Wednesday, February 17, 2016

Balik Kampung Mak , Banting .

Entry throwback lagi . ni cerita Cuti Christmas tahun lepas . takde la lama sangat kan . dah lama plan nak bawak mak and adik adik balik kampung . plan asal nak naik bas je , since abah seorang yang tak suka jalan jauh . senang cerita abah sangat susah nak di ajak berjalan . dia lagi rela duduk rumah sorang sorang . and kebetulan pakcik aku which is abang mak pun plan nak balik kampung . maka kitorang konvoi lah dua kereta .

Gerak pukul 7 pagi , sebab nak sampai sebelum tengahari . sebab masa tu musim cuti , and kitorang tau mesti ramai jugak yang dah bergerak balik kampung . Alhamdulillah sampai kat kampung dalam pukul 12 tengahari . Dua kali berhenti . sampai je kampung masing masing dah kelaparan , makcik pulak memang tak masak sebab dia expect kitorang sampai petang . hehe nampak dah anak anak buah dia memang tak sabar nak sampai kampung .

Sebab masing masing lapar , ajak mak pergi beli goreng pisang dulu , buat alas perut . macam biasa lah bawak mak naik moto je . mak dah lama tinggal kampung dia . aku pulak boleh dikatakan selalu balik kampung . sebab dulu aku study kat bangi , weekend ada masa free mesti balik kampung . dannnn bawak mak tengok sekolah lama dia . yang paling kelakar , mak pun lupa jalan jalan kat kampung tu , anak dia pulak yang lagi pro . haha !

tengoklah nama sekolah mak . Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom . dan , Bukit Tadom yang tengah femes tuu , belakang sekolah ni je . sangat dekat dengan rumah makcik . sebab tu aku dah dua kali pergi .

Sebelum balik kampung , aku dah plan dah segala aktiviti . sebab taknak mak ngan adik adik duduk rumah je . kena lah bawak diorang jalan jalan . lagipun hari cuti . cousin cousin semua cuti jugak . so boleh la layan aktiviti kitorang .

Esoknya Jumaat , lepas sembahyang jumaat tu hujan lebat . so rehat rehat je dulu kat rumah . lepas asar siap siap nak ke Pantai Morib . sebab lepas tu nak bergerak ke tanjung Sepat , rumah abang mak , aku dah request suruh diorang buat makan makan . nampak tak , untung jadi orang jauh , mintak apa je semua dapat . bahagia hidup dan terhapuslah semua diet diet aku .



dua dua yang pakai spec tu cousin aku . anak diorang berderet tapi muka maintain macam sebaya aku je . mak pun sama . tak pasal pasal aku yang nampak tua . choii sangat . lepas dah jalan jalan kat Morib tu , dah nak dekat maghrib , kitorang terus gerak ke Tanjung Sepat . sampai je kat sana , cousin cousin yang lain dah sampai . lepas solat , terus makan . memang datang semata mata nak makan kan , hehe . tersenyum bahagia perut aku .




dan ini Khyla , anak buah yang bakal mengikut perangai aku , bab melawa , no 1 . gedik pun no satu . kita geng Khayla . yess ada geng ! dan terima kasih cousin cousin ku yang gagah perkasa bakar ayam dengan ikan . terima kasih makcik ku si tukang masak , sedap sangat semua lauk .

Esoknya , jumpa cinta hati pulak . terima kasih cinta hati bangun pagi redah jam datang rumah makcik sebab nak bawak bakal mak mertua dan adik adik ipar jalan . terima kasih jugak belanje wayang , belanje makan . jangan mintak claim pulak nanti , okayy !







takde bawak pegi mana pun . jalan jalan area Putrajaya je . tunjuk kat mak tempat yang aku selalu lepak kalau datang Putrajaya . Alhamdulillah , mak dengan adik adik happy . tenkiu kesayangan ,

Malam tu , paksa cousin bawak pergi makan Monster Burger pulak , sangat sedap . terima kasih abangku . dah tak ngences dah lepas ni . sebab selalu cousin aku ni post gambar burger burger ni . mengalir saliva sehingga ke lutut . kahkahkah !


Dan esoknya , Ahad . pergi ke Majlis perkahwinan sahabat sorang ni hah .. dulu masa aku study , dia selalu bawak aku jalan jalan . sekarang dah kawen , aku paksa cousin cousin lah pulak bawak aku jenjalan . apedehal . aku kan cousin kesayangan . ecececehh .


 So far , balik kampung kali ni happy sebab full dengan aktiviti walaupun hari hari terakhir tu ada rasa sentap menusuk di dada . biasa lah , manusia yang punya hati dan perasaan . mak , lepas ni kita balik kampung naik bas ehh . lagi syok , ade feeeeeellll balik kampung ooooo balik kampunggg .

No comments: