Thursday, October 31, 2013

Malaysia In Miniature

Masih lagi cerita tentang Melaka . dari dulu , aku memang suka ke Melaka . Melaka best , ada banyak tempat menarik . macam entry sebelum ni , aku cerita pasal Zoo Melaka dengan Taman Buaya . so entry kali ni cerita sikit pasal miniature dalam Taman Buaya .

Sesuai untuk kanak kanak yang nak mengenali Malaysia , yang nak tau apa ada kat Malaysia . seronok , aku dapat tunjuk kat adik aku , apa yang dia nak tengok sangat . adik aku nak sangat tengok Tugu Negara , tapi tak berkesempatan lagi nak bawak dia , so adik tengok je laa miniature ni dulu . lebih kurang je , cuma saiznya kecik . hehe
KLCC & Tugu Negara
Masjid Negara
Sepang F1 Circuit
Bunga Rafflesia
Perdana Putra
Istana kehakiman (ehhh tempat kerja masyam laa)
hekeleh , aiskrim sape laaa ni interframe !
Dah penat sebenarnya , kasut pun dah bertukar , tunggu bebudak ni bersiap , lama sangat !
A' famosa , time ni tak sempat nak ke A Famosa . Dari taman Buaya kami terus naik River Cruise , pastu separuh pergi naik Taming Sari . aku dengan adik2 shopping kat Pasar Malam !

Dua tahun lepas aku ke Melaka , dengan family & jiran tetangga . seronok ! bila lagi nak jalan ramai ramai erk...

spontaneous thursday #89

Homestay Settle ! So , Turn ON Holiday Mood !

Wednesday, October 30, 2013

Taman Buaya , Melaka .

Entry ini adalah sambungan kepada entry semalam , ikutkan hati memang nak terus update je semalam , pastu ada kejadian pulak kat office , pastu malam tadi kakak belanje makan besar pulak , tu yang tak nyempat nak update .

Macam yang aku cerita kat entry semalam , next destination adalah Taman Buaya , alaa depan zoo je . boleh sangat jalan kaki , tapi kami semua dah kepenatan nak berjalan , so suruh je pakcik driver bas tu bawak sampai depannnnn pintu masuk . hehe tenkiu pakcik !
bayaran masuk ke Taman Buaya ni , dewasa RM15  , kanak kanak RM12 . tapi sebab kami pergi by group so dapat diskaun laa sikit . Masuk je kat sini , solat dulu . sebab nak tengok buaya joget2 pukul 2.30 . 
masa ni tengah tunggu mak , sempat je dia nak mandi kan . dalam Taman Buaya ni ada miniature Malaysia , ada 13 semuanya , akan update entry seterusnya yea . hehe
masa ni semua buaya tengah tidur , tension jee . nak jugak tengok buaya marah ke , melompat ke , tapi hampa !
bebudak tadika dah pergi mandi manda kat water playground , so kami yang besar besar ni duduk laa berehat di sini , tengok persembahan ular dengan buaya .
actually , ni adalah persembahan pertama mereka . patut laa berterabur sekali menari . hehe . keep it up bebeh ! and satu lagi yang kami tiga beradik bahan gelak , silap mata tak jadi . sorry , takde gambar sebab tekun sangat nak tengok apa silap mata yg dorang buat .
lepas pertunjukkan buaya selesai , kitorang jalan la tengok bebudak mandi manda , rupanya diorang pun tengah siap2 nak balik , kan ade dua lagi destinasi .
Sementara tunggu mereka mereka tu siap , sempat laa solat asar kat Taman Buaya ni , pastu sempat jugak la bergambar dengan Buaya Tembaga yang telah diawetkan ni . bau nya busuk !
Tapi atas permintaan ramai , aku berjaya jugak cium Buaya ni . susah kan kalau jadi retis ni ? bhahahaha !

Taman Buaya ni takde apa sebenarnya , cuma seronok untuk kanak kanak laa sebab ada water playground tu , mandi sakan laa mereka .

Okay next entry , tunggu okay bebeh !

Terima Kasih sudi membaca !


wordless wednesday #89



Tuesday, October 29, 2013

Cerita Dalam Zoo Melaka

Macam dalam entry semalam , aku dah cakap aku tertinggal hardisk , so tak dapat nak story pasal Melakau . so , harini aku tunaikan janji yea . kebetulan pulak hujan , memang seronok aku menulisnya . silakan baca sambil tengok gambar yea .
Bertolak jam 6.40 pagi dari mersing , terus ke Melaka . berhenti je dah 3 kali , sampai melaka pukul 11 , terus pergi Zoo . aku join rombongan sekolah tadika , sebab mak aku pembantu kat tadika (kadang kadang) , so dia kena pergi laa untuk menjaga anak anak tadika tu . secara tak langsung , aku pun jadi laa 'cikgu' sehari mereka . hehe
mak , me & adik . abang sekadar jadi cameraman . hehe
 sebelum jalan jalan dalam zoo , sebelum semua penat , sebelum semua berpecah , mari kita bergambar dulu !
 masa ni semua decide jalan kaki , boleh tengok binatang dari dekat , pastu lebih santai . semua bebudak tadika ni ada ibu atau bapa yang ikut . so diorang memang terkawal .
 haaa budak comel ni je takde mak ayah , so dia duduk dan berjalan dengan kami . Mahirah nama dia .
 baru separuh jalan , dah kepenatan . para pembantu & cikgu tadika . yang tepi sekali tu Cikgu Shah nama dia . hehe dia panggil aku "adik" , suka sangat dengan panggilan tu !
 aku dengan cheetah , memang tak boleh dipisahkan . semua orang tengok jee gelagat aku dok kejar kejar nak bergambar dengan cheetah ni . geram ! mak kata : "nasib baik kau tak pakai baju rimau kau , kalau tak , memang sama dah " . auumm !
 mak aku ni kan , time orang tak ready , time tu laa dia posing siap senyum ! *hati panas*
 aku suka part ni , singa ni baekk punya posing , macam tau2 je orang nak amek gambar dia . ggrrr geram !
 yang ni pun same ! hadoyyy geram se geram geramnya !
 okayyy dah hampir sampai ke penghujungnya , adik adik ku nak bagi makan kat gajah katanya . satu bakul rm5 , layankan saje . janji mereka happy .

Selama dua jam kami dalam zoo , keluar dari zoo berkelah , makan nasi yang di bawa dari Mersing , pastu kemas kemas , pergi Taman Buaya pulak ! errr next entry eh ?

Monday, October 28, 2013

Teaser Cuti Cuti Di Melaka

haaaa kau ade entry blog siap ada teaser bagai . macam nak promo barang pulak kan . Sebenarnya , harini kena monday bluess , sebab tak cukup rehat . badan still sakit2 . punya lah lama dah tak berjalan sakan . so , hardisk pun memang wajib tertinggal lah kan . gambar banyak2 semua dah copy kat hardisk . 

so , untuk harini , sebab dah janji . tengok jela gambar gambar yang aku upload kat instag . 
destinasi pertama . aku join rombongan bebudak sekolah tadika . sebab ramai yang tak pergi , bas kosong , so mak ajak kami adik beradik pergi untuk memenuhkan bas , kami kami ni bab berjalan memang lajuuu je laa kan . so , on that day , aku jadi laa cikgu tadika . tukang jerit panggil bebudak . hehe . nampak tak 'student' aku belakang tu ? yang baju pink biru tu . haaaaa semua pimpin satu sorang ehh . jangan ada yang terlepas !
2jam duduk dalam zoo tengok binatang , pastu kami pergi ke Taman Buaya , sebab nak bagi bebudak tu mandi kat waterpark dalam tu . so kami yang besar besar ni takkan nak mandi jugak . so kita g rehat rehat tengok buaya joget !

















Tunggu bebudak tu berendam sampai laa kol 4 lebih , dekat dekat kol 5 jugak laa . pastu terus naik river cruise . memang dah lama ngidam . ngidam sangat nak naik malam , tapi takut tak sempat , naik je laa petang . ada jugak lampu bawah jambatan . huahuahua .

Pastu terus ke Bandar Hilir . ada yang nak naik Taming Sari . kami satu family dah pernah naik , so kami decide tanak naik . kami ke Pasar Malam , tengok dan beli apa yang menarik . dapat baju tiga helai . makan , isi perut . hehe . kami kalau berjalan , memang utamakan makanan .

Nama je teaser , tapi dah macam entry penuh . tunggu entry penuh yea . Insyaallah esok .

Saturday, October 26, 2013

Macam Retis !

Auto Post .

Entry Ringkas .

Harini iolss ke Melaka . ketika ini iolss tengah berjalan jalan sekitar Melaka .

Kalau uolss pun ada kat Melaka , tegur tegurlah iolss yea .

Lama dah tak pergi Melaka ni , last pergi dua tahun lepas agaknya .

Mesti nak kembalikan segala memory bersama masyam kan .

Okayyy , nantikan cerita pasal Melaka nanti yea . bye uolss !

*kan dah kata entry kali ni bajet retis , aku yang menulis pun naik geli . ape lagi korang kan .

kbye !

Friday, October 25, 2013

Entry Orang Demam

Salam Jumaat uolss . Demam & Batuk datang semula . buatkan badan jadi lemah . Nak update blog pun makan masa yang lama .

So , entry kali ni . entry orang demam . 

Rabu lepas , lepak dengan geng sekolah yang nakal . mengimbau kenakalan masing masing masa sekolah dulu .

korang memang suka tengok gambar kan ? sudikan lah melihat aksi kami . bertempat di Dataran Pulau , Mersing .
 Semuanya sudah mengembang dengan jayanya . takde dah nak cakap kau gemok , aku kurus . sekarang kita semua sudah gemok . dan marilah kita berjogging bersama . 
gambar ni paling aku suka . dari kiri : Rasyid , Piji , Aku , Nadia & Diddy .

sedang plan untuk mengembara : Gambang Waterpark atau Gunung Ledang . bulan 11 BBQ time laa pulak !

p/s : esok nak ke Melaka , mohon jangan demam je . nak demam , tunggu balik dari melaka . boleh gitu ?