Wednesday, June 29, 2016

Wedding Cousin Perempuan Pertama

Keluarga sebelah abah ramai . sebab adik beradik abah 10 orang , sepupu sepapat pun baru dua orang yang kawen . Alkisahnya ini adalah wedding cucu atok yang no 10 , tapi cucu perempuan pertama yang kawen , dia langkah bendul sepupu sepupu perempuan dia , termasuklah aku . nampak sangat kakak kakak tak laku kan . hehe . bila wedding cucu perempuan , haruslah meriah dan semua excited ! sebelum tu nak cakap , entry ni penuh dengan gambar ye .. kami ke Perak selama 5 hari termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik .

Kitorang bergerak ke Perak pada petang Khamis 26 Mei , lepas balik kerja , berlari aku bersiap , sebab nak berkumpul kat rumah atok . bas tunggu kat rumah atok , kitorang sewa bas kecik je , bas yang ada 25 seat .4 family yang pergi , tapi last minit ada yang cancel , so dalam bas tu ada 18 orang je . nenek ada seat khas kat belakang . Mak dengan Bibik la yang tengok nenek sepanjang perjalanan . Alhamdulillah nenek selesa , takde ngadu penat pun . 


Perjalanan dari Mersing ke Perak ni makan masa selama 10 jam . yelah , bawak Atok kan , mestilah banyak berhenti , kejap kejap nak ke toilet , campur sesat lagi , sesat sikit je masa dah masuk Perak tu .. tak jumpa cari simpang nak ke Sri Iskandar . masing masing dah penat kan . Janji semua selamat sampai . paling best dapat bawak nenek jalan jauh .  Alhamdulillah .

Jumaat 27 Mei , sampai la kitorang kat rumah pengantin , lepak dulu kat rumah pengantin , tunggu siang baru boleh Check-in Homestay . Rupanya makcik aku , si mak pengantin dah siap masak nasi lemak . memang terbaiklah , perut memang kebulur , lepas subuh atok dah suruh masing masing makan . sebenarnya Atok dah tak sabar nak rehat . tapi mane mau nya cucu cucu dia ni makan awal pagi , dekat pukul 8 baru masing masing sebok nak makan . dalam pukul 8.30 camtu slow2 gerak pegi homestay . satu homestay perempuan , satu homestay lelaki . senang asing sebab kaum lelaki ni selalu balik lewat malam kan . Atok duduk kat homestay perempuan , senang nak jaga .

Petang tu lepas Asar majlis nikah . tapi lepas Zohor kitorang dah datang , boleh tolong apa yang patut kan . tolong makan sekali . hehe . debaran kian terasa , sementara tunggu nak nikah , aku sempat buat aiskrim . memang dah janji dengan pengantin , nak buat aiskrim coki coki , bagi kat bebudak masa hari majlis . tak banyak pun buat , 100 batang je . tinggalkan sikit untuk pengantin & tuan rumah .


aku memang suka tengok orang nikah , tapi masa bersalam tu aku mesti lari dulu . tak boleh tengok drama air mata , kang dengan aku sekali terlibat . bahaya . hehe .




Alhamdulillah dengan sekali lafaz , mereka sah menjadi suami isteri . Pakcik aku yang nikahkan . sebak weh Pakcik aku lafazkan akad . aku dok bayang nak ke Abah nikahkan aku nanti . rasa macam tak kot .

lepas selesai semua , sesi bergambar lah . kepada Izhar , time ni laa nak tengok perangai sebenar masing masing . gila gila punya . Alhamdulillah , big family , happy family !


Family aku , hehe sian mak , kecik je terselit kat situ .



Adik beradik Abah , tak cukup ni , lagi tiga takde ..



Sebelum Maghrib masing masing dah gerak balik , malam tu nak datang semula . nak tolong siapkan goodies & buat photobotth . pengantin memang dah awal awal booking aku ngan adik untuk hias photobooth . nasib baik semuanya readymade , tinggal susun je !


tolong adik tulis nama pengantin kat chalkboard tu . tangan ape lah kau ni dik . buat ape semua jadi


taraaaa ... siap dah photobooth . simple je . guna balik pelamin masa bertunang haritu . jimat kan . buat apa nak membazir . guna je apa yang ada .

Sabtu , 28 Mei - tibalah hari majlis . tema keluarga kami , Pink Belacan . kebetulan Makcik aku ada bagi baju kaler tu , yess tak payah beli . pakai je baju tu . bukan orang nak tengok aku pun . sebab wedding ni pakai catering , kami duduk santai santai je . tolong sikit sikit jadi runner untuk goodies , meja pengantin dan sebagainya . yang lelaki duduk berkumpul kat tempat karoke . memang takde orang lain lah yang menyanyi . kami kami je .




Atok pun dah pandai selfie , kau rasa ?


Haaaa ni baru cukup adik beradik Abah . sorang je takde sebab dia tak datang , ade majlis jugak sebelah wife dia .




perempuan kan , memang selfie je lah kerjanya . tengah makan pun nak bergambar . tapi jenis aku , tak reti selfie sorang sorang . haha paling kurang mesti dua . tapi ! kalau tetiba aku post gambar selfie aku sorang , tu maknanya ianya terjadi dan tercantik tanpa sengaja . sebab kebanyakkannya tak menjadi !


Dah petang baru dapat selfie dengan pengantin , busy benor lah pengantin . sampai hilang dah tengkolok Izhar .


Ni pun pengantin jugak tau . Buat sekali majlis sambut menantu . so pengantin tak basi lagi tau . kitorang pun baru ni lah kenal sepupu baru kami ni , dah la nama sama . hehe :)


Dan semestinyalah aku , suka sangat karoke open ni . makin berani . tapi time ni pancit , perut penuh dengan makanan , tak boleh nak tarik tinggi lah oii . jahanam semua . hehe tapi kepuasan itu penting

Ahad , 29 Mei - Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki . time ni masing masing dah plan nak ke Pangkor petang tu . aku dah pernah pergi , so tak galak sangat . yang excitednya makcik aku ngan Abah . diorang tak pernah pergi . so layankan je . lepas bertandang kita balik salin baju pastu jenjalan Pangkor ehh .

Bertandangnya tak jauh , kampung sebelah je pun . dekat sangat . so semua kena pergi ya ... Ohh Atok tak ikut , tak sedap perut katanya .





Family besar kami , ni baru separuh , banyak yang takde ni . meriah kau !


Balik dari majlis bertandang , masing masing balik homestay , siap siap salin baju . ready nak ke Pangkor . sampai kat Lumut dah petang , jalan jem , cuti sekolah kan time tu . makcik dapt tiket pukul 5.30 petang . nak jugak pergi , feri last balik lumut pukul 8 malam . so gagah la masing masing nak berjalan .








7 keping je gambar kat Pangkor . memang berjalan tak pandang tepon pun . family time lagi best . melayan kerenah masing masing . happy sesekali berjalan macam ni .

Isnin , 30 Mei - Cuti sudah habis bro . kena balik Mersing . banyak lagi kerja dan tanggungjawab menanti . Alhamdulillah , kami happy dengan perjalanan kali ni . tunggu next trip pulak . katanya ke Terengganu , betul ke tak tu ? tunggu je lah .

Gambar kenangan kena ada , sebelum balik . Alhamdulillah selamat sampai Mersing jam 10 malam . 12 jam perjalanan . biasalah , banyak kali berhenti . yang penting kami happy dapat bawak nenek jalan jauh . Nenek pun takde mengadu penat , selesa agaknya . Syukur .

Terima kasih sudi membaca..ehh ade ke yang baca ?

mood tengah rajin ni . nak update next entry pulak . jumpa nanti !


Monday, June 13, 2016

Wedding Lesbo Aku , Maka Kini Aku Single

Wehhh kau , biar betul . songsang ke kau ni ? Bawak mengucap lahhhh . tajuk je lebih , biasalah , blogger kan . hehe . Sebenarnya si pengantin perempuan ni memang kawan aku sejak sekolah rendah lagi . dah besar besar ni , kalau bercakap memang takde lapik dah . cakap main lepas je . habis luaran dalaman semua keluar . tapi antara kitorang berdua je lah , takde libatkan orang lain . takde nak screenshot conversation antara kitorang then post kat media sosial . no no no ehhh . perbualan kitorang bukan untuk tatapan umum .

Dayah pindah Segamat lama dah , tak sempat nak sekolah menengah sama sama , so memang bertahun la tak jumpa . mujur ada facebook yang menghubungkan kitorang . dapat la tengok perkembangan masing masing . Alhamdulillah , hubungan makin rapat ..

Hari sabtu tu kitorang gerak dari Mersing ke Segamat pukul 7 pagi . sebab target nak sampai awal , nak tengok Dayah nikah . perjalanan amek masa 3 jam . dah macam nak ke Melaka kauuu , padahal satu negeri je . Alhamdulillah , hasil kecekapan driver kitorang , kitorang sampai tepat tepat time Dayah nak nikah . sempat lagi dok salam peluk peluk dia sebelum dia bertukar status . Actually , kitorang dah cakap dengan Dayah , yang kitorang taknak datang wedding dia . hadiah pun aku dah pos awal awal . dia dah merajuk macam ape dah . Bila kitorang masuk jumpa dia je , dia terus macam nak menjerit . siap cakap - i hate you ! i hate you ! hahaha apa saje untukmu Dayah .


Alhamudulillah , dengan sekali lafaz , Dayah sah menjadi isteri Izzat . dan kini aku keseorangan . sepi . takde dah orang nak melayan aku giler giler macam si dayah ni . takde lah , gurauan berkasih je . before this dayah putus cinta , agak sedih gak lah kisah hidup dia . now Alhamdulillah , dia jumpa jugak orang yang sayangkan dia . Syukur .. satu hari akan tiba masa untuk aku pulak . Insya Allah .

Sebab kitorang takde plan nak ke mana lagi , maka kitorang stay je kat situ sampai Dayah sanding . lepas sanding terus gerak balik lah kita . target nak sampai Mersing sebelum maghrib sebab malam tu final JDT . mana boleh tak tengok kan .


Dayah sediakan photobooth , sementara menunggu , marilah kita conteng apa yang patut . pastu kita posing sakan . banyak lagi gambar , sila lah tengok kat insta . jangan contohi sikap malas aku ni . sebab tu tak ramai pembaca .


Gambar kenangan sebelum melepaskan dia pergi bersama suami tercinta . ayat kemain macam melepaskan kekasih hati . cepatlah bersanding wahai hidayah , kesian nasir keseorangan kat luar . jap jap , muka aku hitam kan ? abaikan je . masa ni aku baru balik dari Tioman . memang hitam melekat muka . Mersing - Tioman tak jauh , jadi bila bila je boleh pergi . sorang sorang pun jadi tau !


 pukul 2 tepat , bersanding lah minah ni . kemain gemok mok mok haa... semoga aku sentiasa kurus (tangan kat bahu , mata juling ) , supaya aku tak nampak gemok bila atas pelamin nanti , haha motifff sangat kan .

Selesai je perempuan ni bersanding , kitorang cecepat pegi makan sebab nak gerak balik dah . rasa macam sayanggg nak balik . tapi kena balik jugak . so , happy wedding dayah & izzat . and i love you so much . ijat ! jaga dayah baik baik , jangan buat dia nanges , kalau tak..... kau tau lah apa nasib kau . haha !

Ok , nak selitkan sekali gambar masa wedding Alang . masa ni memang tak teringat dah wedding Alang ni , tambah pulak pagi tu aku sakit perut . tapi sebab dekat , pastu kitorang pernah menggila bersama , tak elok lah kalau tak pergi kan . pergi kejap dengan baju tak iron , tudung main sambar je . hasilnya aku kelihatan gemok begini . sape kata aku gemok , bontot dia hitam ! okbai !


Happy Wedding jugak Alang . Alang pun pernah lalui kisah cinta yang sedih . Alhamdulillah , dah jumpa cinta sejati sekarang ni . aku harap , aku juga akan begitu satu hari nanti . tak sabar nak jumpa jodoh . haii jodoh ! jaga diri baik baik tauuu . saya tunggu awak .

thanks for reading ! much love !


Saturday, June 4, 2016

Wedding 1 Mei 2016

Dalam blog ni memang banyak entry aku pergi wedding orang kan ? aku memang manusia yang suka attend wedding orang , kalau orang tu jemput .

baru ni , 1 Mei kan cuti , maka banyak lah wedding . tapi aku dapat dua jemputan je . so boleh je datang . tak jauh pun, dalam Mersing jugak . boleh sangat nak lepak lepak kejap pastu ok jom next wedding . hehe .


mula mula attend wedding adik kawan kita ni haa .. dia ada order bantal & hiasan photobooth kat aku . lagipun kita memang kawan baik , geng gosip dari sekolah , so kena lah datang meriahkan majlis . adik dia pun kitorang kenal jugak . Tahniah Fara , semoga kekal hingga ke Jannah yea .


Next , pergi wedding jiran aku  , tapi buat kat hotel . tak dapat lah aku follow rombongan diorang sebab aku ada majlis lain kan . takpe , semalam nya aku dah ikut rombongan nikah . so datang , lepak kejap dan selfie je lah . sebab dah kenyang makan kat rumah first tadi .



SelamaT Pengantin Baru Amin & Zila . dulu kecik main sama sama , pergi sekolah sama sama . cuma pengantin ni je lain , dulu kat sekolah , pantang jumpa mesti nak gadoh je , sudahnye jadi laki bini . hahaa tulaaa jangan benci orang sangat , nanti jadi sayang sangat . tahniah la ye !

Sape tanye aku bila pulak ...bontot dia hitam. hahaha ! 


Friday, June 3, 2016

Business Kecil Kecilan Aku

Rasanya ramai yang tahu aku memang ada buat part time business . boleh tengok fb aku ; Reben Popeye , page pun Reben Popeye jugak . jemput like , singgah dan cuci mata yee .

Main business aku , aku jual segala maknenek kraftangan . tapi paling banyak aku jual bantal la . dah nama whatsapp aku pun Taukey Bantal kan . hehehe . Alhamdulillah , bermula dengan niat nak bagi hadiah kat orang , lama lama jadi sumber pendapatan pulak . syukur . makin hari , makin banyak improvement . dan makin ramai pelanggan .

Bawah ni antara produk yang aku jual . ni masa hari kantin sekolah adik adik aku , diorang nak meniaga barang barang aku , so buat mana yang mampu je lah kan . diorang cakap pun dah last minit time tu .


 ada bantal , sarung kotak tisu , bekas pensel , keychain , penanda buku , bunga dalam pasu .

Bawah ni pulak , mini pillow , RM10 je . promosi hari guru baru baru ni . Alhamdulillah , sambutan sangat menggalakkan . terima kasih kepada semua customer customer ku .


biasanya sebulan sebelum hari guru , aku dah open order siap siap . boleh request nak design macam mana . InsyaAllah semua kita boleh buat , sedaya upaya demi customer tersayang .


Adik aku yang hebat giler melukis pun tak lepaskan peluang untuk berniaga . dia jual lukisan dia lah , ape lagi kan . siap buat live sketch potrait tau . RM5 je masa tu , sebab untuk bebudak sekolah , memang beratur laa masing masing tadah muka nak suruh adik lukis .

Dan......

yang terbaru , aku business aiskrim pulak . Abang angkat aku cakap Aiskrim Hipster . wahh kemain , best jugak nama tu kan . dulu , jiran depan rumah aku yang jual aiskrim malaysia ni , tapi sejak dia pindah JB duduk dengan anak dia , takde orang dah jual aiskrim , aku plak la yang jual , tapi aku mintak izin dia dulu tau . bukan suke suke je aku charas business orang .


 aiskrim coki coki . paling laku keras . sehari 30 batang pun tak cukup . so , sekali buat , seratus batang terus . senang . 


aiskrim sumi jatuh tangga kedua .  aiskrim ribena pulak jadi pilihan bagi bukan penggemar susu macam aku ., hehe .buat tiga jenis ni je , tak payah pening pening . terima kasih jugak pada mak abah & adik adik yang melayan bebudak beli aiskrim time aku takde . hehe . rezeki ini kita kongsi bersama , InsyaAllah berkat , Aminnn :)

korang yang mana nak kawen , nak bertunang , birthday tersayang yang dah nak dekat ke ..meh la order bantal dengan kita . hehe .. belek belek la instagram aku  Rebenpopeye . pandai bodek , kita bagi harga kasih sayang punya . kalau nak lagi pantas , meh whatsapp aku laju laju - 0177949838 .

thank you semua !