Friday, March 25, 2016

Bachelor Party ke?

Baru baru ni lepak dengan kepochi kepochi . asalnya nak lepak sesaja since ade sorang mek tu katanya stress kepala berserabut . so dia ajak kitorang lepak layankan dia . memandangkan malam tu semua free , jadi kita layan je lah mek yang stress tu .


stress kenapa erk ? stress sebab bapak dia suruh dia kawen . siap nak jodohkan dengan orang tu , orang ni . kesian kawan aku niii . makan lah sekenyang kenyangnya ye sayang . dan bergalak lah kami malam tu spent time bersama . since pejah pun ada balik untuk wedding adik dia .


lama jugak tak lepak macam ni . borak hal gugurl . luahan perasaan . sharing isi hati . wahhh best tau . kebetulan pulak time tu datang sorang kawan sekolah kat kedai tu , nak beli kek katanya . dah pregnant rupanya dia . soalan first dia tanya kat kitorang ;

"korang ade apa ni ? bachelor party ehhh ... sape nak kawen ? nape kumpul ramai ramai ni"

okay Nasuha , soalan kau sangat klakar ehh beb . lepas tu dia bleh blurr bila kitorang tanya dia dah berapa bulan . siap boleh pikir kejap . hahaha terkejut kannn , jumpa kengkawan sekolah . alahaiiii rindunya . duduk je sekampung tapi nak jumpa  , punyalah payah .


time ni jugak sempat celebrate birthday mek Ainul tu . belated birthday . sebab masing masing busy . lagipun dah tua , tak payah nak celebrate sangat lah kan . cukup sekadar mengingati & menghargai antara satu sama lain . cewahhh , ayat buku sangat hakak ni .


semua ni single lagi tau . haritu ada someone cakap kat kitorang ;

"geng korang ni , kena ada sorang yang kawen laa . pemecah tradisi . bila sorang kawen , nanti yang lain mesti akan ikut . so korang decide laa . sape yang nak pecahkan tradisi tu"

dan kami pun...krikk krikkk krikkk je mampu

just wait and see siapa pemecah tradisi tu . umur dah masuk 26 tahun ni . perangai masih kanak kanak lagi , cuma pemikiran ada sikit matang . haha . Jodoh akan datang tepat pada masanya . Jodoh jugak akan datang tanpa diduga . Insya Allah , masanya akan tiba . doakan ye . doakan .


Thursday, March 24, 2016

Anak Syurga , Cancer Survivor

Rasanya macam dah lama tak cerita pasal anak syurga ni . Harith Darwish . sekuat namanya , anak syurga yang sangat kuat . Harith atau nama manjanya , Along . Along ni anak kepada kawan baik aku . aku dah anggap macam anak sendiri . dia pun panggil aku Ummi . Alhamdulillah , bijak budaknya .


Minggu depan , Along genap 4 tahun . setahun dah Along menghidap cancer otak . Along kuat , tak pernah mengadu sakit . Along pandai jaga hati mama & babah .  meh aku share sikit in details kisah penyakit Along ni .


Pada awalnya di diagnose menghidap cancer otak Anaplastic Apandymoma(Air dalam kepala) Tahap 4 . dah menjalani dua kali pembedahan . Hasil pembedahan yang ketiga , cancer Along telah berubah menjadi Apandymobblastoma tahap 4 , antara cancer yang susah ditemui . Along juga pernah mengikuti dua sesi chemotheraphy dan juga sesi radiotheraphy , tapi terpaksa berhenti pada sesi yang ke 23 atas sebab cancer yang telah merebak ke bahagian thalamus (pusat otak) , brain stem , saraf tunjang dan di belakang mata . ini juga membuatkan mata sebelah kiri Along tidak boleh melihat dengan jelas .

Sehingga kini , tiada lagi apa apa rawatan hospital untuk Along , Along hanya dibekalkan beberapa ubat ubatan untuk membantu Along mengawal kesakitan . Doktor kata , Along mampu bertahan hanya untuk beberapa minggu sahaja . tapi Ummi tak pernah percaya segala perkiraan doktor . Ummi tau Along kuat , Along dah janji takkan tinggal Mama & Babah . Ummi percaya kata kata Along . Ummi selalu doa Along sentiasa kuat dan diberi kesihatan yang baik dan berterusan .


Perkembangan terkini tentang Along , Along masih terbaring , cuma sekarang dah pandai mengadu sakit , tu pun sebab mama ugut .. Along selalu tahan sakit . ubat ubat semua dah naik dos (morfin 2cc setiap jam) . bengkak kat kepala pun masih sama , sekejap surut , sekejap bengkak . tapiiii , mulut tetap maintain kepoh . itu yang buat mama & babah dia kuat .

Insya Allah , Allah adalah sebaik baik perancang . Mohon kawan kawan doakan kesihatan Harith Darwish @ Along si anak Syurga ini . Kepada yang ingin menyumbang , sumbangan boleh disalurkan ke akaun Babah Along ;

Maybank
155126984127 
Azri Bin Mat Ali

terima kasih untuk semuanya


Wednesday, March 23, 2016

BFF Quality Time

aku memang suka spent time dengan bff . aku rela korban badan penat , demi nak lepak dengan kengkawan . sebab....kengkawan la yang selalu ada time aku susah dan senang . ni kengkawan yang ni tauuu... ada lagi dua tiga orang takde dalam gambar . jangan kecik hati . sebab , korang tau sape korang kat hati aku kan . i love you bestfriend .


ni lepak sempena Syafiq dapat pindah . wahhh seronok eh dapat keluar dari Mersing nii . so sebagai menunaikan janji , Syafiq payung kitorang makan laa malam tu . terima kasih papa ! hahaha

Agenda utama lepak malam tu sebab nak tolong Syafiq setelkan hal berhenti keje dia . maklumlah , pekerja kesayangan , bos pun susah nak bagi lepas . macam macam kitorang plan malam tu demi nak selamatkan Syafiq .

Dalam pada sibuk plan nak selamatkan Syafiq , terkeluar pulak plan nak merayap . kitorang memang dah lama tak jalan sama sama . spent time sehari suntuk , so malam tu jugak plan , esoknya aku amek cuti .

Bergerak lah kami berlima ke JB pagi tu . Ainul tak dapat ikut sebab sakit perut + demam .



Movie , makan , shopping together . bestnya , dah lama tak spent time macam ni . next plan , maybe akan ke Kuantan . and maybe gigirl je lah . sebab nak buat bachelor part untuk Dayah . tunggu !!

sempat jugak lah Solat Maghrib kat Masjid baru ni . sebab lepas Maghrib , sebelum balik tu kitorang nak pergi makan kat kedai sahabat aku . best giler Masjid ni , kat area Dato Onn JB . dah la baru , cantik , besar pulak tu . sempatlah kitorang sesat dalam tu nak cari toilet . toilet pun cantik , rasa nak tido je dalam tu .

Dinner time kat kedai kawan aku . boleh tengok entry The Morso sebelum ni . kat entry tu aku dah cerita betapa best nye makanan kat kedai kawan aku tu . ahhhh ngences aku kalau teringat semua menu menu dia ! malam tu kitorang sampai mersing pukul 12 malam . dah laa siang tu dok layan cite Munafik . masing masing dilarang tidur , kena teman driver sebab driver kami penakut !

apa apa pun , 10 bintang untuk Filem Munafik , dan 100 bintang untuk ikatan persahabatan ini . yeahh !

Tuesday, March 22, 2016

The Morso , Johor Bahru .

wahhh , dengar nama pun macam gah gitu . The Morso ni kedai kawan aku . kawan dari zaman sekolah , masa study pun rajin lepak sama sama . ahhh tetiba rindu nak beratur tunggu turn karoke kat Wangsa Walk tuu .

Now , Apis dah bukak kedai kat JB . dulu dia meniaga kat Bangi . tapi aku langsung tak pernah jejak sebab kekangan masa . sekarang dia dah bukak kat JB , aku rasa macam berdosa kalau tak menyinggah . yelahh , aku suka support kawan kawan aku . bak kata Mujibur "you kan memang suka bab bab meniaga ni" . ehh mestilah sayang , jiwa i kat situ . cewahh !

The Morso , menyediakan hidangan Pasta & Pastry . Italian food laa kiranya . semua home made , masak sendiri . perghh aku memang tak boleh laa taip entry ni , meleleh saliva .. giler kau , terbayang bayang kesedapan dia . power beb !

meh aku nak ajak korang join aku melelehkan saliva korang ...

 Chicken Chop Carbonara Pasta

Yang ni power , pasta dia nampak kosong kan ? tapi dia ada rasa yang umpphh ! memang sedap lah ! sos BBQ dia pun rasa macam kampung style . kena dengan tekak orang kampung macam aku ni .

 Lamb Carbonara

Korang korang yang suka kambing , boleh la try ni . tapi kalau nak lagi power , makan lamb chop terus laa . lagi power !

 Linguine Meatball Pasta

haaa yang ni aku makan . sedap power . golongan tak makan pedas macam aku memang sesuai makan ni . ada rasa masam masam . tapi yang paling best tu meatball dia . terasa rasa sampai sekarang . 

Swedish Meatball

Yang ni untuk golongan acah acah diet macam aku , boleh cuba , sedapnye sedapnye !

Ohh , lady boss The Morso ni pandai buat cake tau .. tapi sayang , masa kitorang datang tu , dia takde buat dessert . Coming soon katanya . aku bukanlah penggemar manisan , tapi bila tengok gambar gambar dia , aku terus rasa macam , ehhh nak try lah . 




(sumber gambar : The Morso)

korang yang duduk kat JB , wajib try makan kat The Morso yang terletak di ;

Jalan Perjiranan 2,
Bandar Dato Onn, JB

kedai ni betul betul menghadap Masjid baru kat Dato Onn tu . senang cari . comfirm tak sesat . Waktu perniagaan mula dari pukul 5 petang hingga 11.30 malam . harga semua mampu milik , apa yang lagi best , harga dia ni lagi murah daripada segala western yang ada kat Mersing tu . opss !

dan inilah owner The Morso . The Big Apis . hehe . congrats Apis . aku bangga dengan kau . Sempat jugaklah aku hasut Apis suruh bukak cawangan kat Mersing . dia kata memang ada dalam perancangan . wahhh ! kalau bukak kat Mersing , memang aku lah pelanggan tetap korang . aku janjiii !

ohhh satu lagi , nampak tak air fresh oren tu ? itu paling power ! sedap giler ! aku jadi sayang nak minum . sebab sedap sangat . sangat sangat sedap . terima kasih Apis . terima kasih sebab buat perut aku rasa happy . cepat cepat lah proceed bukak cawangan kat Mersing eh . 

Monday, March 21, 2016

Stress Waktu Kerja

Korang pernah tak stress waktu kerja ?

aku ? selalu jugak lah . tapi takde lah tiap masa dan tiap hari .

kekadang bila kita sedang menikmati waktu indah berkerja , tetiba dapat stress . stress dari orang sekeliling , stress dari rakan sekerja , dan stress dari kerja yang kau tengah buat tu .

kalau aku , bila tetiba stress , memang nak bercakap pun takde mood lah . lantak la kalau time tu sape sape tanya aku , memang aku buat pekak je . hahaha tu time kat opis la . kalau kat rumah , aku stress , aku bahan tido je . lagi nikmat .


salah satu sebab aku stress , aku bosan kat opis , takde kawan borak . aku sorang je staff perempuan kat Mersing ni . so sesekali pergi opis JB , dapat jumpa geng perempuan , seronok ! time tu jugak aku tak kisah kalau kena tinggal dengan staff lelaki . 

mungkin aku ni memang ditakdirkan untuk kerja disamping lelaki . dulu first kerja pun aku sorang perempuan , dalam adik beradik pun aku sorang perempuan , kerja baru ni pun aku sorang perempuan . nasib kau lah perempuan . haha sedih giler . dan nasib baik jugak , aku kerja dekat dengan rumah , so tak payah pening nak lunch dengan sape . balik rumah je senang . jimat pun ye jugak kan .

dan baru baru ni kitorang selalu stress pasal kerja ...tanpa disangka . masa tengah berperang dengan stress tu , kami dapat mesej kat group...


mengucapkan tahniah kepada kami . masa tu jugak , aku rasa semua masalah aku pasal kerja terbang melayang meninggalkan aku . wahhh rasa berbunga bunga gila bila orang hargai hasil kerja kita . Alhamdulillah . legaaaa ...

so kalau korang sebagai pihak atasan , rajin rajinkan lah puji staff bawahan . ucap tahniah ke , terima kasih ke . ucap kata kata yang positif , itu sudah cukup untuk membuatkan staff anda bahagia dan gembira , malah makin bersemangat untuk kerjaaaa !!!

selamat berkerja korangg !


Sunday, March 20, 2016

Wedding Dress Anzalna

baru baru ni kecoh pasal wedding dress Anzalna kan ? rasanya semua orang tau . tipu sangat kalau tak tahu . dan tipu sangat kalau kau tak gila tengok dress dia . aku first time tengok , aku dah ...WOW!!

Anzalna memang minat Barbie . masa bachelor party dia pun tema nya Barbie . sana sini barbie masa event tu . suka tengok . gigirl sangat . tak sangka pulak wedding dress dia pun inspired by Barbie Maripossa . barbie paling cantik penah aku tengok .

(sumber gambar : google)

kebetulan pulak , aku memang tengah plan macam macam untuk wedding aku yang bakal tiba tak lama lagi . cewahhh ! menipu sangat lah tak lama lagi . tapi memang dah macam macam dalam kepala hotak aku ni . 

aku request kat mujibur , nak dress macam ni , kau tau ape jawapan dia yang menghiris jiwa dan raga aku ?

"you dah cukup cantik & kurus ke nak pakai dress macam Anzalna ?"

whatthefishhhh sangat statement gitu kan . maka aku pun berhuhu dan melupakan cita cita aku itu .

(sumber gambar : google)

ehh hello , bakal mak andam aku pun suka sangat dengan dress ni tau . maka aku ada laa design sikit sikit , pastu adik pulak tambah idea untuk dress aku . one day adik nak lukis balik dress tu ., pastu nak hantar kat tailor , lepas tu suruh mak jahit beads banyak banyak . lepastu pakai on my big day , lepas tu simpan untuk anak anak aku pakai . wahhhhh seronok gitu !

semoga impian menjadi kenyataan !! doakan aku ! doakan aku !