Saturday, July 28, 2012

upah puasa seminggu~

Seminggu berpuasa . Alhamdulillah . setelah beberapa tahun tak dapat sambut puasa . tahun ni , seminggu dah puasa penuh , dan bersiap sedia untuk 7-8 hari tidak berpuasa pada minggu yang akan datang . hihi

bila time puasa ni laa . mula rasa nak itu . nak ini . teringin itu , teringin ini . nak tau apa yang aku teringin di seminggu berpuasa ni ? haaaa tengok laa apa ada bawah ni ;

sesi melalak nokks ! ni kenangan masa pergi interview haritu . the best karaoke i ever had ! perghh ! 3jam layan giler babeng ! menyanyi semua lagu . lagu yang tak pernah nyanyi pun, tibai je ! berjoget , menari . semua ada . happening giler ! ini merupakan karaoke terakhir aku . and tak salah laa kalau aku rindu bernyanyi sakan kan .

karoke ni tak boleh tutup lampu . tak syok sangat . orang lalu lalang mesti pandang bilik kitorang , sebab kitorang memang tak duduk diam . mesti nak berjoget . penat joget , duduk pulak , tangan je bergerak . tapi still bergerak dan ada pergerakan ! hihi
sekarang bulan puasa , tak boleh laa nak melalak macam ni kan . siang dah sibuk bekerja , puasa . takkan nak jerit jerit menyanyi . malam pulak lepas berbuka sibuk dengan terawikh . jadi memang takde masa . maka bercuti karoke untuk bulan ni . i'll make sure , lepas raya nak karoke puas2 ye . hihi

tengok lah tu , ada lelaki lalu , laju masing masing toleh . nampak tak betapa gatalnya kami . alaaa , gatal time tu je . bukan lebih lebih pun . mamat tu pun tak pandang kitorang . sedih ! pilih lagu nak depan depan tv . taknak dah duduk . tak puas ! lagipun baru lepas makan . for sure kena berdiri . untuk penghadaman yang lebih pantas .

jangan jeles laa bila tengok gambar gambar ni , aku memang bahagia giler masa ni . hilang segala masalah . perghh ! terima kasih sahabat sahabat sebab tunaikan hasrat hati aku nak hangout puas puas dengan korang . sayang korang sampai mati okay ?

Friday, July 27, 2012

bukan untuk anda~

Nak tau tak apa maksud sebenar EX-boyfriend?
1. thanx for the EXperience.
2. now you're EXpired.
3. then EXit my life.
I'm damn sure about that and I really meant it!!

Thursday, July 26, 2012

Cinta ALLAH Cinta Abadi~


ALI: Awak, maaf saya nak tumpang tanya, lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS YOU dekat mana ya ?

AMINAH: Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3 masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. Cinta ALLAH cinta abadi.... ♥

spontaneous thursday #31

start with ZERO , end with ZERO

Tuesday, July 24, 2012

pengantin tukar~

awal bulan aritu , menghadiri majlis perkahwinan lagi . kali ni wedding siapa ye ? wedding adik kepada sahabat aku . sedara mara aku jugak ni . ada bau bau stokin . aku memang lah suka bila dapat jemputan kahwin ni kan . melompat lompat . maklumlah nak kutip berkat banyak banyak . semoga cepat lah kawin aku ni haaa . aminnnn !

aku memang suka datang wedding pukul 2 petang . sebab itu adalah waktu pengantin bersanding . dengan semangat pukul 2 keluar rumah . sampai sampai rumah pengantin , tengok rombongan belah lelaki dah balik . aikk ? selesai dah ke ? tengok meja makan beradab dah bersepah , tinggal sisa je . huh ? then jumpa sahabat daku . tengah dok makan . lalu aku bertanya ;
"mana Nor (pengantin) ? aku nak tengok dia bersanding"
"ada kat dalam salin baju "
"ouhh..." (rasa lega sebab dapat jugak tengok pengantin pakai baju lawa .

tanpa berlengah , terus capai pinggan sebab simpan perut dari pagi lagi okayy . kompem laa lapa giler vaveng . sedang makan , nampak pengantin perempuan keluar pakai tshirt + jeans . 
"ehh tu pehal ?"
"dia dah panas laa tu" - kata sahabat
"kata salin baju...."
"salin baju tu lahh"
"laaa dah selesai bersanding ke?"
"hahaha...dah laaa . dia nikah kol11 tadi terus bersanding"
"laaaa yeke :(" - hampa lalu meneruskan mengunyah
inilah pengantinnya . kelass kau Nor , langkah bendul . haha
ini di snap oleh pengantin lelaki yang kacak itu ye . hihi . nampak belakang aku tu ? pengantin perempuan yg dah selamat salin baju .
ni laa sahabat daku bersama adik dia yg dah selamat jadi bini orang . amek berkat kuat sikit beb , lepas ni kau pulak .
merah mak ngah ! cantik sangat . pengapit kau tu macam dia pulak yang kawin kan . 

Alhamdulillah selesai , lepas ni nak pergi wedding siapa pulak ye ? yang penting lepas raya laa sebab ni tengah puasa kan . ouh yea , tak terlambat lagi kalau nak ucap "SALAM RAMADHAN" :)

p/s :segala gambar di ambil secara sopan dari fb sahabat a.k.a kakak pengantin a.k.a pengapit

Friday, July 20, 2012

kereta baru hoiiii~

Jumaat yang indah . malam ni dah start terawih . bestnya . bestnya ! dengar bunyi mercun sana sini . bila ingat makan , ingat masterchef daku . selamat bekerja yea . kumpul duet raya banyak banyak okeyh . aku tunggu kau kat sini . setia tau tak ?

okayy semalam puas bergelak sakan tengok sepupu post gambar ni kat wall . penangan kereta baru .
mane mu rembat gambar kami ni abg apis oiiii . haha !
aduhaii , raya tahun ni semua pakat pakai kereta baru . kaler pun sama sama je kan . meriah laa rumah Haji Dolah tahun ni . kereta baru saje kat parking lot nuh . tak sabar nak beraya kat kampung . petang raya pertama gerak ke Selangor tercinta !

*puasa baru nak mula , semangat raya dah membara , camne tuh ?

Thursday, July 19, 2012

spontaneous thursday #30


JIKA SESEORANG MEMBALING BATU KE ARAH ANDA , BALAS LAH DENGAN SENYUMAN DAN LEMPARKANLAH BUNGA ROS KE ARAHNYA , TAPI PASTIKAN PASUNYA DILEMPARKAN SEKALI....

Wednesday, July 18, 2012

Opss entry 6SX !

sabtu lalu . terlepas aktiviti taman . meriah kan . macam macam game ade . okay mak jemah jeles sebab mak jemah kena kerjaaa . kerjaa itu penting . nak kawen kan ? jadi kena kuat kerja . balik dari kerja , lalu kat padang , damn ! dah takde orang . so pulang ke rumah dengan hati yang hampa . sampai sampai je mak terus jerit ;
"angah , budak 3 orang tu tengah mandi kolam , g amik gambar"

capai camera moncett , snap snap budak bertiga ni berenang *berenang ke ? wahhh guna baby dee ni , nampak macam diorang ni berenang dalam swimming pool je kan . hebatt kau mak jemah ! hikhik

MAAF , gambar gambar di bawah agak melampau . 6SX . sexy nokk anak anak aku neh !
 seronok giler tengok budak budak ni mandi . siap main lompat lompat . macam dalam sangat kolam kau tu haa . haihhh rindu zaman kanak kanak . seronok jadi kanak kanak . takde masalah . tak payah pikir ape . celik mata , main . cukup masa , tidur . syurgaaa~

wordless wednesday #30




Tuesday, July 17, 2012

abam abam motor~

malam itu , menemani buah hati anta makanan . ehh buah hati ke ? oppss ! haha . tak payah jiwang sangat . buah hati aku masterchef , untunglaa sape dapat dia kan . duduk rumah goyang kaki saje . konvoi 100 biji motor dari KL , seremban , batu pahat , johor , dan banyak lagi . masterchef aku bahagian serve makanan .

mencuci cuci mata melihat mamat mamat kacak dengan motor masing masing . mostly naik KR okeh . moto besar *tak heran sangat sebab dah penah naik , tapi regret sebab tak penah bawak lagi . dengan ini mengumumkan , daku tak dibenarkan keluar . sebab sangat ramai lelaki . perempuan kurang dari 5 orang yea . hikhik .
 time ni abang abang motor tengah makan , ber BBQ sakan . gambar gambar ini di snap oleh buah hati aka masterchef aku . aku duduk dalam kereta memang tak boleh diam . kejap kejap toleh , kejap kejap toleh . haha . tengok laa gambar bawah ni , kacak kan ? aummm ! melepak dalam kereta bersama sahabat sahabat . dok tengok orang ni , tengok motor orang tu . cantik cantik !
 yeahh , mari mari berkenalan dengan si pencetus nama popeye ! let me introduce you , fahmi a.k.a megu . dia laa si pendengar segala masalah aku . dia sahabat sejati . datang datang terus masuk kereta lepak dengan aku . bestt bro , sempat lagi mengadu masalah . tenkiu kepada masterchef sebab snap gambar aku . selekeh tapi tetap cantik . muka mengantuk tapi masih boleh senyum , dah pukul 1 pagi kan . faham faham je laaaa .
 tepat jam 1.30 pagi , dengar bunyi bunyi motor , wahhh mereka nak start jalan jalan laa . cuci mata lagi , meronta nak keluar , tapi tak boleh . duduk dalam kereta pun orang dah jeling jeling . kalau keluar , mau kena terkam ! *gurau je haha . sorang sorang lalu tepi kereta , adoyyy takde ke yang sudi bawak aku . tetiba sorang sahabat bersuara ;
"pye jom naik ngan aku jap"
haha , memang taklaa kan . nanti ke mana mana kau bawak aku kang !
seronok bila sesekali join event macam ni kan . aduhh lama betul tak naik motor . rindu lah nak naik motor . hoyy abam abam motor , mehh la berkenalan dengan aku . untung untung aku dapat laa merasa jalan jaoh naik motor besau . bangga je rasa !

sumpah teringin ~!

Monday, July 16, 2012

birthday lagi?

10 Julai 2012 , genaplah 15 usia adik aku . hoyy PMR beb . ape kes ? maen game je keje kau . kebetulan akak dia yang cantik lagi baik hati ni baru gaji . so dengan muka yang ayu dan suara yang merdu ;

"abang nak makan ape malam ni ?"

"chicken chop!" *mak aii laju nok jawab .

okayy jom siap cepat , kita ajak kak nini g makan . mak ngan abah tanak ikot . so biar kami yang bujang bujang g makan sedap sedap yea . maaf :) alaa bawak g kedai kek je kott . tak mahal mana pun lah !
menu : chicken chop , nugget , tiramisu , ice lemon tea , kiwi blended , mango blended , hot chocolate .
adik bersama makanan dia . syok sangat dapat makan .
yang baju hitam tu laa birthday boy . anak cina sesat . tak banyak gambar . dia suka amek gambar , tapi tak suka bergamabar . *ehh yeke ?
ini kakak tersayang yang sudi membawa kami ke mana saja . abaikan muka aku yg annoying giler tu .
happy birthday abang . may Allah bless you . study hard laa , PMR tahun ni . game saje kau ni erk . jangan sampai aku sita laptop kau tu . sekian terima kasih . kbye !

Sunday, July 15, 2012

bongsu bertiga~

siapa anak bongsu ? bangga tak jadi anak bongsu ? aku anak kedua , tapi sorang je perempuan . kadang kadang rasa macam aku lah anak bongsu . tapi dalam masa yang sama kena ingat jugak , ada lagi yang bongsu dari aku ye . maaf Adik . 

minggu lepas balik kerja , mesti abah singgah sekolah , amik adik sekali . sebab adik ade latihan Choral Speaking . untuk pengetahuan umum , abah aku memang sangat super tak suka DRIVE . kereta ada , bagi atok pakai . dia rela tak pakai kereta . sebab dia tak suka kesesakan . duduk bandar kecik ni naik basikal pun heaven dah ! 

jadi ke mana mana memang abah lebih suka naik motor . hasilnya , kami selalu naik motor bertiga . best ! meriah je rasa . dipendekkan cerita , tiap kali amek aku balik kerja , mesti singgah ambik adik pulak . time abah sampai , kawan kawan adik semua pandang . yelaa , dah 13tahun , naik motor dok kat 'bakul' lagi . comel ape !

bila adik naik je motor , kawan kawan dia senyum senyum nak gelakkan adik . bila aku pandang semua senyap . takut ke ? HAHA . adik tak kesah apa orang nak cakap , janji dia tau apa dia buat . dan family jugak tau adik macam mana .
keluarga bahagia . tengok laa betapa bahagianyaa kami naik motor bertiga . siap snap snap lagi tau . kau ade ? opsss maaf kalau terasa . tak berniat .

Saturday, July 14, 2012

3 mak jemah berkumpul~

sambungan dari entry INI . al-kisahnya , masa sampai JB malam tu memang plan nak sambut birthday sahabat . since suami dia Outstation kan . kesian tiada yang tersayang di sisi . maka daku berasa bertanggungjawab atas kes ini . pujuk punya pujuk , dia tanak join dinner yang aku dah plan tu . tatau apa masalah . eee sakit pulak hati kita ! HIHI .

esoknya secara tak sengaja , dapat lunch sama sama . so masa yang ada digunakan sebaik mungkin . beli kek , seperti yang di request oleh tuan punya badan pada hari jadi beliau . jamu mata dengan gambar je lah ye ?
sampai sampai , order air , then terus pasang lilin . beli kek Blueberry dekat SEASON .
calling calling , waiting waiting . tunggu si birthday girl dengan cikgu aka mak andam tersayang .
opss takde lighter nak idop lilin . pinjam lighter abang meja belakang . alamak , tak reti guna . tolong idopkan abang , terima kasih abang ensem . hikhik . laju je menggatal , tahnye laki orang ke . ISH !
sesudah lilin berjaya dinyalakan , lagu birthday berkumandang . nyanyi nyanyi riang . tiup lilin . potong dan makan makan !
sesi suap menyuap , bergosip dan sebagainya . 3 makhluk di atas ni kalau berjumpa memang keluar  macam macam jenis cerita . yang out of the box pun jadi laa ! asal ade cerita okeh . kalah mak jemahh !
okayy bila tengok si birthday girl dah pandang jam , tandanya kita semua kena bergerak ke tempat masing masing .  bersiap untuk pulang .
buat sahabat , happy birthday . ni je hadiah yang termampu aku bagi untuk kau . ni duduk jauh tau . satu negeri lain daerah . kalau duduk satu daerah , mesti macam macam lagi aku akan buat untuk kau . tambahan lagi , kau dah jadi wife orang , tak boleh havoc havoc sangat macam aku yang anak dara ni . hihi jangan jeles !