Saturday, October 5, 2013

Stop Diet Bulan Ni

hye uolsss ! wahh tetiba mood macam meriah sangat ni haa . takde laa , nak cerita dengan korang ni haa . aku masih dalam mood birthday girl lagi tau . so kepada sesiapa yang nak bagi hadiah , silakan lah ye .

sebagai lifestyle blogger , blogger picisan macam aku ni , haruslah nak bercerita tentang kehidupan je kan .  macam yang aku cerita kat entry INI dan INI , birthday aku tahun ni meriah dengan makan . masa hari kejadian , mak sms aku :
"untunglaa orang tu birthday arini , nenek masak banyak giler !"
aku macam blurr , nenek mane yg masak ? takkan lah nenek aku . nenek bukan tengah cuci buah pinggang ke ?

so aku biarkan pertanyaan itu kekal bertanda soal . balik je rumah , bukak tudung saji , memang dah macam open house ! ada sambal goreng , ada ubi rebus + sambal tak pedas (abah cakap) , ada lengkong , ada ikan masak pelik (mak kata) . memang meriah ! aku pun taktau nak makan mana satu .
terima kasih laa nenek timah (kawan cuci buah pinggang nenek) , buat semua ni untuk kita . baru laa aku ingat , sebelum hari kejadian , nenek datang rumah amek buah pelam , aku pun dengan tak malu suruh nenek buatkan sambal goreng . tu yang dia buatkan , pakej dengan makanan lain yang memang kegemaran aku pulak tu !

abah pulak gigih laa pergi rumah atok , kutip buah rambutan . pastu tetiba terselit buah kegemaran aku . sebab aku memang tak makan rambutan . so sebijik durian hanya untuk aku . lalalalala . tapi adik dah rembat sebelah biji , so aku dapat sebelah je . abah cakap , ni last . pasni dah takde durian dah . errr okay abah , pasni tak mintak dah . huhu

 setiap hari ada je makanan sedap kan . so , bulan ni aku terpaksa stop diet . tapi tetap tak makan malam okayy . kalau makan pun kadang2 je . dan dalam kuantiti yang sedikit . sekian .

birthday korang pulak macam mana ? ada sambutan selama sebulan ke ? hehe

2 comments:

Puan Ezy said...

makan selagi boleh makan..
nt2 diet balik.. hehe

yana_popeye said...

kalau makanan ada depan mata , memang makan je . kalau takde makanan memang kena diet !