , sedap sangat semua lauk .

Esoknya , jumpa cinta hati pulak . terima kasih cinta hati bangun pagi redah jam datang rumah makcik sebab nak bawak bakal mak mertua dan adik adik ipar jalan . terima kasih jugak belanje wayang , belanje makan . jangan mintak claim pulak nanti , okayy !







takde bawak pegi mana pun . jalan jalan area Putrajaya je . tunjuk kat mak tempat yang aku selalu lepak kalau datang Putrajaya . Alhamdulillah , mak dengan adik adik happy . tenkiu kesayangan ,

Malam tu , paksa cousin bawak pergi makan Monster Burger pulak , sangat sedap . terima kasih abangku . dah tak ngences dah lepas ni . sebab selalu cousin aku ni post gambar burger burger ni . mengalir saliva sehingga ke lutut . kahkahkah !


Dan esoknya , Ahad . pergi ke Majlis perkahwinan sahabat sorang ni hah .. dulu masa aku study , dia selalu bawak aku jalan jalan . sekarang dah kawen , aku paksa cousin cousin lah pulak bawak aku jenjalan . apedehal . aku kan cousin kesayangan . ecececehh .


 So far , balik kampung kali ni happy sebab full dengan aktiviti walaupun hari hari terakhir tu ada rasa sentap menusuk di dada . biasa lah , manusia yang punya hati dan perasaan . mak , lepas ni kita balik kampung naik bas ehh . lagi syok , ade feeeeeellll balik kampung ooooo balik kampunggg .

Tuesday, February 16, 2016

FAYENS's First Party

Entry ini mengandungi 23 gambar . memang saje nak tepek semua gambar dalam blog . apa apa jadi senang , tengok kat blog je .


Alkisahnya , kitorang ada team gugurls yang diberi nama FAYENS , stand for....


. Faiszah . Ainul . Yana . Eyka . Nabihah . Suhaila .


asalnya kitorang just nak buat makan makan je , melepak kat mana mana , bawak makanan masing masing , makan sambil bergalak , posing paling penting . tapi memandangkan cuaca tak menentu , risau hujan , angin dan sebagainya , maka kita tukar plan , buat mini picnic , kat satu tempat rahsia . kena rahsiakan , bahaya sangat tempat ni .






Antara menu yang kitorang bawak - Piza Roti , Kek Coklat , Fruit Salad Macaroni , Kek Batik & Jajan . sangat enjoy out night together . bukan senang nak kumpul enam ketul ni . masing masing ada komitmen . yang mana kerja jauh , study jauh , busy melayan scandal , boyfriend , ehh macam macam lah .






Senang cerita , kalau kitorang lepak , selalunya memang takkan complete 6 orang . so bila dapat kumpul enam orang , memang sakan plan itu ini . semua ni single lagi okayy . tapi ada yang dah berpakwe , tapi masih belum di booking lagi . semua orang takde cincin emas lagi laa senang cerita . haha !




Memang saje letak tema untuk baju , tema nya biru kuning , tapi boleh pulak lima ketul bertudung kuning , dah pejah rasa sedih sebab dia sorang ganjil . huhu , takpelah pejah , yang penting kita semua together .





Enam ketul ni kalau bab bergambar , memang tak perlu ajak . angkat je camera , laju jee muka mengikut . dah macam robot dah aku tengok , mana camera pegi , kita ikut . haha !




terima kasih Biha sebab bawak adik , tak pasal pasal jadi photographer kitorang . upahnya , makan kenyang kenyang ye dik .



Aku harap , sampai bila bila lah korang semua takleh cam mana port kitorang niii . memang bahaya tempat ni , kalau kantoi ni , kena bahan enam belas tahun wehhh ! haha .

Okayy tu je nak cerita , harap harap hujung tahun ni , akan ada second party ye FAYENS . aku macma dah ade idea dalam kepala hotak nih . jengjengjeng !