Friday, July 6, 2012

budak skema yang gemok~

hari jumaat la heaven , lunch hour panjang . lepak ofis update blog . kerja banyak tapi tolak tepi , time kerja buat kerja sikit , update blog banyak , time rehat update blog lagi . maka banyaklahh entry autopost daku . sebab sepanjang waktu kerja rajin sangat update blog . pekerja berhemah kan ? so sweet . mesti bangga bos dapat pekerja macam ni . HAHA . entry terperuk lagi . tak lama jugak . seminggu je . cerita tentang interview . yeah interview kerja . cerita sikit je , gambar yang banyak . hihi
muka budak skema yang super gemok untuk ditepek atas resume .
pagi pagi dah bangun . pukul 6 dah bangun okay sebab nak bersiap make up segala . dan menempuh kesesakan lalu lintas . sebab daku nak dapat giliran yang awal awal . tak rasa takut sangat kan .
rasa diri ini skema giler . dah lama tak pakai tudung pin kat bahu kiri kanan macam ni . dah lama tak lipat tudung . terpaksa memekak pagi pagi mintak tolong mereka pakaikan tudung ni . hihi . terima kasih kawan kawan , sentiasa berada di sisi saya . *touch
bersama sahabat , baru perasan , sama purple + grey pulak ye
nampak kasut tu tak ? nampak tak ? itu kasut turun menurun adik beradik khas untuk interview . bertutup , hitam dan bertumit !
bersama sahabat lagi . kat parking bawah rumah beliau . time ni laga pipi sakan , bajet tak jumpa dah . HAHA
sampai kat Bangunan Ansar , JB tepat 7.30pagi . terus naik tingkat 8 . tengok dah ada 3 orang . jyeahh ! daku dapat giliran ke 4 . dupdapdupdap menanti . sorang 10 minit je interviewnya .
meja pendaftaran . amek berkat ye . duduk depan sekali . hihi
pukul 8.15 , sesi interview bermula . first candidate duduk sebelah daku je . berdebar giler dia . nombor dipanggil , dia bangun dengan pantas , spontan je daku cakap "good luck good luck" . setengah jam berlalu , tingg ! nombor daku pulak . masuk dengan senyuman . gelabah punya pasal , aku g lepas pintu tu , dummm ! haha . opss maaf ! okayy NURLIYANA , sila duduk . terima kasih .

soalan simple je , sebab interview ni pun untuk jawatan yang sama yang daku sedang sandang sekarang *betul ke ayat aku ? HAHA . dia just tanya skop kerja . format itu , format ini . lancerrrr je jawab . Alhamdulillah , atas bantuan bloggeer Cik Eka jugak . dia banyak tolong sepanjang preparation interview ni . thanks a lot eka .

sudah tamat 10 minit , daku keluar dengan hati yang sangat lega dan lapang . fuhh ! hihi . terus cari toilet sebab nak tengok muka lega . call mak cakap dah selamat semua . call double aii suruh amek daku sebab mereka melencong ke mana tatau . sempat je snap pic untuk tatapan readers . HAHA
yang ni pulak . muka bosan setengah jam tunggu double aii sampai . tudung pun sememeh dah . nasib baik ada pakcik tu ajak borak . takde la bosan sangat . 
special thanks untuk semua yang mendoakan aku . sama sama lah tunggu jawapannya . ramai je candidate , tenggelam aku . hikhik . tapi kata orang , kalau dah rezeki tak ke mana kan ? doa doa je laa .

1 comment:

Puan Eka said...
This comment has been removed by the author.